Akhirnya minggu sibuk telah tiba. Dengan hempapan serta kesibukan tahap tidak normal, aku boleh jadi sawan. Tapi, aku masih cuba mengawal diri.
Dua minggu lagi dah nak raya. Tak hairanlah jika pensyarah-pensyarah giat menekan dan mengarah itu ini kepada student-student yang dikasihinya. Test, assignment, lab report dan macam-macam lagi yang berkaitan duniawi datang menghempap benak akal dan mental aku sekarang. Belum kira lagi jurnal untuk final year project, design dan fabrication untuk subjek design dan haih...Macam-macamlah.
Kesampingan itu, datang sesuatu yang amat mengusik dan menguji benar emosi dan jiwa raga ini. Hati itu perlu dijaga dan dibajai serta disiram selalu. Jika tidak akan rosaklah bunga-bunga di dalam taman hati itu. Maka, apabila sehari atau seminit dua kamu terlupa memanjakan bunga itu, akan hancur leburlah hati sendiri melihat bunga itu semakin layu dan tak mahu berkembang. Salah siapa? Salah penyiram bunga atau bunga yang sering mahu tuannya membelainya?? Cuba mencari jawapan di sebalik semua itu. Tapi kadangkala belum sempat berjumpa jawapan, sudah ketemu hasilnya. Maka, suka atau tidak, terima sajalah hasilnya kerana barangkali sudah ditetapkan sejak azali lagi. Tiada siapa yang tahu.
Jadi, apa solusi untuk ini? Apakah mahu aku berdiri dan berpeluk tubuh dan membiarkan saja semua bebanan itu menghimpit emosi goyah ini? Apakah aku rela membiarkan semua ini mengawal diri aku? Adakah aku akan hilang kawalan atas semua ini? Dan adakah aku sekarang dikawal oleh benda-benda ini? Dan lebih penting, apakah nasib bunga di taman itu? Biarkan layu begitu saja? Atau cuba bertahan mengawalnya daripada layu?
Seribu persoalan menghantui aku.....
No comments:
Post a Comment