Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Pembikin Filem Dungu

Rabu lepas, gua tiba-tiba rasa nak menonton wayang. Dalam fikiran gua, gua dah mind-setkan supaya gua tengok cerita Melayu sebab kalau cerita orang putih ni lu orang boleh download bersepah-sepah kat internet. Kat Malaysia belum tayang lagi, lu orang dah tengok sebulan lepas. Jadi, ada lebih baik gua menonton filem lokal supaya sedikit sebanyak boleh juga gua menyumbang pada industri filem tanah air.

Dengan rasa khusyuk, gua melihat senarai filem-filem yang ada. Boleh tahan juga banyak filem Melayu ni. Dengan rasa penuh Islamik, gua memilih Nur Kasih The Movie sebab gua layan jugak drama dia kat tv dulu. Jadi, untuk melengkapkan ceritanya, gua pilihlah movie tersebut. Masa gua datang kaunter tu, gua sedang tengok seorang awek yang macam baru lepas universiti. Jadi, gua dengan rasa berbangga, gua menunjukkan student card gua demi memperolehi keistimewaan yang disediakan pihak pemamer. Tanpa rasa bersalah, awek tadi bagitau harga student RM9 berbanding tidak menggunakan student card hanya RM8. Ceh, gua lupa yang hari tu adalah hari Rabu. Jadi, dengan pantas gua membatalkan kegunaan student card tersebut dan guna harga RM8 macam biasa. 

Tanpa melengahkan masa, gua pun masuk ke dalam panggung. Dengan tidak semena-mena gua terlihat trailer filem macam 80-an. Tajuk filem tersebut kalau tak salah gua adalah Toyol Nakal. Entah produser dari zaman 80-an mana entah yang hasilkan filem tu. Ni yang gua bengang dengan pembikin filem tempatan yang tak ada otak ni. Kalau nak buat filem, kajilah dulu market dan tengok contoh filem-filem yang hebat tak kiralah dari aspek sinematografi, lakonlayar dan macam-macam aspek teknikal lain. Ni dubbing pun macam haram, macam mana nak jual filem bai??! Jadi, dengan ini gua menyeru lu orang semua janganlah cuba-cuba nak tengok filem Toyol Nakal ni. Entah apa-apa. 

Itulah orang cakap, orang buat filem, lu pun nak buat filem. Tengok hasil macam sampah. Belajarlah dulu macamana nak buat filem yang baik. Ni main sebat je letak kat panggung. Impak pada industri adalah longgokan filem sampah dalam industri. Tapi apa boleh buat. Di Hollywood pun banyak jugak filem sampah, jadi kita terimalah ianya sebagai satu hiburan. Apapun, memang gua takkan tengok filem bodoh macam tu. Sekian.

Oh ya, Nur Kasih The Movie ok la. Not bad la...

Tuesday, January 18, 2011

Bahagian Kedua

Baik, segala cerita ceriti yang telah dipublishkan sebelum ni adalah Bahagian Pertama. Maka, selepas ini akan bermulalah bahagian kedua.

Bahagian kedua pasal apa?

Bahagian kedua akan lebih serius. Lebih global. Lebih banyak komplot. Lebih banyak misteri akan dirungkai. Batasan untuk segala benda ni adalah masa. Jika ada masa, tak mustahil banyak cerita dan komplot akan dibongkar.

Dengan perubahan isi kandungan maka tidaklah pula aku akan meminggirkan cerita-cerita berkaitan kehidupan aku. Ia akan tetap ada. Bergantung pada keadaan.

See ya...

Wednesday, December 29, 2010

Sepetang di Sogo

Masa aku tunggu member aku cucuk duit kat ATM Sogo kelmarin, aku didatangi sorang makcik. 

Makcik: Anak, boleh tolong makcik keluarkan duit? (Sambil mengeluarkan kat ATM berlogokan BSN)

Aku: Err..boleh. Tapi ada masalah apa makcik?

Makcik: Makcik takut kad ni tertelan. Makcik memang tak pernah keluarkan duit dari ATM sebelum ni. Selalunye, anak makcik yang keluarkan. Tapi, ni sebab makcik nampak kasut lawa kat situ tadi, tu yang makcik risau kot-kot kalau makcik tak cukup duit tu.

Aku: Ooo..Takpelah, saya boleh tolong. 

Makcik: Passwordnya XXXXXX ye...

Aku pun berniat nak bantu makcik tu yang mungkin tak berapa memahami sistem ATM. Malangnya, duit baki makcik tersebut tinggal RM15 saja. Katanya, ada RM300 dalamnya. Jadi, dia pun membuat andaian yang duitnya tidak dimasukkan lagi oleh penyewa rumahnya. Dalam hati aku kata, maybe beliau ada menyewakan rumah kepada orang. Selepas tu, dia korek-korek lagi beg duitnya untuk mencari kad ATM yang lain pula. Sambil tu dia banyak bercerita tentang dirinya. Pekerjaannya, tempat tinggalnya, pekerjaan suaminya, anak berapa orang, cerita anak dia eksiden dan macam-macam lagilah ibarat macam aku dah kenal dia lama. Jadi, aku sembang jela sekali sambil dia terus-terus mencari kad ATMnya yang lain demi untuk membeli kasut kegemarannya. 

Di saat kepelikan aku bagaimana dia boleh mudah-mudah serahkan kad ATM dia tadi pada aku beserta password, dia bercerita...

" Makcik tengok-tengok orang kat sini tadi. Makcik nampak adik. Makcik tengok muka adik macam baik je, tu yang makcik mintak tolong adik tu. Muka adik pun macam anak makcik yang sulung umur 23 tahun."

Err, dia boleh percayakan aku bersandarkan rupa 'macam baik' aku. Dalam dunia serba moden dan pusat ni, rupa baik sekalipun bukan boleh percaya. Ada orang muka skema pun kerjanya boleh menipu orang guna MLM. Jadi, bila beliau dah percaya kat aku bersandarkan muka baik aku, aku pun berniatlah nak tolong makcik tu sampai berjaya.

Tapi, lebih kurang 10 minit beliau cari kad ATM tu tak berhasil, beliau call suaminya. Manalah tahu kot-kot ada pada dia. Sambil nak call, beliau asyik bercerita. Memang ramah habis macam dah kenal lama. Tup-tup, rupanya memang kad ATM tu ada pada suaminya. Jadi, beliau legalah dan kerisauan akan kehilangan kad tu terpadamlah akhirnya. Maka seraya dengan itu, lantas beliau mengajak aku dan member pergi makan kat food court tingkat atas Sogo tu. Aku menolaknya berkali-kali atas pertolongan aku yang amat sedikit tuh. Jadi, dia mempelawa aku ke rumahnya di kuarters kerajaan Jalan Duta bila ada masa senang. Dia kata dia ada anak perempuan umur 18 tahun. Erk...lain macam je. 

Aku kata insyaallah. Aku meminta diri dulu dan aku kesian kat dia. Hajat nak beli kasut tak kesampaian. Takkan nak pinjam duit kami plak ye dak. Takpelah, bukan hari tu je ada sale. Lain hari pun ada. Menuju pintu keluar, macam-macam terngiang dalam kepala yang betapa percayanya makcik tu kat aku dan betapa ramahnya dia pada orang tak dikenali. Inilah Malaysia.

P/S -  Ada komplotkah di sebalik keramahan beliau? Aku husnozan ajelah.

Sunday, December 26, 2010

Tanah Tumpah


Akhirnya, tamatlah tugas aku sebagai operator sambilan pada jam 7 pagi Sabtu 25 Disember tadi. Dengan sepantas kilat, petang tu jugak aku sambar tiket final Malaysia lawan Indon. Bile lagi nak pegi stadium nyanyi lagu tanah tumpahnya darahku? Nak tunggu Malaysia masuk final macam tunggu betik tak masak-masak daa..







P/S - Indonesia dan Malaysia itu serumpunkah? Kenapa mereka anti sangat dengan kita?

Thursday, December 23, 2010

ATM

Lu orang nak tau ape benda yang boleh kasi lu angin masa kat mesin ATM?

Kaum Wanita!

Ya, mereka adalah salah satu spesis yang amat cermat tak kira di mana saja. Dia punya slow time depan mesin ATM tu boleh bikin aku masak megi.

P/S - Kaum wanita jangan marah. Ini realiti. Ini komplot dunia.

Wednesday, December 15, 2010

Update Hari Ini Kerang Busuk

1. Hari ni adalah hari Selasa bersamaan dengan 14 Disember 2010. Berapa Muharram tahun 1432 Hijrah ek?

2. Hari ni pergi kerja macam biasa walaupun semalam tengok bola Arsenal kalah di tangan MU. Ah, macam     tak biasa ye dak? 1-0 je pun.

3. Sampai kat line, brader Faisal kata tak payah buat packing. Hari ni pergi sapu gris pada grille aircond kat line. Fuh, best skit. Sejuk kena kipas. Packing bikin peluh je.

4. Start buat sapu gris. Kak Yan (walaupun dia muda, aku panggil akak jela bersandarkan senioriti dia di kilang tuh) suruh tukar tempat ngan dia. Dia suruh aku tampal plastik kat panel yang ada print aircond tuh. Aku cakap ok jela.

5. Dah buat kerja lama sikit, aci India sebelah bising sebab aku lembap. Kasi jem line je. Padahal bukan jem mana pun. Cuma aku bikin sesak kat tempat dia je. Yela, dia duduk sebelum aku. Dia yang pass barang kat aku. Kalau aku lambat, sure akan effect dia. So, aku sengih-sengih macam kerang busuk sambil buat-buat cepat. Konon lah.

6. Disebabkan aku lambat, aci india ni datang kat tempat aku, kasi ajar aku dan bagi panas telinga. " Ayoo, manyak senang la ni kerja. Itupun buat lambat ka? Ini budak kecik pun boleh buat laju". Dia sound aku. Peh, panas siak. Sekali lagi, aku buat sengih macam kerang busuk supaya dia ingat yang aku fikir dia bergurau. (ayat apa ni?). Aku sengih jela untuk coolkan keadaan. Dia pun blah. Macam tak puas hati. Tolak barang kat aku pun laju-laju. Siap sampai hentam barang aku tengah buat kerja. Aku sabar je nih.

7. Aku buat kerja macam biasa. Tak pandang langsung muka aci ni. Bercakap pun tak. Dia pulak, kalau line tak jalan, suka menyuruh aku itu ini. Suruh amek kotak la, amek plastik la. Cakap pulak macam nak marah je. Apsal ngan aci nih? Period ke? Nampak macam dah menopaus je.

8. Aku buat je apa yang disuruh. Ada masa tu, aku tengah sembang baik ngan budak troli masa line tak jalan,  tetiba dia sound. " Korang ni asyik main je. Lagi sikit mau rehat dah ni. Tolonglah sikit". Main menda plak. Orang bersembang je pun. Aku sabar je lagi. Sah, dia ni period.

9. Ni kemuncak sound dia. Masa line tak jalan (due to machine problem la), aku jalan-jalan la jap sebab bahagian kerja aku pun takde kat line tu. Aci india ni pun takde. Yang ada Kak Yan sorang je kat line. Tu pun dia tolong-tolong buat menda lain. Masa aku balik ke line, tengok dia dah start buat part dia kat line tuh, so, aku pun macam biasa pergi sebelah dia sambung kerja aku. Tiba-tiba...

  " Kenapa takde orang ganti saya masa saya pergi toilet? Tengok ni barang dah banyak keluar dari machine! Kalau jem macamana? Nanti kalau orang atas tanya, saya mau cakap macamana? "

" Saya tak reti la buat kerja akak ni...", aku reply.

"Tak reti belajar la!! Saya masa mula-mula datang pun, kena belajar! Lain kali saya tak mau tolong dah..." aci tu jawab.

10. Aku buat sengih kerang busuk lagi. Takkan nak maki dia balik. Dahla orang tua. Jadi, aku sabar je. Aku dahlah baru 1st day jaga kat line. Ade ke dia suruh ganti dia masa dia takde. Gila apa. Dahla orang semua takde, sapa yang nak ajar? Bos kilang plak? Pastu, ade ke sound aku je. Sound budak lain yang takde kat line tuh sekali tak berani pulak. Takut la tu. Mentang-mentang aku baru, ko buli ye. Baik. Takpe. Aku ingat. Kak Yan pun cakap dia ni 'mabuk'. So, aku assume dia ni bengap sikit. Pemikiran dia tahap cetek macam air mandi KLCC tuh. Jadi, buat apa aku nak maki balik orang yang low IQ. Aku biarkan saja.


11. Aku sengih macam kerang busuk lagi bila nak balik. Esok taktaulah macamane aci tu.

Sunday, December 12, 2010

Status Bodoh Di Facebook

Facebook, selain menjana income untuk Mark Zuckerberg adalah medan golongan muda mudi melepaskan tekanan dan tension dengan menulis status yang kadangkala entah apa-apa, menunjukkan amarah, meniup batu api dan menulis kebodohan sendiri. Memang itu adalah hak masing-masing, tapi apabila difikirkan balik, apakah tujuan mereka berfacebook? Kita tanya balik diri sendiri. Apa yang kita nak sampaikan apabila kita 'curse' somebody dalam facebook? Biar semua orang tahu yang kita sedang marah somebody walhal jika rakan-rakan lain komen status tersebut, kita boleh bergelak tawa kembali. Apakah ini semua? Tidakkah mereka berasa bodoh? Diperbodohkan dengan kecanggihan teknologi programming dan coding Mark Zuckerberg?

Inilah konspirasi tingkat tinggi. Anak muda kini hanyut dan membiarkan mereka dibodohkan dengan teknologi yang mereka guna. 

Sampel di bawah adalah contoh status yang aku rasa bodoh dan tak patut dihebohkan pada umum. Ada banyak lagi tapi aku kasi reveal yang ni dulu.













Saturday, October 9, 2010

Kita Sudah Berada Dalam Industri Ni, Jangan Kita Berpatah Balik

Berada di tahun akhir memang menyakitkan bagi mana-mana manusia yang bergelar pelajar. Assignment berlambak itu ini. Projek tahun akhir. Design project. Kena buat fabricate model. Kelas 8 pagi sampai 6. Kadang-kadang sampai 10 malam. Ada dalam kelas. Ada dalam bengkel. Fuh, memang sakit.

Monday, September 27, 2010

Tok Asan Menangis

Apsal Arsenal kalah dengan West Brom semalam, lu orang nak tau? Tak payah sembang lebat, taktikal tak kenala, player ni kena restla, player ni tak perform la. Lu orang tengok bawah....



Nota kaki - Aku tak tengok game ni sebenarnya sebab pegi beraya. Tu yang kalah tu. Maklumle, ni 1st game season ni game Arsenal aku tak tengok. Sebab tu le kot. Nasib baik lemang, pulut kuning, spagheti, pari asam pedas mantap time beraya tu....

Sunday, September 19, 2010

Raya Ke-10 punye Malam


Malam tadi, lepas bantai lemang dua tiga batang dengan rendang daging mak, aku baring sakan depan tv. Aku berhajatkan menonton perlawanan Tanah Sundal aka Sunderland menentang Arsenal di Stadium of Light. Ya, ia dimainkan di sana tapi aku menontonnya dari rumah sekaligus melalui tv HD. Tv je HD tapi bukan pakai Astro Beyond pun. Kalau pakai lagi masyuk ke?

1st half, Arsenal main macam budak sekolah sukan Bukit Jalil. Main serupa taik. (Marah pulak budak sekolah sukan tu kang). Asyik bertahan je dengan Sunderland mengasak ibarat kerbau hilang anak. Habis semua dilanggarnya. Paling berkesan dalam memori aku ialah kelibat El-Mohammadi. Serupa kerbau mamat ni. Kebanyakan player Sunderland badan tough-tough belaka. Semua makan keju gamaknye. Tapi, Arsenal tetap solid tak tembus punya. Adik Koscielny dan Abang Squillaci main macam tak ingat dunia bak kata pengulas. Tanduk sana. Tanduk sini. Clear sana. Clear sini. Terajang sana. Eh, tu takdela. Tengah seronok budak-budak sundal serang tak ingat dunia. Tiba-tiba je adik Rio, si Anton Ferdinand clear bola melantun kat kaki Fabregas. Terus masuk gol Mignolet. Mignolet ni keeper si sundaland ni la. Bukan main menjerit aku. Habis jaga lipas-lipas bawah kerusi tersentak nak mengayat bini.

Masuk babak kedua, Song buat gile dengan diperintah keluar padang oleh pengadil boyot atas soft foul yang dilakukan. Memang bodoh ini pengadil. Aku rasa dia dah tersilap. Dia ingat Song belum dapat lagi kad kuning. Aku nampak dia double check kat buku 555 dia.


 Boyot


"Owh, Song dah ada kad kuning rupanya. Alamak, nak cover camne nih...Ala, takpela, kasi jelah kad merah kat dia. Huhu..." kata Phil Dowd aka pengadil boyot nih dalam hati.

Kita lupakan kedunguan pengadil, tiba-tiba Dowd boyot bagi penalti sebab Mohammadi sepak kaki Nasri. Memang clear penalti la. Tapi Rosicky yang masih mengelamun dek layan cerita Sepi petang sebelum tu, menyepak kuat ke arah penonton Arsenal. Apa yang digeramnya kat penonton Arsenal aku tak tau la. Ke dia bengang kat stadium pihak lawan kot.

Masa dah makin suntuk. Aku dah tak sedap hati. Tak sedap hati bukan apa. Referee memang macam haram. Habis semua player Arsenal ditibai Sunderland tapi beliau masih menyimpan erat kad-kadnya. Barangkali takut kes Song berulang kot. Maka, setelah masuk minit 94:43saat, keadaan depan gol Arsenal kelam-kabut. Aku yakin, inilah masanya. Dan memang betul, Darren Bent dapat skor bola yang gagal diclearkan. Bukan syampu Clear yang 'di skrin besar, semuanya nampak jelas'( merapu betul Bipasha nih). Aku panas hati. Tapi aku buat-buat baring rilek. Tak macam masa penalti tak masuk tadi, habis bantal-bantal semua aku baling dan tepuk. Yang ni, aku rilek je. Badan rasa panas. Entah kenapa. Pemain-pemain tanah sundal semuanya bergembira dan berlari riang ibarat sudah menang Champions League atau sekurang-kurangnya melayakkan diri ke Champions League. Tapi ini hanya match menentang Arsenal saja. Apa yang seronok sangat? Arsenal bukan pasukan hebat. Sudah 5 musim ketandusan piala.


Hey yo, this is shit man. You know what time is it. How could you do this bro!!


Melihat sambutan mereka meraikan gol penyamaan itu membuatkan aku berasa yang Arsenal adalah pasukan besar. Pasukan ini hebat. Mereka ada penyerang Maghribi. Sama seperti aku teringat di mana Manchester Utd menewaskan Manchester City dengan jaringan 4-3 musim lepas. Sambutan yang berlaku di Old Trafford ketika itu macam pesta atau perlawanan akhir. Ferguson terlalu girang hingga tersembur gula-gula getahnya entah ke mana. Walhal, City bukanlah pasukan hebat mana. Mungkin terlalu gembira menewaskan seteru setempat yang berlagak adalah satu kepuasan pada Rooney. Eh, silap. Kepuasan pada pemain-pemain Manchester dan peminatnya. Ah, kisah apa. 

Seri di Sunderland perkara biasa bagi Arsenal. Memang susah bermain di gelanggang kucing hitam ini. Seperti musim-musim sudah. Dan musim-musim sudah jugalah Arsenal tak berpeluang mengucup piala.(Bukan mengucup kamera macam Gerard). Jadi, adakah musim ni petandanya Arsenal takde can kutip piala? 

Bak kata Khir Rahman dalam filem Los dan Faun...."Itu yang kita tak tahu tu ye.."

Sunday, August 29, 2010

Joyous

Akhirnya test welding tamat tengahari tadi. Habis je test terus layan PES sampai pening kepala. Pening kepala bukan sebab ape. Sebab tak cukup tidur sebenarnya. Khamis malam, aku mengerjakan proposal FYP yang kena submit hari Jumaat patutnya. Nak dijadikan cerita, kena submit Isnin pulak sebab lecturer aka supervisor aku tu terlupa yang Jumaat cuti. Pergh. Memang cantik. Aku dah sampai depan pintu bilik-bilik pensyarah tengok-tengok pintu kunci. Aku pun mesej beliau dan beliau jawab, terlupa Jumaat cuti. Penat aku berjaga dan tak tidur menyiapkan 3 chapter FYP tuh. 

 Ni bukan aku. Kenapa aku kaler rambut dia je?Lu orang pikirlah sendiri.


Jumaat malam pulak, aku mengaji subjek welding untuk test hari Sabtu iaitu pagi tadi. Habis test tu yang terus layan game tu sampai pukul 4 kot. Kepala dah tingtong dah masa tu. Usai main game, terus pegi basuh baju dan layan Facebook sambil makan kerepek kejap. Eh, mana ada. Aku puasa la. Habis berFacebook dan basuh baju, aku dapat panggilan dari parent nak datang ajak berbuka bersama seperti sebuah keluarga yang mesra. Haha. Oklah. Dapat aku melepas rindu pada keluarga. Tup-tup tengah sodap makan kat restoran mamak masa berbuka, ade pulak game Arsenal lawan Blackburn. Mak ai. Apsal aku boleh lupa plak ni? Lempangku pada otakku sendiri. Aku pun ajak ayah aku layan game ni dulu.

Sebelum lempang hinggap kat kaki aku, aku segera membetulkan kenyataan kat ayah bahawa kita layan game Arsenal ni lepas solat Maghrib kat masjid berdekatan ye yah! Habis semayang dan berwirid(alhamdulillah), kami(aku dan ayahku saja: umi dengan adik ke Ole-Ole) pun segera mencari restoran mamak yang lain pulak buat port untuk sambung  layan game Arsenal ni. Sampai kat mamak, skor dah 1-1. Ah, aku syak kalau tak menang 6-2 macam tempoh hari tu, mesti menang 10-1. Setelah melepakkan diri selama 45 minit di mamak, kami pun pulang. Eh silap. Aku je pulang ke rumah sewa dihantar oleh parentku. Ape? Berape skor tadi? Lu orang gugel jela game bertarikh 28 Ogos 2010 ni. Haha...

Sampai gate....

"Angah, amikla dua bungkus roti john ni dengan nuget Seri Murni beserta kerepek ni" kata umiku. 

Aduh, aku terharu. Nuget Seri Murni ni baru je minggu lepas aku tengok kat Tesco. Berhajat nak beli tapi kensel sebab harga mak-ai-boleh-tahan-kau-cekik-darah-tak-cukup-lagi-ke-kau-untung-jual-minyak-masak. 

Aku berjalan sayu ke muka pintu sambil Avanza maroon kian jauh meninggalkan perkarangan rumah. 

Syukur...

Tuesday, August 24, 2010

We Define Future

Akhirnya minggu sibuk sudah hampir berlalu pergi. Tak sepenuhnya. Hampir. Minggu ni ada lagi satu test terakhir sebelum masuk cuti raya. Test welding. Bercakap pasal welding, memang takde dalam nawaitu aku pun nak mengkaji subjek welding ni. Apatah lagi nak menjadi seorang jurukimpal di masa depan. Tapi setelah hari tu aku mengattend ceramah CIDB mengenai welding, aku terus tukar fikiran. Bukan tukar fikiran sebenarnya. Tukar persepsi. Persepsi yang mengatakan bidang welding atau kimpalan takde masa depan memang salah sebenarnya. 

Bayangkan menjadi seorang jurukimpal juga boleh mencecah hingga ke RM5 ribu sebulan jika peluang digunakan dengan baik. Menjadi seorang welding inspector pula boleh mencecah ke 5 angka sebulan untuk pendapatan. Jadi, aku akan gunakan test Sabtu ni sebagai pembuka jalan untuk bergelar welding inspector nanti. Tu pun kalau aku minatlah nak terjun ke bidang tu. Aku sebenarnya minat bidang lain. Tapi siapa boleh tahu rezeki kita kat mana nanti kan? Macam seorang penjual burger. Tak semestinya bila dah kena dump dengan awek on-air kat XFm sebab ko jual burger je, ko takleh berjaya. Ade ape orang meniaga burger je maju gile. Bukak francais lagi. Macam Otai Burger. Tu contohlah. Ramly dulu pun kena bahan gak sebab jual burger kat Malaysia. "Sape nak makan burger kat Malaysia ni" tu antara lemparan yang beliau dapatlah sebelum membina empayar Ramly Burger. Tapi awek keluar radio tu memang tak guna betul. Sebijik macam dalam drama Melayu punye perangai. Ok,till then.

Saturday, August 21, 2010

Hentaman Atmosfera Ke Daerah Kosmik Sepantas Garis Cahaya Di Hujung Horizon

Jika hari ini kita tumpas, tak semestinya hari esok kita akan kalah.









Ok, aku dan team kalah main futsal dengan team baru lawan season ni. 17-7. Heh tapi aku jaring satu gol guna kaki kiri beb. Ok, bye.Nak sahur.

Thursday, August 19, 2010

Tension Is In The Air

Akhirnya minggu sibuk telah tiba. Dengan hempapan serta kesibukan tahap tidak normal, aku boleh jadi sawan. Tapi, aku masih cuba mengawal diri. 

Dua minggu lagi dah nak raya. Tak hairanlah jika pensyarah-pensyarah giat menekan dan mengarah itu ini kepada student-student yang dikasihinya. Test, assignment, lab report dan macam-macam lagi yang berkaitan duniawi datang menghempap benak akal dan mental aku sekarang. Belum kira lagi jurnal untuk final year project, design dan fabrication untuk subjek design dan haih...Macam-macamlah. 

Kesampingan itu, datang sesuatu yang amat mengusik dan menguji benar emosi dan jiwa raga ini. Hati itu perlu dijaga dan dibajai serta disiram selalu. Jika tidak akan rosaklah bunga-bunga di dalam taman hati itu. Maka, apabila sehari atau seminit dua kamu terlupa memanjakan bunga itu, akan hancur leburlah hati sendiri melihat bunga itu semakin layu dan tak mahu berkembang. Salah siapa? Salah penyiram bunga atau bunga yang sering mahu tuannya membelainya?? Cuba mencari jawapan di sebalik semua itu. Tapi kadangkala belum sempat berjumpa jawapan, sudah ketemu hasilnya. Maka, suka atau tidak, terima sajalah hasilnya kerana barangkali sudah ditetapkan sejak azali lagi. Tiada siapa yang tahu.

Jadi, apa solusi untuk ini? Apakah mahu aku berdiri dan berpeluk tubuh dan membiarkan saja semua bebanan itu menghimpit emosi goyah ini? Apakah aku rela membiarkan semua ini mengawal diri aku? Adakah aku akan hilang kawalan atas semua ini? Dan adakah aku sekarang dikawal oleh benda-benda ini? Dan lebih penting, apakah nasib bunga di taman itu? Biarkan layu begitu saja? Atau cuba bertahan mengawalnya daripada layu? 

Seribu persoalan menghantui aku.....

Tuesday, June 8, 2010

Malam Koyak


Ni kalau tiap-tiap malam aku bedal, memang koyak dompet aku.(Koyak sebab aku mengagau cari duit)

Saturday, June 5, 2010

My Story of Pursuit of Happyness

 Coming to cinemas near you soon


Aku bukan datang dari keluarga senang. Tak juga dari keluarga miskin melarat. Sedang-sedang jela. Kadang-kadang dapat apa yang nak. Kadang-kadang tak dapat apa pun. Apapun,syukur jela apa yang ada. Aku pernah tanya ayah dan umi aku benda-benda yang aku nak. Alhamdulillah ada yang dapat. Kalau yang tak dapat tu, paham-paham jela yang dorang pun tak boleh afford dan penuhi kehendak aku aje. Ada benda lain yang nak kena bayar, kena setel, kena pay itu ini...dan macam-macam lagila.

Kalau ada benda-benda yang agak besar atau tinggi nilainya sebenarnya akan menggerakkan adrenalin dan naluri aku lebih tinggi untuk dapatkan. Contohnya kes Playstation tuh. Refer balik entri lepas kalau nak tau. Haha. Sampai sanggup pecah duit tabung haji sudahnya. Masa PS1 aku beli kongsi dengan abang aku. Masa beli Playstation 2 aku beli solo jer. Habis langsung duit aku nak pegi Haji. Insyaallah ada rezeki aku simpan balik. Sebab tu aku boleh kata yang naluri aku untuk mendapatkan sesuatu pasti tinggi kalau betul-betul nak. Sambil tu, memang taknak menyusahkan ibubapa dan orang-orang lain.

Ada satu hari tu, aku bercerita tentang keinginan aku untuk mempunyai sebuah komputer bagi memudahkan tugasan aku di kampus dan menyelesaikan segala assignment-assignment tanpa melibatkan penggunaan PC member dan cybercafe. Aku mula-mula ceritalah kesusahan aku nak buat kerja sebab kalau guna PC member, ko kena pandai cari masa dan peluang bila dia tak guna benda tu. Tapi benda tu yang susah. Bukan susah ape pun. Aku tak suka nak susahkan member. Aku bagitau la kat umi, kalau dapat laptop pun ok gak. Huhu..umi diam. Takpe, yang penting aku dah bagitau keinginan aku. Dapat atau tak dapat tu, belakang kira. Mana tau, kalau kami ada rezeki lebih, boleh la try mintak. Hehe.Aku pernah cerita dulu. Sini.

Sayangnya, kewangan keluarga agak terbeban awal tahun ni. Dengan nak beli kereta untuk abang aku lagi. So, aku punya request kena tunggu dulu la. Jadi, setelah dapat tempat untuk praktikal yang mana ada elaun RM400(bukan elaun pun, gaji kot sebab kira ikut hari bekerja), aku nekad beli PC. Aku survey semua tempat, semua website, semua brochure dan ape jadah lagilah. 1 set PC yang cuma berharga RM969 menarik minat aku. Tambah-tambah sikit semua harga RM1300 la. Ok la tu sebab aku dapat duit PTPTN pun sekitar RM1300 jugak. Aku pinjam duit member RM300 sambil aku menambah seribu untuk beli PC tu. 


 Brochure yang aku masih simpan sampai sekarang


Aku tak bagitau umi dan ayah. Dalam 2-3 hari beli dah rosak dia punya power supply sampai 2 kali aku kena ke Low Yat tukar benda tu. Mungkin tu akibat beli tanpa keizinan ibubapa kot. Tapi, aku tak bagitau mereka bukan kerana aku terkilan. Aku tak bagitau sebab aku takut diorang akan keluarkan duit untuk penuhi kehendak aku ni. Mungkin terpaksa keluarkan. Jadi, aku rela pinjam member dari pinjam duit ibubapa. Aku tak nak susahkan mereka. Biarlah aku dapatkan benda ni dari usaha aku sendiri. Baru aku akan hargainya. Dan aku survive dengan elaun praktikal tuh walaupun kadang-kadang terpaksa berlapar.


 
Dream achieved


Aku cuba ingat barang-barang atau property yang aku beli sendiri tapi bukanlah fully aku beli pun. Ada jugak umi dan ayah tolong topupkan. Tanpa pertolongan mereka, aku tak mungkin beli benda-benda ni. Cuma list ni yang aku banyak guna duit sendiri la...

1. Playstation 1 - Aku beli kongsi dengan duit abang aku guna duit Tabung Haji. Aku tak berapa nak sangat benda ni cuma abang aku yang beriya-iya nak. Jadi, kami bahagi sama rata lah duit yang ada dalam tuh. Tak lupa pada kedua ibubapa yang menambah untuk mencukupkan wang yang ada. Tak silap aku, dalam tahun 1999 kot beli. Tu pun beli jugak sebab tangan abang aku patah jatuh basikal. Dari bosan duduk rumah, dapatlah Playstation sebagai peneman.Untuk cerita lebih jelas, klik sini.

2. Playstation 2 - Aku beli sebab nak main game. Ape barang layan PS 1 masa tu. Aku selalu main game kat PC pakcu aku yang tinggal serumah. Bila dia nak kahwin, konfem dia angkut sekali PC dia kan. So, aku dalam tak sampai sebulan setelah beliau keluar mengambil langkah proaktif lagi dinamik, mengorbankan sekali lagi duit tabung haji untuk beli PS 2. Kali ni habis kering semua duit dalam tuh. Takpe, boleh kumpul balik. Yang penting kena puaskan nafsu nak main game dulu. Kahkahkah...

3. Sony Ericson K770i - Yang ni aku beli sebelum konvo diploma tahun 2008. Aku suka menangkap gambar keindahan ciptaan Tuhan. Dari aku bazir pergi beli kamera digital, baik aku beli sekali benda multi function iaitu handphone ni. Kalau ada pemandangan menarik, boleh seluk aje poket seluar dan snap. Ni guna duit sem 3 belajar degree iaitu first sem aku di Uitm Shah Alam. Aku kumpul satu sem dekat RM900. Dahlah masa tu ada bulan puasa. Memang dapat berjimat tapi time nak bukak puasa tu yang rasa nafsu menggila nak beli itu ini. Namun ku tahan jua. Hehe. Handphone ni berharga RM699 beli kat Plaza Ampang. Dan ni antara pembelian aku paling berbaloi. Aku puas hati dengan kamera ni dan whatever thing di dalamnya sebab aku boleh guna lama sikit(insyaallah).

4. Computer - Ni aku dah cerita kat atas tadi. Ni jugak antara benda yang paling valuable bagi aku walaupun hanya dapat beli masa degree dan masuk tahun 2010. Tak macam member-member lain yang dah ada lama dah. Kebanyakan budak rumah aku hampir semuanya dah ada PC atau laptop sendiri. Hanya 2-3 orang je takde. Boleh kata, komputer ni melengkapkan hidup aku yang mana aku dapatkan dengan mengikat perut. Pinjam sana sini. But berbaloi la. 


Perancangan Masa Depan

Takkan kahwin kot. Haha. Sekarang ni aku amatlah teruja menginginkan sebuah motosikal sebagai pelengkap perjalanan hidup seorang student. Untuk memudahkan pergerakan jugak. Sekarang target motor dah ada dan harga amatlah masyuk. Insyaallah habis kerja sementara kat kilang Panasonic ni, dapatlah beli. Insyaallah. Apapun, aku juga kena berkorban untuk mengambil lesen motor sebab aku takde lagi. So, kenalah keluar duit lagi. Mengikut perkiraan mantik dan merenung bintang di langit (khurafat betol!), insyaallah aku boleh target dan completekan misi aku ni menjelang awal Julai. Jika ada orang terbaca, doakan aku ye. Salam..

Dalam hidup ni, selagi kita ada kemahuan dan naluri yang tinggi untuk sesuatu, insyaallah akan dapat. Yang penting berusaha lebih dan banyak berdoa. Sambil tu kena berkorban banyak benda. Di hujungnya sinar yang menanti.


P/S - Blog aku di sini lebih personal aku rasa. Aku boleh cerita everything kat sini semua. Hehe. Yang blog aku lagi satu tu dah banyak stalker. Payah den. Huhu...

Saturday, April 24, 2010

Jatuh

Aku sekarang sudah berada di alam lain. Di alam ini, segalanya nampak indah. Berwarna warni dan berkelip-kelip indah. Dan aku tidak keseorangan. Aku ada peneman dalam alam ini. Kami bersama meneroka alam ini. Begitu indah.

Aku berjumpa dengan dia di YM. Itu 6 tahun dulu. Aku masuk diploma tak lama tiba-tiba putus dan lost contact. Aku call dia tak angkat. Aku mesej tak balas. Lebih malang, henpon aku rosak IC die. Hilang terus nombor dia. Termangu-mangu aku macam kambing. Dan bila aku dapat tahu dia sudah berubah ke arah yang baik, aku anggap ini ada hikmah. 

Dan awal tahun ini aku bertemu dia semula. Juga di dalam YM. Tiba-tiba aku rasa nak online sebab nak test mic headphone aku. Masa tu baru beli pc. Tiba-tiba dia online jugak. Masa tu semua memori lama ligat berputar balik. Kadang-kadang rasa sedih, kecewa atau happy. Tapi sekarang rasa bersyukur bila Tuhan pertemukan dengannya. Bila dia pergi dulu, terus terang aku jadi lost. Aku terus hidup dengan cuba melupakan memori lama dengan bersama kawan-kawan. Sekarang ni, aku tinggal nak congak macam mana mahu pastikan perhubungan ini berakhir dengan suatu ikatan. Agak jauh sebenarnya, tapi dia penuh dengan plan sana sini. Mentang-mentang blaja buat plan di Penang. Tapi, aku suka sebab dia berpandangan jauh. Hidupnya bervisi dan terisi. Tak menyimpang dan punya matlamat jelas. Dia tahu apa yang dia nak dalam hidup dia. 

Rasa bersyukur aku pada Allah tak akan habis aku ucap bila aku bertemu dia. Dia ajar aku erti hidup. Mungkin perubahan yang dia lakukan dulu tu yang mengajar dia menjadi lebih tabah dan berguna. Dan segalanya disampaikan kepada aku. Sokongan, nasihat, cerita dan macam-macam.

Aku ingat lagi yang aku memang nak beli Quran terjemahan. Last-last die poskan kat aku sekali dengan buku Bilal b. Rabah. Aku terharu sebab benda yang memang aku nak but tak mampu beli, dia boleh belikan kat aku. Lagi satu contoh terjadi khamis lepas bila dia poskan jersi Arsenal kepada aku. Aku rasa nak nangis mengenangkan apa yang dah dia korbankan untuk aku. Dia ambil masa untuk ambil tahu minat aku, dengar cerita-cerita bola dan pasal Arsenal aku. Tiba-tiba poskan jersi ori replika untuk aku. Dia beli kat al-ikhsan. Aku bukan taktau yang harga jersi kat sana nak dekat RM300 dah. Selambe je beli untuk aku yang selama ni aku hanya mampu lihat dan telan air liur je. Aku betul-betul terharu.

Dia hadir ketika aku resah. Dan dengan ini aku berjanji takkan sia-siakan dia seperti aku siakan dia 6 tahun dulu. Tak akan...

Saturday, February 27, 2010

Sambal Tumis

Itu hari aku pau satu paket cili-cili kering rakan serumah aku untuk buat sambal tumis. Sekian lama asyik makan nasi dengan kicap je, nak gak merasa kuah pedas sikit. Dan itu memang first time la aku buat sambal tumis kosong je. Mana ada ikan bilis nak campak.

Aku bukan pau cili kering je. Habis bawang merah, bawang putih, garam semua aku sapu budak-budak rumah punya. Biasalah. Dah satu rumah kenalah amalkan konsep sharing is caring. Kalau taknak kasi pegi duduk dalam hutan. Jadi dah siap blender cili-cili kering ni semua, aku pun memulakan tugas memasak. Dahlah asam jawa takde. Memang kurang kaw la.

 Bukan sambal tumis gua.


Dah siap apa semua, boleh pulak aku offer kat member lain padahal inilah first time aku masak sambal nih. Lantak koranglah rasa macamana. Yang ajaibnya, kawan-kawan semua cakap sedap dan ada yang tambah lagi. Pergh. Dahlah aku potong bawang tu semua besar-besar, boleh korang cakap sedap ye. Dengan takde air asam jawa lagi.



Nota - Memandangkan aku jarang ada masa nak update blog ni, tak mustahil aku akan beri kepada orang lain untuk tolong updatekan. Mungkin dia akan cerita pasal hidup dia, aku taktau. Segalanya terpulang padanya.

Sunday, January 24, 2010

Potong Absorber


Minggu ni kerja aku di tempat praktikal adalah di mesin pressworking atau dipanggil mesin kerja tekan. Mula-mula kerja ni memang nampak susah sampai banyak kali jugak aku silap presswork. Kalau silap presswork, rosaklah produk tu nanti. Oh ya, produk yang aku buat kerja tekan ni adalah washer untuk absorber Kancil.


Kancil Absorber


Satu hari company target dalam 4500 pieces tapi aku setakat ni buat dalam 2500 je paling tinggi. Apa taknya, dalam sehari memang tak sah kalau mesin tu tak buat hal. Worktable boleh larilah. Acuan sangkutlah. Produk terlekat kat acuanlah. Ada satu hari tu aku terbuat kesilapan paling besar apabila aku presswork 2 kali atas raw material tuh. Hasilnya, acuan atau dipanggil die tu rosak dan hilang bentuknya. So, supervisor aku pun macam usha lain macam kat aku. Ada staff lain yang bikin 'die' tu pun macam bengang dengan aku. Ah,nak bengang kenapa. Setiap company akan ambil risiko bila suruh budak-budak praktikal ni buat kerja melainkan kerja yang dibagi tu tahap cikai punya. Nak taknak kenalah repair balik acuan tuh. Lepas tu aku turun pangkat kejap pergi potong kayu.



Produk yang terhasil


Aku punyalah berharap supaya acuan tu dapat dibaiki semula dan tak ambil masa lama sebab banyak lagi bahan mentah aku kena presswork. Ni akan membantutkan produktiviti syarikat seterusnya aku akan menjadi punca apabila company rugi.Every second is money. Akhirnya, 'die' tu dapat juga direpair dan aku pun boleh sambung balik kerja aku. Cuma hari Jumaat tu mesin buat hal lagi. Kali ni mata alat dia patah kat satu tempat mengakibatkan produk tu tak lepas QC. Tensen betul. Dahlah banyak lagi nak kena setel. Supervisor pulak sibuk suruh aku OT. Aku cakap tengoklah tapi aku tak buat. Kalau nak diikutkan aku sebagai pelajar praktikal tak boleh handle bulat-bulat perkara yang melibatkan delivery pada customer ni. Kalau benda ni nak cepat, ada lebih baik diserahkan pada worker yang experienced. Dahlah aku training je, nak kena completekan customer demand pulak. Camne kalau aku tak fulfill?

Entahlah..

Thursday, January 14, 2010

Citer QC

Entah ape seminggu ni yang aku buat sampai busy sangat takde masa nak jengah sini. Pagi bangun pukul 6.30,start keje pukul 8. Habis keje 6.30pm. Lepas maghrib apa semua, pegi makan. Lepak-lepak jap main Facebook dah pukul 12.Pukul 12 tidur. Tu jela rutin aku.

Nak citer pasal kerja memang berat. Kerja macam operator. Dok mengadap benda yang sama setiap hari.Memang takde life. Tapi nak komplen lebih pun tak guna. Bukan ini yang kita minta tapi ini je yang kita dapat,terima jelah. Lagipun, training je. Kalau kerja betul, memang aku dah berenti dah. Hahaha...

Baru-baru ni, aku ditugaskan buat quality control iaitu QC. Apa yang tak bestnya adalah aku orang yang buat final finishing dekat produk ni. Dan aku juga yang buat QC. Jadi, persoalannya kat sini, apakah hasil kerja yang dibuat aku patut dinilai oleh aku sendiri? Kalau aku nak tipu pun boleh tapi aku tak tergamak nak buat macam tu. Bagi aku, QC patut dihandle oleh orang lain ataupun insert sekali orang lain dalam QC nih. Barulah hasil kerja yang aku buat final touch tu boleh dinilai dengan baik. Kalau lu buat karangan takkan lu nak baca sendiri nak tau bagus ke tak. Mestilah lu orang pass kat mak ke, kat cikgu ke, kat member ke. Baru leh tau betul ke, salah ke. Yang aku risau, lepas buat QC, produk terus dipakejkan dan sedia untuk dihantar pada customer. Kalau customer komplen tak puas hati, siapa yang kena kalau bukan aku? Atau mungkin supervisor aku dari Bangladesh itu. LOL.

Lantaklah. Aku buat kerja aku je. Lepas 4 bulan, chow. Cuma yang tak tahan aku rasa penat bosan.Bukan penat letih. Penat ada 2 jenis. Penat letih dengan penat bosan. Kalau penat letih aku boleh tahan lagi tapi kalau penat bosan memang rasa nak hempuk diri ke lantai.

Lastly, aku sekarang dalam proses nak beli komputer yang pertama buat diri aku. Selama ni pinjam mak aku punya, pinjam member punya. Assignment semester depan konfem berduyun. Takkan nak menumpang member lagi. So, dua tiga minggu ni rajin pulak aku ke Low Yat survey-survey harga. Harapnya jadile beli minggu ni. Fuh..Bismillah..