Showing posts with label mereka. Show all posts
Showing posts with label mereka. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Isu Bacaan Quran

Gua dah sampai pada satu tahap di mana gua memang malas nak menulis di blog ni. Sebab apa? Sebab bila gua ada idea, idea gua tu datang bukan pada masa gua di depan pc. Kadang-kadang bila dalam kereta, idea datang mencurah-curah nak menulis. Tengok burung berak pun gua boleh dapat idea. Kadang-kadang tengah mandi idea datang.

Bila depan pc, gua jadi kaget lantas menjadi bangang. Ni semua gara-gara facebook. Bila gua on pc, gua kelik kat binatang firefox tu, terus gua tekan F dan keluar la laman Facebook secara otomatisnya. Lantas, bila gua dah bukak facebook, secara otomatisnya gua jadi leka sekaligus idea gua tadi melayang ibarat sampah di Lorong Haji Taib.

Tu yang kadang-kadang gua bengang sampai gua tumbuk rusuk adik gua berumur 7 tahun. Berguling dia mengerang kesakitan. Tapi kali ni gua nak share satu perkara pelik dalam negara kita ni. Walaupun ia agak lambat, tapi peduli apa gua.

Itu hari, Pulau Pinang ada keluar satu pekeliling jangan kasi bunyi bacaan al-Quran sebelum azan subuh. Pastu, media perdana memomokkan cerita ni memandangkan ia berlaku di Penang. Kalau kat Pahang, dah tentu-tentu Ketua Pengarang dia membakulsampahkan berita ni. Ok, kemudian, ramai orang marah dan hentam kerajaan Pulau Pinang yang takde kene mengena termasuklah Majlis Fatwa Kebangsaan pun turut sama berkata "Awat tak bincang dulu ngan kami?"

Pastu, bila mufti Penang keluar kenyataan bahawa dia refer hadis (memang perkara ni pernah berlaku di zaman pemerintahan Islam dahulu dan bacaan Quran tidak diwajibkan pun sebelum azan subuh), terus Majlis Fatwa senyap. Point gua:

1. Apa jadah Majlis Fatwa ni pegi tegur dalam akhbar pastu nak buat bincang kononnya. Lu pegi jelah jumpa Mufti tu dan setel senyap-senyap. Takde kesatuapaduan langsung dorang ni. Ke terpaksa bersuara sebab ada arahan pihak tertentu?

2. Apsal bila mufti Penang reply balik macam tu, Majlis Fatwa ni terduduk diam langsung tak bersuara. Takde point nak balas? 

Kesimpulannya, ni semua mainan politik. Nak tegur benda melibatkan hal ehwal Islam, pergila tegur secara sulit dan berhemah. Ni buat press statement pulak. Bodoh....

Saturday, July 2, 2011

Takutkan Sesuatu

Media perdana pung pang pung pang dok bagi publisiti percuma pada Bersih 2.0. Itu sebenarnya satu petanda bagus kerana orang yang berlebih-lebih menghalang sesuatu sebenarnya mereka takutkan sesuatu. 

Thursday, June 16, 2011

Sudut Positif

Mari kita melihat tindakan SKMM menyekat akses kepada beberapa laman perkongsian pada sudut yang positif. Ramai yang menghentam kerajaan dan SKMM pastinya kerana menyekat akses kepada laman-laman tersebut dan sekaligus menghalang aktiviti muat turun yang terdapat di laman tersebut. Tindakan ni sebenarnya mengundang kemarahan beberapa orang yang aktif menggunakan laman seperti Pirate Bay, Mega Upload, Fileserve dan macam-macam hape jadah lagilah. 

So, kita cuba melihat ia daripada aspek positif.

1. Peningkatan jualan album dan filem Melayu -  Dengan ini kita akan dapat lihat orang ramai yang sekian lama mendownload daripada laman web tersebut terpaksa mendapatkan cd album dan dvd filem original sebab takde sumber nak download dah. Jadi, lepas ni, marilah kita beratur di kedai Speedy untuk membeli album Faizal Tahir. Walaupun mahal, tapi sebab minat apalah salahnya kan?

2. Tiada perlanggaran hakcipta - Sekatan yang dilakukan SKMM baik demi membendung gejala lagu dimuat turun sesuka hati yang mana melibatkan perlanggaran dan pencerobohan hak cipta penulis asal. Maka, dengan ini, kita tidaklah lihat nanti ada orang diheret ke mahkamah atas sebab memuat turun lagu tanpa kebenaran asal pencipta lagu.

3. Industri musik dan filem berkembang maju -  Apabila semakin ramai orang membeli original, maka sudah tentulah akan memberikan keuntungan kepada para pembuat filem dan lagu. Jadi, dengan ini, otak mereka akan lebih kreatif dan berkembang pesat kerana kantung poket dan isi perut sudah penuh seiring dengan hasil jualan yang meningkat. Kesimpulannya, kita mungkin akan dapat menikmati filem-filem yang lebih bermutu dan bunyi musik yang lebih sedap berbanding sebelum penyekatan laman web terbabit. 

4. Tamatnya era cetak rompak - Jika tiada tempat mendownload, maka lanun cetak rompak tiada lagi tempat untuk mendapatkan sumber bagi menjual bahan. Maka, secara otomatisnya, tamatlah era lanun cetak rompak yang selama ni mencengkam industri seni tanahair. 

5. Dunia yang lebih aman - Dengan melingkupnya aktiviti cetak rompak, maka tamatlah juga aktiviti tonto ataupun kongsi gelap yang selama ini membayangi aktiviti ini. Jadi, bila diorang dah takde benda nak buat, maka mungkin mereka akan menanam padi pula selepas ini. Jadi, bila mereka menjadi penanam padi, tentulah dunia akan lebih selamat bukan?

Itulah serba sedikit aspek positif yang perlu kita lihat. Mari kita buka minda dan lapangkan fikiran. Selami jiwa, selami akal dan selami lautan dalam. Ayuh kita menuju Malaysia yang cemerlang. Kalau bukan kerajaan yang mengawal internet, siapa lagi hendak kawal anak-anak yang sudah rosak? Mari bersama berganding bahu dengan SKMM untuk menamatkan era memuat turun secara haram di Internet!!

Tuesday, April 5, 2011

Masterpiece

Gua nak citer yang impak filem Melayu paling dahsyat pada sosiobudaya orang Melayu selepas zaman kegemilangan P. Ramlee jatuh pada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lu try bukak facebook. Berapa punye berlambak pasal quote-quote dari filem tersebut. Ataupun lagu dari filem tersebut. Yang paling dahsyat impak adalah daripada Usop Wilcha sampaikan masuk ABP semalam mengumumkan nama pemenang. Dahsyat tak dahsyat bai Mamat Khalid ni!!

Dulu gua tengok si Usop atau Syahid dalam filem zombi Kg. Pisang ni gua rase menyampah je. Tapi lepas impak yang dia bagi dalam filem Kak Limah dia sebenarnya memang padu. Dia ni memang true pelawak la. Ok, berbalik pada facebook tadi, gua memang tak pernah tengok penangan yang filem ni bagi sampaikan sudah berapa bulan lepas ditayangkan masih kuat die punye power. Mana ada filem 2 alam atau ..Dalam Botol macam tu punye penangan.  Sana sini orang dok ulang ayat daripada filem ni je. Ini baru betul-betul punya true. Dengan ini, aku mengkategorikan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dalam kelas dia yang tersendiri. Memang MASTERPIECE!!


Masterpiece!

Wednesday, March 30, 2011

Camwhore

Apsal kaum perempuan suka camwhore dalam facebook??

Thursday, March 24, 2011

Segmen Tahukah Anda

1. Tahukah anda bahawa menonton video tak senonoh secara beramai-ramai adalah salah dan melanggar akta Video dan apekebenda ntah aku lupe tapi menteri kata tak salah. Jadi, sila pergi borong DVD blue banyak-banyak dari Petaling Street dan tonton di Dataran Merdeka sambil bentang tikar mengkuang.

2. Tahukah anda, Carcosa Seri Negara adalah hak milik Kerajaan Malaysia?

3. Tahukah anda, Zulkifli Nordin perlukan perhatian agar kerjaya politiknya tidak malap?

4. Tahukah anda, saban tahun ada saja pelajar yang gagal SPM cuba untuk bunuh diri? Semalam, cubaan terbaru di KB Mall.

5. Juga tahukah anda, jika keputusan SPM anda bagus, anda boleh dump balak anda sekarang jika result dia tak bagus dan anda cari balak lain di kampus ipta nanti. Hasilnya, bekas balak anda duduk di kebun kelapa sawit milik Felda cuba-cuba hisap ganja pula.

6. Tahukah anda, jika anda jumpa balak baru di kampus sekalipun, belum tentu anda dapat menyelamatkan diri dari diratah oleh lelaki-lelaki gila ini.

7. Tahukah anda, pepatah mengatakan 'politik itu kotor' adalah benar kini?

Sunday, February 27, 2011

They Don't Speak For Us

Tadi masa gua isi minyak, macha tu kata ada kemungkinan harga RON95 akan dinaikkan 10 sen menjadikannya RM2.00. Bila dia naik tu? Lu jangan tanya macha tuh. Lu tanya bini Rosmah. Dia ada jawapannya. 

Jika alasan kenaikan harga minyak dunia menjadi punca kenaikan, budak darjah 5 bolehlah lu rembat tipu. Ni orang kerja sektor perbankan, oil dan gas, automotif hatta kerja kilang buat sirap pun tahu yang kebebalan kerajaan menjadi punca kenaikan minyak ni. Kebebalan tu jenis yang mana? itu lu orang cari sendiri lah. Kalau lu bebal, memang macam budak darjah satu punye otak la ada dalam medula oblongata lu. Opp, gua tak hina budak sekolah rendah. Cuma tahap pemikiran tu yang gua samakan. 

Ada orang kata baik kita bersatu dan ikut satu parti ni dalam menyatukan Melayu kalau taknak biar Melayu ditindas orang asing. Ikut parti ni kalau taknak tengok Bumiputera dipijak kelak. Tanah dirampas. Semua ni BUSITT! Bak kata Usin dalam Hantu Kak Limah. Ni agenda pihak mereka untuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan cerita itu cerita ini. Melayu takkan maju la, Melayu bakal ditindas la. Apa jadah semua ni. Apa ingat Melayu bengap sangat ke sampai nak disuap itu ini. Ingat mengharap sangat ke pertolongan yang satu ni.


Yang gua pikir sekarang ni, mereka sebenarnya yang memecahkan dan menjatuhkan Melayu. Tengoklah dengan peningkatan harga gula, minyak dan macam-macam lagi. Sementara tu, depa dok seronok dalam istana mewah makan sedap-sedap. Tak payah pikir pasal minyak. Depa makin boroi. Hangpa yang bodoh pi sokong dia nak makin lama makin kurus kering pikir nak bayar macam-macam. Lama-lama mampus awal sebab kurang gula dalam badan. 

Come on la guys. Wake up la. Jangan biar kita dijajah oleh bangsa kita sendiri yang sebenarnya tak pernah pun pikir pasal kita. They don't speak for us la.

Wednesday, February 23, 2011

Kuasa Rakyat

Tunisia sudah.

Mesir sudah.

Bahrain hampir.

Arab sedang berevolusi.

Malaysia?

Tunggu apa lagi tuan-tuan...

Monday, February 14, 2011

Friday, February 11, 2011

Wanita

Aku bersyukur dilahirkan sebagai lelaki. Kerana dalam dunia perempuan itu complicated especially persaingan antara mereka. Sesama mereka. Misalnya, hari ni mereka boleh berbaik gile. Esok-esok mereka tikam belakang. Semua sebab cemburu dan dengki.

Ah, laki bukan tidak ada. Ada jugak. Tapi tidaklah seteruk mereka. Ini memang benar. Aku buat kajian dan bersandarkan fakta-fakta kukuh. Jadi, jangan marah.

Tuesday, January 25, 2011

Komplot Filem Melayu

Astro = Pikir camne nak jadi 1st dalam rembat filem-filem Melayu

Idea!

David Teo!

David Teo juri Raja Lawak + Bayar kat Metrowealth = Pakej Astro First!

Jangan Tinggal Solat

Orang tua-tua kata jangan tinggal solat. Eh, bukan orang tua je kata. Itu agama yang kata. Solat tiang agama. Kalau di padang Mahsyar nanti, amalan solatlah yang pertama akan ditanya.

Orang selalu kata, "alah, apa nak sebuk orang tu sembahyang ke tak. Kita jaga jela semayang kita".

Golongan begini elok diberikan jari tengah dan lebih manis, penampar di kepala. Kalau begitu apa guna konsep dakwah. Yang Islam tertebar di muka bumi ni atas usaha dakwah Nabi Muhammad tu konsep apa? Konsep jaga amalan kita sudahlah? Jadi, jika anda berjumpa orang sebegini, jangan lupa beri penampar kepadanya sebelum menerangkan kesalahan tutur katanya itu.

Jadi, aku rasa di sini, pemerintah di Malaysia agaknya tak sembahyang kot. Yalah, si Najiblah, sapa lagi. Mahu taknya, kalau dia jaga semayang dia, takkan ada nawaitu dalam hati dia nak menjadikan KL hab hiburan malam menjelang 2012 dalam program transformasi ekonominya tu. Ini semua komplot untuk menambah video 3gp awek cemolot dekat Pavilion dow!

Sunday, January 2, 2011

Hidup Pemain Bola Dan Plastiknya Perempuan

Aku rasa macam nak hentak kepala bila satu persatu kaum perempuan mula berdiri dan memberikan sokongan kepada pasukan bolasepak negara yang baru sahaja memenangi Piala Suzuki ni. Nak bagi sokongan tu biarlah ikhlas, bukan hanya pada rupa saja. Macam yang terjadi pada Khairul Fahmi Che Mat, dengan tidak semena-mena jadi famous di kalangan wanita sempena aksi final kedua di Bung Karno itu hari. Aku respek kalau perempuan-perempuan ni tak plastik. Memang minat bola sejak azali, ataupun kurang-kurang memang support bola tu sendiri. Sebaliknya, wajah kacak juga menjadi buruan. Macam kembar berdua tuh.

Sekarang rezeki si Fahmi pulak. Aku dah perasan dia sejak dia main Kelantan ganti Halim Napi dan Syed Adney tuh. Sejak dia main, memang kebal sikit kubu Kelantan sampai Selangor pun susah nak tembus. Tapi kalau Halim Napi jadi hero masa kat Bung Karno hari tuh, agak-agak ada tak kaum perempuan berebut like Facebook dia ataupun terhegeh-hegeh cerita dalam blog masing-masing. Fine. Takkan ada. Sebab yang tengok minat rupa ni memang banyak, yang betul-betul ikhlas tu tak ramai. Sekarang ni, sampai ade page FB yang anti awek Fahmi pulak. Memang plastik tahap tong sampah betul depa nih. Ade plak tuh, yang membodek tahap anjing menjilat kasut pun ada gak kat blog budak tuh.

Nantilah korang, lepas aku bertapa kat Gunung Semanggol ni, aku kasi terer-terer main bola, pastu aku reject semua offer yang nak jadik awek aku. Aku pilih Nora Danish je. Kahkahkahkah.....

Contoh blog gedik mengidam Fahmi : sini

Sunday, December 12, 2010

Status Bodoh Di Facebook

Facebook, selain menjana income untuk Mark Zuckerberg adalah medan golongan muda mudi melepaskan tekanan dan tension dengan menulis status yang kadangkala entah apa-apa, menunjukkan amarah, meniup batu api dan menulis kebodohan sendiri. Memang itu adalah hak masing-masing, tapi apabila difikirkan balik, apakah tujuan mereka berfacebook? Kita tanya balik diri sendiri. Apa yang kita nak sampaikan apabila kita 'curse' somebody dalam facebook? Biar semua orang tahu yang kita sedang marah somebody walhal jika rakan-rakan lain komen status tersebut, kita boleh bergelak tawa kembali. Apakah ini semua? Tidakkah mereka berasa bodoh? Diperbodohkan dengan kecanggihan teknologi programming dan coding Mark Zuckerberg?

Inilah konspirasi tingkat tinggi. Anak muda kini hanyut dan membiarkan mereka dibodohkan dengan teknologi yang mereka guna. 

Sampel di bawah adalah contoh status yang aku rasa bodoh dan tak patut dihebohkan pada umum. Ada banyak lagi tapi aku kasi reveal yang ni dulu.













Just Make It Simple

Itu hari aku ada terlibat dalam pembikinan video movie untuk assignment bahasa ketiga yakni Mandarin. Memang ni task wajib untuk student yang amik subjek ni. Nak dijadikan cerita, ada satu scene yang mana memerlukan kedai bunga sebagai latar set. Maklumlah, tukang buat skripnya mengkehendakkan jalan cerita sebegitu. Aku, sebagai pengarah mengikut arahan penulis skrip je. Aku melantik diri menjadi pengarah pulak. 

Nak menjadikan kedai bunga sebagai salah satu set perlukan keizinan tuan kedai dulu. Kalau main sebat je berlakon kat situ sambil cakap Mandarin, alamatnya nak kena sebat la dengan ah soo kedai tuh. Kawan aku offer diri pergi mintak izin kat tuan punya kedai. Aku memfollow dari belakang. Sambil beliau bercakap, aku mendengar butir-butirnya dengan terperinci.

" Hello auntie. Kami ni student. Kami disuruh oleh lecturer kami untuk buat satu video mengenai bahasa Mandarin. Jadi, ada salah satu scene kat kedai bunga dalam cerita ni. Oleh tu, kami nak mintak izin dari auntie untuk ambil gambar kat kedai auntie ni boleh?"

Itu antara isi yang aku tangkap dari mulut member aku. Aku berkerut dahi. Ah soo kat situ macam tak berapa nak paham. Dia tanya pembantu kedai dia. Aku tak paham. Cakap cina. Walaupun aku amek subjek Mandarin, aku still takleh tangkap apa dia cakap. Mungkin loghat deme ade banyak kot. Agak lama jugak krew-krew kami berada di situ menunggu jawapan dari tuan punya kedai. 

Hasilnya? Menghampakan. Dia tak benarkan. Sebab apa. Tu aku tak tahu. Tapi dia macam tak berapa nak paham tujuan kitorang. Aku pun paham dia punya ketidakfahaman tuh. Takpe. Ada satu lagi kedai bunga kat kedai mamak sana. Kitorang pun bergegas bawak tripod, lighting, cable, camera, rail, clothing (pergh, tipu tak agak!) ke sana.

Kali ni aku decide, biarlah aku yang pegi mintak izin. Aku rasa ada something wrong dari segi pemintakan izinan member aku tuh.

" Hello uncle! Uncle, kitorang mau tangkap-tangkap video kat luar kedai bunga you boleh ka?"

Uncle tu tanya balik aku. "Apa bikin?"

" Ada assigmnet skitlah"

"Ok-ok. Tapi jangan kacau customer wa aa...", Uncle tu setuju.

Habis sesi shooting. Aku datang balik kat uncle tuh dan cakap thank you.

" Tak ada dapat duit ka?", katanya serius dan selepas tu diiringi tawa kuat. Aku pun ketawa sama.

-Simple-

Tuesday, November 16, 2010

Auta

Itu hari soltan satu negeri tu sudah marah sama suara negatif atau suara sumbang yang keluar mengatakan kerajaan negeri lepas tangan pada mangsa banjir. Haha. Soltan sudah marah. Habislah korang media-media auta kencing rakyat. Apa ingat rakyat ni bodoh?(ada juga segelintir yang bodoh).

Satu lagi pasal kes 'Datuk' penipu jual gelang sampai RM1000. Ape kejadahnya semua ni?

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)


Friday, November 12, 2010

Anarki Sebuah Monarki

Itu hari masa aku lalu Jalan Duta, ada satu bangunan bapak besar atas sebuah bukit. Nak kata bangunan pun bukan bangunan sebenarnya. Lebih kurang macam rumah. Tapi bukan banglo sebab ni memang 800 kali ganda kot lagi besar dari banglo Dato' Nordin.

Aku tanye si Oren 'kucing' kesayangan adik aku. Dia pun jawab itulah Istana Negara yang sedang dalam proses pembikinan. Mak ai. Pandai dia menjawab. Oh, memang ada rupa macam Istana Negara tapi lagi besar dari yang dulu punya yang kalau lu orang selalu lalu depan gate dia, banyak tourist amik gambar dengan pengawal yang tak bergerak macam patung tuh. 

Besar gila istana baru ni. Dalam tu berapa ramai boleh duduk agaknya? Aku rasa satu daerah Kuala Kubu Bharu boleh lepak dalam tu kot. 

Lepas lalu tempat syorga donia tu, aku lalu satu perumahan setinggan. Ada seorang budak perempuan di tangga kayu dibuat dari kayu yang tidak kemas buatannya. Emaknya sedang bercangkul di depan rumah. Mengerjakan tanaman sendiri agaknya. Ayahnya pulak pergi mencari rezeki kot. Mungkin jadi jaga? Atau meniaga barang antik? Tafsir aku saja.

Huh..monarki...Syaitan ini semua.

Sunday, November 7, 2010

Ke Mana Tanggungjawab Kita?

Sedang aku asyik makan nasi lemak sambil menggunakan internet, aku terdengar satu cerita di Melodi TV3. Aku bergegas ke depan untuk melihat apa yang aku dengar.

Seorang lagi pelakon wanita membotakkan kepala semata-mata untuk memenuhi kehendak lakonannya.

Apabila wartawan tanyakan soalan kenapa begitu, kenapa begini, pelakon wanita berusia itu menjawab,

" Saya adalah seorang pelakon yang bertanggungjawab terhadap karekter saya.."

Nak je aku sebagai wartawan kat situ tanya, "Jadi, mana letaknya tanggungjawab anda kepada agama?"


Aku rasa, sudah sampai masa sekolah agama patut diwajibkan untuk budak-budak sekolah rendah kerana bak kata Allahyarham P. Ramlee,

Jika kita mengisi ugama dalam dada anak muda yang kosong itu, nescaya setinggi mana atau sejauh mana dia pergi pun, dia tidak akan sekali-kali menukar ugamanya.

Saturday, October 2, 2010

Belajar Macam Sembahyang

Menuntut ilmu adalah wajib. Menuntut ilmu kejuruteraan pula jadi fardu kifayah. Jika amalan belajar ada dosa dan pahala, bagaimana? Tak belajar untuk berjaya berdosa. Belajar sampai berjaya insyaallah memang ada pahala. 

Kalau tak belajar elok-elok dapat dosa, mesti ramai orang Melayu Islam akan pandai-pandai belaka. Macam sembahyang. Kalau tak sembahyang, dapat dosa. Masalahnya, sekarang ni pun ramai orang Melayu Islam tak sembahyang. Macamane tu?

Wallahualam...Sekadar melontar pandangan...

Bakat Borneo




Aku main petik je die ni dari Borneo. Tapi dengar loghat macam belah sana. Apapun, memang gempaklah dia ni. Boleh ada macam-macam suara dan jari pantas bermain gitar sambil mengetuk papan gitar.