Masa aku tunggu member aku cucuk duit kat ATM Sogo kelmarin, aku didatangi sorang makcik.
Makcik: Anak, boleh tolong makcik keluarkan duit? (Sambil mengeluarkan kat ATM berlogokan BSN)
Aku: Err..boleh. Tapi ada masalah apa makcik?
Makcik: Makcik takut kad ni tertelan. Makcik memang tak pernah keluarkan duit dari ATM sebelum ni. Selalunye, anak makcik yang keluarkan. Tapi, ni sebab makcik nampak kasut lawa kat situ tadi, tu yang makcik risau kot-kot kalau makcik tak cukup duit tu.
Aku: Ooo..Takpelah, saya boleh tolong.
Makcik: Passwordnya XXXXXX ye...
Aku pun berniat nak bantu makcik tu yang mungkin tak berapa memahami sistem ATM. Malangnya, duit baki makcik tersebut tinggal RM15 saja. Katanya, ada RM300 dalamnya. Jadi, dia pun membuat andaian yang duitnya tidak dimasukkan lagi oleh penyewa rumahnya. Dalam hati aku kata, maybe beliau ada menyewakan rumah kepada orang. Selepas tu, dia korek-korek lagi beg duitnya untuk mencari kad ATM yang lain pula. Sambil tu dia banyak bercerita tentang dirinya. Pekerjaannya, tempat tinggalnya, pekerjaan suaminya, anak berapa orang, cerita anak dia eksiden dan macam-macam lagilah ibarat macam aku dah kenal dia lama. Jadi, aku sembang jela sekali sambil dia terus-terus mencari kad ATMnya yang lain demi untuk membeli kasut kegemarannya.
Di saat kepelikan aku bagaimana dia boleh mudah-mudah serahkan kad ATM dia tadi pada aku beserta password, dia bercerita...
" Makcik tengok-tengok orang kat sini tadi. Makcik nampak adik. Makcik tengok muka adik macam baik je, tu yang makcik mintak tolong adik tu. Muka adik pun macam anak makcik yang sulung umur 23 tahun."
Err, dia boleh percayakan aku bersandarkan rupa 'macam baik' aku. Dalam dunia serba moden dan pusat ni, rupa baik sekalipun bukan boleh percaya. Ada orang muka skema pun kerjanya boleh menipu orang guna MLM. Jadi, bila beliau dah percaya kat aku bersandarkan muka baik aku, aku pun berniatlah nak tolong makcik tu sampai berjaya.
Tapi, lebih kurang 10 minit beliau cari kad ATM tu tak berhasil, beliau call suaminya. Manalah tahu kot-kot ada pada dia. Sambil nak call, beliau asyik bercerita. Memang ramah habis macam dah kenal lama. Tup-tup, rupanya memang kad ATM tu ada pada suaminya. Jadi, beliau legalah dan kerisauan akan kehilangan kad tu terpadamlah akhirnya. Maka seraya dengan itu, lantas beliau mengajak aku dan member pergi makan kat food court tingkat atas Sogo tu. Aku menolaknya berkali-kali atas pertolongan aku yang amat sedikit tuh. Jadi, dia mempelawa aku ke rumahnya di kuarters kerajaan Jalan Duta bila ada masa senang. Dia kata dia ada anak perempuan umur 18 tahun. Erk...lain macam je.
Aku kata insyaallah. Aku meminta diri dulu dan aku kesian kat dia. Hajat nak beli kasut tak kesampaian. Takkan nak pinjam duit kami plak ye dak. Takpelah, bukan hari tu je ada sale. Lain hari pun ada. Menuju pintu keluar, macam-macam terngiang dalam kepala yang betapa percayanya makcik tu kat aku dan betapa ramahnya dia pada orang tak dikenali. Inilah Malaysia.
P/S - Ada komplotkah di sebalik keramahan beliau? Aku husnozan ajelah.
No comments:
Post a Comment