1. Hari ni adalah hari Selasa bersamaan dengan 14 Disember 2010. Berapa Muharram tahun 1432 Hijrah ek?
2. Hari ni pergi kerja macam biasa walaupun semalam tengok bola Arsenal kalah di tangan MU. Ah, macam tak biasa ye dak? 1-0 je pun.
3. Sampai kat line, brader Faisal kata tak payah buat packing. Hari ni pergi sapu gris pada grille aircond kat line. Fuh, best skit. Sejuk kena kipas. Packing bikin peluh je.
4. Start buat sapu gris. Kak Yan (walaupun dia muda, aku panggil akak jela bersandarkan senioriti dia di kilang tuh) suruh tukar tempat ngan dia. Dia suruh aku tampal plastik kat panel yang ada print aircond tuh. Aku cakap ok jela.
5. Dah buat kerja lama sikit, aci India sebelah bising sebab aku lembap. Kasi jem line je. Padahal bukan jem mana pun. Cuma aku bikin sesak kat tempat dia je. Yela, dia duduk sebelum aku. Dia yang pass barang kat aku. Kalau aku lambat, sure akan effect dia. So, aku sengih-sengih macam kerang busuk sambil buat-buat cepat. Konon lah.
6. Disebabkan aku lambat, aci india ni datang kat tempat aku, kasi ajar aku dan bagi panas telinga. " Ayoo, manyak senang la ni kerja. Itupun buat lambat ka? Ini budak kecik pun boleh buat laju". Dia sound aku. Peh, panas siak. Sekali lagi, aku buat sengih macam kerang busuk supaya dia ingat yang aku fikir dia bergurau. (ayat apa ni?). Aku sengih jela untuk coolkan keadaan. Dia pun blah. Macam tak puas hati. Tolak barang kat aku pun laju-laju. Siap sampai hentam barang aku tengah buat kerja. Aku sabar je nih.
7. Aku buat kerja macam biasa. Tak pandang langsung muka aci ni. Bercakap pun tak. Dia pulak, kalau line tak jalan, suka menyuruh aku itu ini. Suruh amek kotak la, amek plastik la. Cakap pulak macam nak marah je. Apsal ngan aci nih? Period ke? Nampak macam dah menopaus je.
8. Aku buat je apa yang disuruh. Ada masa tu, aku tengah sembang baik ngan budak troli masa line tak jalan, tetiba dia sound. " Korang ni asyik main je. Lagi sikit mau rehat dah ni. Tolonglah sikit". Main menda plak. Orang bersembang je pun. Aku sabar je lagi. Sah, dia ni period.
9. Ni kemuncak sound dia. Masa line tak jalan (due to machine problem la), aku jalan-jalan la jap sebab bahagian kerja aku pun takde kat line tu. Aci india ni pun takde. Yang ada Kak Yan sorang je kat line. Tu pun dia tolong-tolong buat menda lain. Masa aku balik ke line, tengok dia dah start buat part dia kat line tuh, so, aku pun macam biasa pergi sebelah dia sambung kerja aku. Tiba-tiba...
" Kenapa takde orang ganti saya masa saya pergi toilet? Tengok ni barang dah banyak keluar dari machine! Kalau jem macamana? Nanti kalau orang atas tanya, saya mau cakap macamana? "
" Saya tak reti la buat kerja akak ni...", aku reply.
"Tak reti belajar la!! Saya masa mula-mula datang pun, kena belajar! Lain kali saya tak mau tolong dah..." aci tu jawab.
10. Aku buat sengih kerang busuk lagi. Takkan nak maki dia balik. Dahla orang tua. Jadi, aku sabar je. Aku dahlah baru 1st day jaga kat line. Ade ke dia suruh ganti dia masa dia takde. Gila apa. Dahla orang semua takde, sapa yang nak ajar? Bos kilang plak? Pastu, ade ke sound aku je. Sound budak lain yang takde kat line tuh sekali tak berani pulak. Takut la tu. Mentang-mentang aku baru, ko buli ye. Baik. Takpe. Aku ingat. Kak Yan pun cakap dia ni 'mabuk'. So, aku assume dia ni bengap sikit. Pemikiran dia tahap cetek macam air mandi KLCC tuh. Jadi, buat apa aku nak maki balik orang yang low IQ. Aku biarkan saja.
11. Aku sengih macam kerang busuk lagi bila nak balik. Esok taktaulah macamane aci tu.
No comments:
Post a Comment