Jika hari ini kita tumpas, tak semestinya hari esok kita akan kalah.
Ok, aku dan team kalah main futsal dengan team baru lawan season ni. 17-7. Heh tapi aku jaring satu gol guna kaki kiri beb. Ok, bye.Nak sahur.
Saturday, August 21, 2010
Thursday, August 19, 2010
Bazaar Gila
Bulan puasa mengajar erti sabar. Tapi mana dapat sabar kalau kita berkunjung ke bazaar Ramadan. Bukan melihat menu-menu yang menggoncang selera tapi melihat 'menu-menu' berjalan yang menggoncang iman. Amatlah gila jika berkunjung ke bazaar melihat aksi-aksi dan pakaian-pakaian maut yang dikenakan wanita-wanita berani mati ini. Apakah yang ada di benak fikiran mereka sewaktu mereka menyarung pakaian tersebut di rumah? Apakah yang terlintas di dalam hati mereka sewaktu sedang bersiap-siap hendak ke bazaar dengan menyalut tubuh dengan pakaian-pakaian sedemikian?
Semalam aku ke bazaar seksyen 13 di stadium Shah Alam. Pemandangannya amat menakutkan. Mungkin aku boleh kata aku suka tapi apabila aku balik, aku sedar yang aku telah tidak mampu menahan pandangan aku melihat pemandangan gila begitu. Boleh saja aku tangkap gambar dan sebarkan di blog ini untuk tatapan semua tapi apa hasil yang akan ku dapat? Dosa jadi bertambah kerana membuka keaiban orang walaupun aku berniat baik untuk menyedarkan golongan wanita di luar sana bahawa wanita-wanita Islam tidak layak menghuni neraka jahanam. Masyaallah...
Tension Is In The Air
Akhirnya minggu sibuk telah tiba. Dengan hempapan serta kesibukan tahap tidak normal, aku boleh jadi sawan. Tapi, aku masih cuba mengawal diri.
Dua minggu lagi dah nak raya. Tak hairanlah jika pensyarah-pensyarah giat menekan dan mengarah itu ini kepada student-student yang dikasihinya. Test, assignment, lab report dan macam-macam lagi yang berkaitan duniawi datang menghempap benak akal dan mental aku sekarang. Belum kira lagi jurnal untuk final year project, design dan fabrication untuk subjek design dan haih...Macam-macamlah.
Kesampingan itu, datang sesuatu yang amat mengusik dan menguji benar emosi dan jiwa raga ini. Hati itu perlu dijaga dan dibajai serta disiram selalu. Jika tidak akan rosaklah bunga-bunga di dalam taman hati itu. Maka, apabila sehari atau seminit dua kamu terlupa memanjakan bunga itu, akan hancur leburlah hati sendiri melihat bunga itu semakin layu dan tak mahu berkembang. Salah siapa? Salah penyiram bunga atau bunga yang sering mahu tuannya membelainya?? Cuba mencari jawapan di sebalik semua itu. Tapi kadangkala belum sempat berjumpa jawapan, sudah ketemu hasilnya. Maka, suka atau tidak, terima sajalah hasilnya kerana barangkali sudah ditetapkan sejak azali lagi. Tiada siapa yang tahu.
Jadi, apa solusi untuk ini? Apakah mahu aku berdiri dan berpeluk tubuh dan membiarkan saja semua bebanan itu menghimpit emosi goyah ini? Apakah aku rela membiarkan semua ini mengawal diri aku? Adakah aku akan hilang kawalan atas semua ini? Dan adakah aku sekarang dikawal oleh benda-benda ini? Dan lebih penting, apakah nasib bunga di taman itu? Biarkan layu begitu saja? Atau cuba bertahan mengawalnya daripada layu?
Seribu persoalan menghantui aku.....
Tuesday, July 20, 2010
Entiti Yang Hilang
Itu hari masa gua lepak jalan-jalan KL, (maklumla sejak ada 'kaki' asyik nak berjalan je:tempat kegemaran-Low Yat), gua nampak satu mural kat dinding bangunan. Mural ni takdela tinggi mana tapi dia memanjang.Di sebalik mural ni, belah dalam bangunan ni macam ada construction. Lebih kurang macam merobohkan la. Itulah dia Penjara Pudu. Yang akan dirobohkan tak lama lagi. Gua rasa tindakan merobohkan penjara nostalgia ni memang satu tindakan yang bengap. Datangnya dari pemikiran orang-orang bengap. Tak tahu erti sejarah dan nilai sentimental.
Monday, July 12, 2010
El Campeón
Walaupun main style bosan macam Barcelona,
Walaupun main every game menang 1-0 je,
Walaupun first game kalah pada Swiss,
Walaupun Torres takde,
Walaupun Fabregas masuk lambat,
Walaupun referee berat kepada kami,
Walaupun Jacob Zuma datang,
Walaupun Vuvuzela nyaring sangat,
TAPI....
Kredit kepada Holland yang bermain bagus malam tadi dan troughout the campaign...
Takpe Van Persie, ada lagi 4 tahun. Tahniah Fabregas.
Walaupun main every game menang 1-0 je,
Walaupun first game kalah pada Swiss,
Walaupun Torres takde,
Walaupun Fabregas masuk lambat,
Walaupun referee berat kepada kami,
Walaupun Jacob Zuma datang,
Walaupun Vuvuzela nyaring sangat,
TAPI....
Kami tetap El Campeón!!!
Kredit kepada Holland yang bermain bagus malam tadi dan troughout the campaign...
Takpe Van Persie, ada lagi 4 tahun. Tahniah Fabregas.
Thursday, July 8, 2010
Benar Kata Paul
Banyak cerita aku nak story kat sini(yang takde orang pun nak bacenye). Tapi nape Spain boleh titik Jerman 1-0? Argentina ngan England dua-dua hancur.. Haha.
Pertamanya, aku rase Mueller takde dalam kem Jerman. Mueller dan Ozil ibarat mempunyai satu ikatan psikoptik antara mereka. Sorang takde memang tak jadi. Ibarat aku dengan Khalid Jamlus.
Kedua, taktik Spain berkesan dalam menangani asakan Jerman. Argentina dan England memberi ruang besar kepada Jerman untuk counter attack tapi dalam game pagi tadi, Spain takde bagi ruang kepada Jerman.
Ketiga? Ah, lu orang pikir la sendiri. Korang semua dah besar-besar kan. Dah boleh buat analisis bola kat blog sendiri. Dah boleh gebang lebih hebat dari Paul Masefield, boleh predict lebih tepat dari Shebby Singh. Tapi tak boleh la teka tepat macam Paul si sotong kurita. Khurafat beb..
My Story Part 1: Ujian Awal
Pada 11 Zulhijjah 1407 yakni 6 ogos 1987 seorang bayi dilahirkan. Alhamdulillah cukup segala sifatnya. Tapi malang menimpa apabila beberapa minggu selepas itu bayi tersebut asyik menangis siang malam. Tentunya ini meresahkan ibubapanya kerana bayi itu asyik menangis tak henti-henti. Lalu, mereka bertekad untuk membawanya ke sebuah klinik di pekan Parit dan bertemu dengan doktor. Doktor tersebut bernama Dr. Jamal. Namun, kini dia sudah arwah. Jadi, ibubapa dan kedua datuk dan opah membawa bayi tersebut untuk pemeriksaan. Setelah beberapa ketika, doktor tidak dapat meneruskan rawatan. Doktor menyuruh mereka untuk pergi ke Hospital Changkat Melintang untuk pemeriksaan lanjut disebabkan tiada kemudahan rawatan di klinik tersebut. Datuk bayi tersebut mula menengking.
“Aku nak ubat, bukan nak surat!!” katanya sebaik doktor itu memberi sepucuk surat untuk lanjutan perubatan di hospital tersebut.
Namun ibu bayi tersebut mengambil jalan berdiplomasi dengan doktor tersebut memandangkan dilihatnya seperti ada sesuatu yang tidak kena.
“Doktor, apa sebenarnya penyakit anak saya?”
“ Baiklah, saya syak anak puan ada penyakit paru-paru. Paru-parunya berair. Itulah sebab dia menangis tidak henti. Saya harap puan pujuklah bapa puan untuk pergi ke Hospital Changkat Melintang.”
Bayi tersebut dikatakan menghidap peparu berair. Dengan tanpa berlengah lagi, mereka pun berangkat ke sana. Datuk bayi itu pun mengikut tanpa banyak soal. Tapi datuk sebelah ibu itu terpaksa pulang untuk mengambil anak bongsunya balik dari sekolah. Kemudian , beliau meminta jasa baik datuk sebelah bapa untuk menghantar menantunya dan bayi bersama-sama dengan opah untuk ke hospital. Kerana waktu itu, hanya datuk sebelah bapa saja yang ada kereta. Datuk sebelah bapa setuju sementara datuk sebelah ibu pun pulang untuk mengambil acu.
Sesampainya di hospital tersebut, mereka diduga lagi. Kemudahan di situ pun tidak dapat memberikan rawatan kepada bayi tersebut. Pihak hospital menyarankan mereka membuat rawatan di Hospital Ipoh.
Bayi tersebut makin kuat menangis dan adakalanya wajahnya kebiruan akibat asyik menangis. Pihak hospital memaklumkan akan memberi kemudahan ambulans untuk ke Hospital Ipoh kerana keadaannya makin kritikal. Lalu datuk sebelah bapa tadi pun pulang ke rumah datuk sebelah ibu untuk menyatakan perkara tersebut. Beliau menyuruhnya menyiapkan pakaian untuk si ibu dan bayi tersebut bagi digunakan di Hospital Ipoh. Kemungkinan ditahan di situ mungkin lama. Oh ya, jarak rumah datuk sebelah bapa dan sebelah ibu tidaklah jauh. Kampung Paloh dan Kampung Tg Dedalu jaraknya lebih kurang 3 kilometer sahaja.
Ambulans kepunyaan Hospital Changkat Melintang juga mengambil masa untuk pulang kerana hanya terdapat satu saja ambulans masa itu. Bayangkan kesusahan masa itu sekalian. Sementara itu, ibu dan opah mengikut ke Hospital Ipoh menaiki ambulans. Datuk pula akan menyusul kemudian menaiki kereta. Oh ya, bapa kepada bayi tersebut ada di Kuala Lumpur ketika itu kerana bertugas.
Setelah sampai di Hospital Ipoh, bayi tersebut terus diberikan rawatan kecemasan. Tiub makanan terpaksa dimasukkan ke dalam hidung kerana mulut tidak boleh menggunakan fungsinya. Bayi itu banyak kali disuntik. Jika tidak cukup di tangan, kemudian akan disuntik di bahagian lain sehinggalah dapat memasukkan cecair ubat ke dalam badan. Si ibu dan opah bergilir-gilir menjaga bayi. Kadangkala apabila bayi menangis, opah terpaksa memanggil ibu dalam tandas untuk menenteramkan mereka.
Mereka juga diberi kemudahan istimewa. Jika orang lain tidak dibenarkan menunggu di hospital sebaliknya mereka dibolehkan menunggu terutamanya opah. Sehinggakan orang di sebelah katil pun mempersoalkan tindakan pihak doktor tersebut. Apa boleh buat. Doktor tersebut yang berbangsa India berwajah seperti D.J Dave menyukai pesakitnya ini kerana kebolehan si ibu berbahasa Inggeris dengan baik. Yelah, dah cikgu Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu, kakitangan hospital menyukai pesakitnya ini.
Opah yang setia menemani diberikan kebenaran untuk pulang kerana beliau kelihatan penat apabila terpaksa tidur di hospital setiap hari oleh si ibu tetapi opah menolak kerana sayangkan cucu dan anaknya itu. Kedua dua datuk dan bapa juga sering melawat di hospital.
Setelah 2 minggu, penyakit paru-paru berair itu pun sembuh. Syukur Alhamdulillah. Mereka semuanya dibenarkan pulang dan ketika mereka keluar dari hospital itu, mereka berasa seperti baru dilahirkan ke dunia dek kerana terlalu lama berada di hospital. Segalanya terang dan luas.
Itulah antara dugaan awal aku. Dan juga kisah orang-orang yang telah menemani aku. Mak Yang juga telah menjaga aku sepanjang di Gombak. Agak lama juga. Namun, dia sabar dengan kerenah aku dan abang aku sepanjang di situ. Yang lucunya, Mak Yang pernah dikunci di dapur oleh abang aku. Ketika itu, aku masih kecil lagi. Sekitar umur 2 tahun agaknya. Di dapur rumah kampong ada pintu yang boleh dikunci. Abang aku nakal sangat sampai dikuncinya mak saudara aku dalam dapur tu. Lama juga lah terkunci. Nasib baik ibubapa cepat balik. Itulah jela cerita aku.
Jika ada peluang untuk aku balas budi mereka semua ini yang setia menemani dan menjaga aku, akan aku hadiahkan segunung intan dan permata tapi apakan daya aku tak berdaya. Aku cuma berharap ada sesuatu yang dapat aku sumbangkan pada mereka nanti selagi mata belum tertutup. Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)