Coming to cinemas near you soon
Aku bukan datang dari keluarga senang. Tak juga dari keluarga miskin melarat. Sedang-sedang jela. Kadang-kadang dapat apa yang nak. Kadang-kadang tak dapat apa pun. Apapun,syukur jela apa yang ada. Aku pernah tanya ayah dan umi aku benda-benda yang aku nak. Alhamdulillah ada yang dapat. Kalau yang tak dapat tu, paham-paham jela yang dorang pun tak boleh afford dan penuhi kehendak aku aje. Ada benda lain yang nak kena bayar, kena setel, kena pay itu ini...dan macam-macam lagila.
Kalau ada benda-benda yang agak besar atau tinggi nilainya sebenarnya akan menggerakkan adrenalin dan naluri aku lebih tinggi untuk dapatkan. Contohnya kes Playstation tuh. Refer balik entri lepas kalau nak tau. Haha. Sampai sanggup pecah duit tabung haji sudahnya. Masa PS1 aku beli kongsi dengan abang aku. Masa beli Playstation 2 aku beli solo jer. Habis langsung duit aku nak pegi Haji. Insyaallah ada rezeki aku simpan balik. Sebab tu aku boleh kata yang naluri aku untuk mendapatkan sesuatu pasti tinggi kalau betul-betul nak. Sambil tu, memang taknak menyusahkan ibubapa dan orang-orang lain.
Ada satu hari tu, aku bercerita tentang keinginan aku untuk mempunyai sebuah komputer bagi memudahkan tugasan aku di kampus dan menyelesaikan segala assignment-assignment tanpa melibatkan penggunaan PC member dan cybercafe. Aku mula-mula ceritalah kesusahan aku nak buat kerja sebab kalau guna PC member, ko kena pandai cari masa dan peluang bila dia tak guna benda tu. Tapi benda tu yang susah. Bukan susah ape pun. Aku tak suka nak susahkan member. Aku bagitau la kat umi, kalau dapat laptop pun ok gak. Huhu..umi diam. Takpe, yang penting aku dah bagitau keinginan aku. Dapat atau tak dapat tu, belakang kira. Mana tau, kalau kami ada rezeki lebih, boleh la try mintak. Hehe.Aku pernah cerita dulu. Sini.
Sayangnya, kewangan keluarga agak terbeban awal tahun ni. Dengan nak beli kereta untuk abang aku lagi. So, aku punya request kena tunggu dulu la. Jadi, setelah dapat tempat untuk praktikal yang mana ada elaun RM400(bukan elaun pun, gaji kot sebab kira ikut hari bekerja), aku nekad beli PC. Aku survey semua tempat, semua website, semua brochure dan ape jadah lagilah. 1 set PC yang cuma berharga RM969 menarik minat aku. Tambah-tambah sikit semua harga RM1300 la. Ok la tu sebab aku dapat duit PTPTN pun sekitar RM1300 jugak. Aku pinjam duit member RM300 sambil aku menambah seribu untuk beli PC tu.
Brochure yang aku masih simpan sampai sekarang
Aku tak bagitau umi dan ayah. Dalam 2-3 hari beli dah rosak dia punya power supply sampai 2 kali aku kena ke Low Yat tukar benda tu. Mungkin tu akibat beli tanpa keizinan ibubapa kot. Tapi, aku tak bagitau mereka bukan kerana aku terkilan. Aku tak bagitau sebab aku takut diorang akan keluarkan duit untuk penuhi kehendak aku ni. Mungkin terpaksa keluarkan. Jadi, aku rela pinjam member dari pinjam duit ibubapa. Aku tak nak susahkan mereka. Biarlah aku dapatkan benda ni dari usaha aku sendiri. Baru aku akan hargainya. Dan aku survive dengan elaun praktikal tuh walaupun kadang-kadang terpaksa berlapar.
Dream achieved
Aku cuba ingat barang-barang atau property yang aku beli sendiri tapi bukanlah fully aku beli pun. Ada jugak umi dan ayah tolong topupkan. Tanpa pertolongan mereka, aku tak mungkin beli benda-benda ni. Cuma list ni yang aku banyak guna duit sendiri la...
1. Playstation 1 - Aku beli kongsi dengan duit abang aku guna duit Tabung Haji. Aku tak berapa nak sangat benda ni cuma abang aku yang beriya-iya nak. Jadi, kami bahagi sama rata lah duit yang ada dalam tuh. Tak lupa pada kedua ibubapa yang menambah untuk mencukupkan wang yang ada. Tak silap aku, dalam tahun 1999 kot beli. Tu pun beli jugak sebab tangan abang aku patah jatuh basikal. Dari bosan duduk rumah, dapatlah Playstation sebagai peneman.Untuk cerita lebih jelas, klik sini.
2. Playstation 2 - Aku beli sebab nak main game. Ape barang layan PS 1 masa tu. Aku selalu main game kat PC pakcu aku yang tinggal serumah. Bila dia nak kahwin, konfem dia angkut sekali PC dia kan. So, aku dalam tak sampai sebulan setelah beliau keluar mengambil langkah proaktif lagi dinamik, mengorbankan sekali lagi duit tabung haji untuk beli PS 2. Kali ni habis kering semua duit dalam tuh. Takpe, boleh kumpul balik. Yang penting kena puaskan nafsu nak main game dulu. Kahkahkah...
3. Sony Ericson K770i - Yang ni aku beli sebelum konvo diploma tahun 2008. Aku suka menangkap gambar keindahan ciptaan Tuhan. Dari aku bazir pergi beli kamera digital, baik aku beli sekali benda multi function iaitu handphone ni. Kalau ada pemandangan menarik, boleh seluk aje poket seluar dan snap. Ni guna duit sem 3 belajar degree iaitu first sem aku di Uitm Shah Alam. Aku kumpul satu sem dekat RM900. Dahlah masa tu ada bulan puasa. Memang dapat berjimat tapi time nak bukak puasa tu yang rasa nafsu menggila nak beli itu ini. Namun ku tahan jua. Hehe. Handphone ni berharga RM699 beli kat Plaza Ampang. Dan ni antara pembelian aku paling berbaloi. Aku puas hati dengan kamera ni dan whatever thing di dalamnya sebab aku boleh guna lama sikit(insyaallah).
4. Computer - Ni aku dah cerita kat atas tadi. Ni jugak antara benda yang paling valuable bagi aku walaupun hanya dapat beli masa degree dan masuk tahun 2010. Tak macam member-member lain yang dah ada lama dah. Kebanyakan budak rumah aku hampir semuanya dah ada PC atau laptop sendiri. Hanya 2-3 orang je takde. Boleh kata, komputer ni melengkapkan hidup aku yang mana aku dapatkan dengan mengikat perut. Pinjam sana sini. But berbaloi la.
Perancangan Masa Depan
Takkan kahwin kot. Haha. Sekarang ni aku amatlah teruja menginginkan sebuah motosikal sebagai pelengkap perjalanan hidup seorang student. Untuk memudahkan pergerakan jugak. Sekarang target motor dah ada dan harga amatlah masyuk. Insyaallah habis kerja sementara kat kilang Panasonic ni, dapatlah beli. Insyaallah. Apapun, aku juga kena berkorban untuk mengambil lesen motor sebab aku takde lagi. So, kenalah keluar duit lagi. Mengikut perkiraan mantik dan merenung bintang di langit (khurafat betol!), insyaallah aku boleh target dan completekan misi aku ni menjelang awal Julai. Jika ada orang terbaca, doakan aku ye. Salam..
Dalam hidup ni, selagi kita ada kemahuan dan naluri yang tinggi untuk sesuatu, insyaallah akan dapat. Yang penting berusaha lebih dan banyak berdoa. Sambil tu kena berkorban banyak benda. Di hujungnya sinar yang menanti.
P/S - Blog aku di sini lebih personal aku rasa. Aku boleh cerita everything kat sini semua. Hehe. Yang blog aku lagi satu tu dah banyak stalker. Payah den. Huhu...
No comments:
Post a Comment