Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Pembikin Filem Dungu

Rabu lepas, gua tiba-tiba rasa nak menonton wayang. Dalam fikiran gua, gua dah mind-setkan supaya gua tengok cerita Melayu sebab kalau cerita orang putih ni lu orang boleh download bersepah-sepah kat internet. Kat Malaysia belum tayang lagi, lu orang dah tengok sebulan lepas. Jadi, ada lebih baik gua menonton filem lokal supaya sedikit sebanyak boleh juga gua menyumbang pada industri filem tanah air.

Dengan rasa khusyuk, gua melihat senarai filem-filem yang ada. Boleh tahan juga banyak filem Melayu ni. Dengan rasa penuh Islamik, gua memilih Nur Kasih The Movie sebab gua layan jugak drama dia kat tv dulu. Jadi, untuk melengkapkan ceritanya, gua pilihlah movie tersebut. Masa gua datang kaunter tu, gua sedang tengok seorang awek yang macam baru lepas universiti. Jadi, gua dengan rasa berbangga, gua menunjukkan student card gua demi memperolehi keistimewaan yang disediakan pihak pemamer. Tanpa rasa bersalah, awek tadi bagitau harga student RM9 berbanding tidak menggunakan student card hanya RM8. Ceh, gua lupa yang hari tu adalah hari Rabu. Jadi, dengan pantas gua membatalkan kegunaan student card tersebut dan guna harga RM8 macam biasa. 

Tanpa melengahkan masa, gua pun masuk ke dalam panggung. Dengan tidak semena-mena gua terlihat trailer filem macam 80-an. Tajuk filem tersebut kalau tak salah gua adalah Toyol Nakal. Entah produser dari zaman 80-an mana entah yang hasilkan filem tu. Ni yang gua bengang dengan pembikin filem tempatan yang tak ada otak ni. Kalau nak buat filem, kajilah dulu market dan tengok contoh filem-filem yang hebat tak kiralah dari aspek sinematografi, lakonlayar dan macam-macam aspek teknikal lain. Ni dubbing pun macam haram, macam mana nak jual filem bai??! Jadi, dengan ini gua menyeru lu orang semua janganlah cuba-cuba nak tengok filem Toyol Nakal ni. Entah apa-apa. 

Itulah orang cakap, orang buat filem, lu pun nak buat filem. Tengok hasil macam sampah. Belajarlah dulu macamana nak buat filem yang baik. Ni main sebat je letak kat panggung. Impak pada industri adalah longgokan filem sampah dalam industri. Tapi apa boleh buat. Di Hollywood pun banyak jugak filem sampah, jadi kita terimalah ianya sebagai satu hiburan. Apapun, memang gua takkan tengok filem bodoh macam tu. Sekian.

Oh ya, Nur Kasih The Movie ok la. Not bad la...

Sunday, December 12, 2010

Just Make It Simple

Itu hari aku ada terlibat dalam pembikinan video movie untuk assignment bahasa ketiga yakni Mandarin. Memang ni task wajib untuk student yang amik subjek ni. Nak dijadikan cerita, ada satu scene yang mana memerlukan kedai bunga sebagai latar set. Maklumlah, tukang buat skripnya mengkehendakkan jalan cerita sebegitu. Aku, sebagai pengarah mengikut arahan penulis skrip je. Aku melantik diri menjadi pengarah pulak. 

Nak menjadikan kedai bunga sebagai salah satu set perlukan keizinan tuan kedai dulu. Kalau main sebat je berlakon kat situ sambil cakap Mandarin, alamatnya nak kena sebat la dengan ah soo kedai tuh. Kawan aku offer diri pergi mintak izin kat tuan punya kedai. Aku memfollow dari belakang. Sambil beliau bercakap, aku mendengar butir-butirnya dengan terperinci.

" Hello auntie. Kami ni student. Kami disuruh oleh lecturer kami untuk buat satu video mengenai bahasa Mandarin. Jadi, ada salah satu scene kat kedai bunga dalam cerita ni. Oleh tu, kami nak mintak izin dari auntie untuk ambil gambar kat kedai auntie ni boleh?"

Itu antara isi yang aku tangkap dari mulut member aku. Aku berkerut dahi. Ah soo kat situ macam tak berapa nak paham. Dia tanya pembantu kedai dia. Aku tak paham. Cakap cina. Walaupun aku amek subjek Mandarin, aku still takleh tangkap apa dia cakap. Mungkin loghat deme ade banyak kot. Agak lama jugak krew-krew kami berada di situ menunggu jawapan dari tuan punya kedai. 

Hasilnya? Menghampakan. Dia tak benarkan. Sebab apa. Tu aku tak tahu. Tapi dia macam tak berapa nak paham tujuan kitorang. Aku pun paham dia punya ketidakfahaman tuh. Takpe. Ada satu lagi kedai bunga kat kedai mamak sana. Kitorang pun bergegas bawak tripod, lighting, cable, camera, rail, clothing (pergh, tipu tak agak!) ke sana.

Kali ni aku decide, biarlah aku yang pegi mintak izin. Aku rasa ada something wrong dari segi pemintakan izinan member aku tuh.

" Hello uncle! Uncle, kitorang mau tangkap-tangkap video kat luar kedai bunga you boleh ka?"

Uncle tu tanya balik aku. "Apa bikin?"

" Ada assigmnet skitlah"

"Ok-ok. Tapi jangan kacau customer wa aa...", Uncle tu setuju.

Habis sesi shooting. Aku datang balik kat uncle tuh dan cakap thank you.

" Tak ada dapat duit ka?", katanya serius dan selepas tu diiringi tawa kuat. Aku pun ketawa sama.

-Simple-

Tuesday, December 22, 2009

Avatar's Beauty


Setelah aku terpengaruh dengan entri blog ini dan ini, maka aku pun pergi menonton Avatar. Sayang, bukan dalam 3D. Tapi nak citer pasal 3D ni, aku ada pengalaman menonton Ice Age 3 3D di Sunway Pyramid. Menonton melalui 3D glass adalah sesuatu yang merimaskan. Aku tak tahu tempat lain, tapi di sini, spek 3D dia macam gampang. Banyak calar dan berminyak atas permukaan cermin itu. Tak cuci ke ape? Lagi satu, kalau orang itu pakai spek sejak azali, memang akan rasa rimas. Lu orang kena tekan je 3D glass tu supaya dia tak jatuh ke bawah dan mengganggu pandangan. Dan menonton 3D memang seronok tapi view kita macam terhad. Tak tahulah korang rasa macamane. Maybe benda ni baru kat Malaysia dan still banyak kelemahan.

Berbalik kepada Avatar, aku rasa lu orang dah boleh tolak tepi dah Michael Bay punya Transformers. Kecanggihan teknologi animasi dalam Avatar lebih mengujakan. James Cameron bagi aku dah meletak satu kayu ukur yang baru bagi kategori filem yang melibatkan animasi. Kalau menonton Transformers kita tak akan dapat elemen drama dan emosi, tapi tidak dalam Avatar sebab bagi aku ia lengkap dengan segala macam emosi sedih, dendam, marah, ketamakan dan macam-macam.

Ketepikan soal storylinenya yang mungkin akan buat korang rasa macam klise. Yelah, pasal manusia tamak dan nak merebut mineral berharga kat tempat lain macam sudah biasa kita dengar dan tonton tapi James Cameron telah mengolahnya menjadikan ia lebih menarik. Bercerita tentang Cameron, dengar khabar filem ni mengambil masa 15 tahun nak disiapkan. Dengan bermacam-macam masalah melibatkan teknologi terjadi, pasal aku baca, James Cameron nak tunggu sampai ada teknologi baru supaya filem yang dia nak hasilkan ni nampak lebih real. Tapi memang aku respek sama mamat ni dari zaman dia buat Terminator lagi. Filem dia memang lain dari yang lain walau tak banyak mana buah tangan dia.

Melalut pulak. Ok, Avatar. Kalau nak bercerita pasal keindahan planet Pandora memang tak terjangkau dek akal manusia. Tapi siapa boleh lawan keindahan ciptaan Tuhan kan? Kita saja yang taktau. Di Pandora, tumbuhannya bercahaya, binatang juga bercahaya. Pokok-pokok tergantung yang bila di pijak mengeluarkan cahaya pada waktu malam membuatkan Jake Sully bagai orang jakun. Oh ya, Jake Sully adalah watak Sam Worthington. Keindahan di Pandora memang cukup indah sehinggakan sampai sekarang aku tidak boleh menghilangkan imej-imej Pandora dari ingatan aku.

Pada akhirnya, Avatar bagai menghantar satu mesej buat kita. Adakah kita orang yang tergolong dari kalangan Sky People yang sanggup memusnahkan tumbuhan hijau dan membunuh orang demi merebut khazanah berharga dalam planet? Atau kita masih ada sifat cintakan alam, menghargai tumbuhan dan binatang seperti kaum Na'vi? Tidak mustahil apa yang digambarkan dalam Avatar ini wujud dalam alam realiti yang kita diami sekarang dan mungkin sedang berlaku sekarang, di saat ini, di tempat yang kita tidak ketahui....

Tidak rugi jika anda menonton Avatar sebagai penutup kalendar antara filem terbaik tahun 2009. Dan jangan lupa berfikir dan menyumbang pada alam.




P/S - Masa nampak promo filem ni dulu, aku ingat cerita Avatar:The Last Airbender tu.