Monday, July 12, 2010

El Campeón

Walaupun main style bosan macam Barcelona,
Walaupun main every game menang 1-0 je,
Walaupun first game kalah pada Swiss,
Walaupun Torres takde,
Walaupun Fabregas masuk lambat,
Walaupun referee berat kepada kami,
Walaupun Jacob Zuma datang,
Walaupun Vuvuzela nyaring sangat,

TAPI....



Kami tetap El Campeón!!!


Kredit kepada Holland yang bermain bagus malam tadi dan troughout the campaign...

Takpe Van Persie, ada lagi 4 tahun. Tahniah Fabregas.

Thursday, July 8, 2010

Benar Kata Paul

Banyak cerita aku nak story kat sini(yang takde orang pun nak bacenye). Tapi nape Spain boleh titik Jerman 1-0? Argentina ngan England dua-dua hancur.. Haha.

Pertamanya, aku rase Mueller takde dalam kem Jerman. Mueller dan Ozil ibarat mempunyai satu ikatan psikoptik antara mereka. Sorang takde memang tak jadi. Ibarat aku dengan Khalid Jamlus.

Kedua, taktik Spain berkesan dalam menangani asakan Jerman. Argentina dan England memberi ruang besar kepada Jerman untuk counter attack tapi dalam game pagi tadi, Spain takde bagi ruang kepada Jerman.

Ketiga? Ah, lu orang pikir la sendiri. Korang semua dah besar-besar kan. Dah boleh buat analisis bola kat blog sendiri. Dah boleh gebang lebih hebat dari Paul Masefield, boleh predict lebih tepat dari Shebby Singh. Tapi tak boleh la teka tepat macam Paul si sotong kurita. Khurafat beb..

My Story Part 1: Ujian Awal

Pada 11 Zulhijjah 1407 yakni 6 ogos 1987 seorang bayi dilahirkan. Alhamdulillah cukup segala sifatnya. Tapi malang menimpa apabila beberapa minggu selepas itu bayi tersebut asyik menangis siang malam. Tentunya ini meresahkan ibubapanya kerana bayi itu asyik menangis tak henti-henti. Lalu, mereka bertekad untuk membawanya ke sebuah klinik di pekan Parit dan bertemu dengan doktor. Doktor tersebut bernama Dr. Jamal. Namun, kini dia sudah arwah. Jadi, ibubapa dan kedua datuk dan opah membawa bayi tersebut untuk pemeriksaan. Setelah beberapa ketika, doktor tidak dapat meneruskan rawatan. Doktor menyuruh mereka untuk pergi ke Hospital Changkat Melintang untuk pemeriksaan lanjut disebabkan tiada kemudahan rawatan di klinik tersebut. Datuk bayi tersebut mula menengking.
“Aku nak ubat, bukan nak surat!!” katanya sebaik doktor itu memberi sepucuk surat untuk lanjutan perubatan di hospital tersebut.
Namun ibu bayi tersebut mengambil jalan berdiplomasi dengan doktor tersebut memandangkan dilihatnya seperti ada sesuatu yang tidak kena.
“Doktor, apa sebenarnya penyakit anak saya?”
“ Baiklah, saya syak anak puan ada penyakit paru-paru. Paru-parunya berair. Itulah sebab dia menangis tidak henti. Saya harap puan pujuklah bapa puan untuk pergi ke Hospital Changkat Melintang.”
Bayi tersebut dikatakan menghidap peparu berair. Dengan tanpa berlengah lagi, mereka pun berangkat ke sana. Datuk bayi itu pun mengikut tanpa banyak soal. Tapi datuk sebelah ibu itu terpaksa pulang untuk mengambil anak bongsunya balik dari sekolah. Kemudian , beliau meminta jasa baik datuk sebelah bapa untuk menghantar menantunya dan bayi bersama-sama dengan opah untuk ke hospital. Kerana waktu itu, hanya datuk sebelah bapa saja yang ada kereta. Datuk sebelah bapa setuju sementara datuk sebelah ibu pun pulang untuk mengambil acu.
Sesampainya di hospital tersebut, mereka diduga lagi. Kemudahan di situ pun tidak dapat memberikan rawatan kepada bayi tersebut. Pihak hospital menyarankan mereka membuat rawatan di Hospital Ipoh.
Bayi tersebut makin kuat menangis dan adakalanya wajahnya kebiruan akibat asyik menangis. Pihak hospital memaklumkan akan memberi kemudahan ambulans untuk ke Hospital Ipoh kerana keadaannya makin kritikal. Lalu datuk sebelah bapa tadi pun pulang ke rumah datuk sebelah ibu untuk menyatakan perkara tersebut. Beliau menyuruhnya menyiapkan pakaian untuk si ibu dan bayi tersebut bagi digunakan di Hospital Ipoh. Kemungkinan ditahan di situ mungkin lama. Oh ya, jarak rumah datuk sebelah bapa dan sebelah ibu tidaklah jauh. Kampung Paloh dan Kampung Tg Dedalu jaraknya lebih kurang 3 kilometer sahaja.
Ambulans kepunyaan Hospital Changkat Melintang juga mengambil masa untuk pulang kerana hanya terdapat satu saja ambulans masa itu. Bayangkan kesusahan masa itu sekalian. Sementara itu, ibu dan opah mengikut ke Hospital Ipoh menaiki ambulans. Datuk pula akan menyusul kemudian menaiki kereta. Oh ya, bapa kepada bayi tersebut ada di Kuala Lumpur ketika itu kerana bertugas.
Setelah sampai di Hospital Ipoh, bayi tersebut terus diberikan rawatan kecemasan. Tiub makanan terpaksa dimasukkan ke dalam hidung kerana mulut tidak boleh menggunakan fungsinya. Bayi itu banyak kali disuntik. Jika tidak cukup di tangan, kemudian akan disuntik di bahagian lain sehinggalah dapat memasukkan cecair ubat ke dalam badan.  Si ibu dan opah bergilir-gilir menjaga bayi. Kadangkala apabila bayi menangis, opah terpaksa memanggil ibu dalam tandas untuk menenteramkan mereka.
Mereka juga diberi kemudahan istimewa. Jika orang lain tidak dibenarkan menunggu di hospital sebaliknya mereka dibolehkan menunggu terutamanya opah. Sehinggakan orang di sebelah katil pun mempersoalkan tindakan pihak doktor tersebut. Apa boleh buat. Doktor tersebut yang berbangsa India berwajah seperti D.J Dave menyukai pesakitnya ini kerana kebolehan si ibu berbahasa Inggeris dengan baik. Yelah, dah cikgu Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu, kakitangan hospital menyukai pesakitnya ini.
Opah yang setia menemani diberikan kebenaran untuk pulang kerana beliau kelihatan penat apabila terpaksa tidur di hospital setiap hari oleh si ibu tetapi opah menolak kerana sayangkan cucu dan anaknya itu. Kedua dua datuk dan bapa juga sering melawat di hospital.
Setelah 2 minggu, penyakit paru-paru berair itu pun sembuh. Syukur Alhamdulillah. Mereka semuanya dibenarkan pulang dan ketika mereka keluar dari hospital itu, mereka berasa seperti baru dilahirkan ke dunia dek kerana terlalu lama berada di hospital. Segalanya terang dan luas.
Itulah antara dugaan awal aku. Dan juga kisah orang-orang yang telah menemani aku. Mak Yang juga telah menjaga aku sepanjang di Gombak. Agak lama juga. Namun, dia sabar dengan kerenah aku dan abang aku sepanjang di situ. Yang lucunya, Mak Yang pernah dikunci di dapur oleh abang aku. Ketika itu, aku masih kecil lagi. Sekitar umur 2 tahun agaknya. Di dapur rumah kampong ada pintu yang boleh dikunci. Abang aku nakal sangat sampai dikuncinya mak saudara aku dalam dapur tu. Lama juga lah terkunci. Nasib baik ibubapa cepat balik. Itulah jela cerita aku.
Jika ada peluang untuk aku balas budi mereka semua ini yang setia menemani dan menjaga aku, akan aku hadiahkan segunung intan dan permata tapi apakan daya aku tak berdaya. Aku cuma berharap ada sesuatu yang dapat aku sumbangkan pada mereka nanti selagi mata belum tertutup. Insyaallah.

Monday, June 28, 2010

The Germans 4 - The English 1

Match yang baru tamat sejam lalu berakhir dengan result tanah British dibom 4 kali oleh puak Nazi. Apa kaitan British, aku tak tahu. Haha. 

Apa-apa pun yang aku nak cerita, cepat betul budak-budak wiki nak edit kat page dorang. Baru abes sejam lepas dah ada kat wikipedia bawah tajuk German-England football rivalry.



 P/S -  Agak-agak kalau gol Lampard yang melantun masuk tu dikira, England boleh pergi ke? Nasib baik ada Beckham penenang jiwa raga mereka. Kehkehkeh....

Friday, June 25, 2010

Humang Ai

Humang ai bukanlah binatang jinak atau spesis binatang membawa malaria. Ia juga tidak boleh dikaitkan dengan kunang-kunang dan anjing laut. Juga bukan nama saintifik bagi badak air.

Humang ai (hiu-mang ai) - adalah untuk menyatakan rasa terkejut, rasa kaget atau rasa kagum dengan sesuatu yang dilihat, didengari,dirasai atau apa-apa saja yang berdekatan dengan deria rasa.

Contoh ayat

"Humang ai!! France dan Itali adalah dua-dua finalis World Cup 2006 tapi mereka hatta tak dapat melepasi peringkat kumpulan pun!" kata Tok Jib kepada Rosmoh di depan televisyen RTM.

Tuesday, June 8, 2010

Malam Koyak


Ni kalau tiap-tiap malam aku bedal, memang koyak dompet aku.(Koyak sebab aku mengagau cari duit)

Saturday, June 5, 2010

My Story of Pursuit of Happyness

 Coming to cinemas near you soon


Aku bukan datang dari keluarga senang. Tak juga dari keluarga miskin melarat. Sedang-sedang jela. Kadang-kadang dapat apa yang nak. Kadang-kadang tak dapat apa pun. Apapun,syukur jela apa yang ada. Aku pernah tanya ayah dan umi aku benda-benda yang aku nak. Alhamdulillah ada yang dapat. Kalau yang tak dapat tu, paham-paham jela yang dorang pun tak boleh afford dan penuhi kehendak aku aje. Ada benda lain yang nak kena bayar, kena setel, kena pay itu ini...dan macam-macam lagila.

Kalau ada benda-benda yang agak besar atau tinggi nilainya sebenarnya akan menggerakkan adrenalin dan naluri aku lebih tinggi untuk dapatkan. Contohnya kes Playstation tuh. Refer balik entri lepas kalau nak tau. Haha. Sampai sanggup pecah duit tabung haji sudahnya. Masa PS1 aku beli kongsi dengan abang aku. Masa beli Playstation 2 aku beli solo jer. Habis langsung duit aku nak pegi Haji. Insyaallah ada rezeki aku simpan balik. Sebab tu aku boleh kata yang naluri aku untuk mendapatkan sesuatu pasti tinggi kalau betul-betul nak. Sambil tu, memang taknak menyusahkan ibubapa dan orang-orang lain.

Ada satu hari tu, aku bercerita tentang keinginan aku untuk mempunyai sebuah komputer bagi memudahkan tugasan aku di kampus dan menyelesaikan segala assignment-assignment tanpa melibatkan penggunaan PC member dan cybercafe. Aku mula-mula ceritalah kesusahan aku nak buat kerja sebab kalau guna PC member, ko kena pandai cari masa dan peluang bila dia tak guna benda tu. Tapi benda tu yang susah. Bukan susah ape pun. Aku tak suka nak susahkan member. Aku bagitau la kat umi, kalau dapat laptop pun ok gak. Huhu..umi diam. Takpe, yang penting aku dah bagitau keinginan aku. Dapat atau tak dapat tu, belakang kira. Mana tau, kalau kami ada rezeki lebih, boleh la try mintak. Hehe.Aku pernah cerita dulu. Sini.

Sayangnya, kewangan keluarga agak terbeban awal tahun ni. Dengan nak beli kereta untuk abang aku lagi. So, aku punya request kena tunggu dulu la. Jadi, setelah dapat tempat untuk praktikal yang mana ada elaun RM400(bukan elaun pun, gaji kot sebab kira ikut hari bekerja), aku nekad beli PC. Aku survey semua tempat, semua website, semua brochure dan ape jadah lagilah. 1 set PC yang cuma berharga RM969 menarik minat aku. Tambah-tambah sikit semua harga RM1300 la. Ok la tu sebab aku dapat duit PTPTN pun sekitar RM1300 jugak. Aku pinjam duit member RM300 sambil aku menambah seribu untuk beli PC tu. 


 Brochure yang aku masih simpan sampai sekarang


Aku tak bagitau umi dan ayah. Dalam 2-3 hari beli dah rosak dia punya power supply sampai 2 kali aku kena ke Low Yat tukar benda tu. Mungkin tu akibat beli tanpa keizinan ibubapa kot. Tapi, aku tak bagitau mereka bukan kerana aku terkilan. Aku tak bagitau sebab aku takut diorang akan keluarkan duit untuk penuhi kehendak aku ni. Mungkin terpaksa keluarkan. Jadi, aku rela pinjam member dari pinjam duit ibubapa. Aku tak nak susahkan mereka. Biarlah aku dapatkan benda ni dari usaha aku sendiri. Baru aku akan hargainya. Dan aku survive dengan elaun praktikal tuh walaupun kadang-kadang terpaksa berlapar.


 
Dream achieved


Aku cuba ingat barang-barang atau property yang aku beli sendiri tapi bukanlah fully aku beli pun. Ada jugak umi dan ayah tolong topupkan. Tanpa pertolongan mereka, aku tak mungkin beli benda-benda ni. Cuma list ni yang aku banyak guna duit sendiri la...

1. Playstation 1 - Aku beli kongsi dengan duit abang aku guna duit Tabung Haji. Aku tak berapa nak sangat benda ni cuma abang aku yang beriya-iya nak. Jadi, kami bahagi sama rata lah duit yang ada dalam tuh. Tak lupa pada kedua ibubapa yang menambah untuk mencukupkan wang yang ada. Tak silap aku, dalam tahun 1999 kot beli. Tu pun beli jugak sebab tangan abang aku patah jatuh basikal. Dari bosan duduk rumah, dapatlah Playstation sebagai peneman.Untuk cerita lebih jelas, klik sini.

2. Playstation 2 - Aku beli sebab nak main game. Ape barang layan PS 1 masa tu. Aku selalu main game kat PC pakcu aku yang tinggal serumah. Bila dia nak kahwin, konfem dia angkut sekali PC dia kan. So, aku dalam tak sampai sebulan setelah beliau keluar mengambil langkah proaktif lagi dinamik, mengorbankan sekali lagi duit tabung haji untuk beli PS 2. Kali ni habis kering semua duit dalam tuh. Takpe, boleh kumpul balik. Yang penting kena puaskan nafsu nak main game dulu. Kahkahkah...

3. Sony Ericson K770i - Yang ni aku beli sebelum konvo diploma tahun 2008. Aku suka menangkap gambar keindahan ciptaan Tuhan. Dari aku bazir pergi beli kamera digital, baik aku beli sekali benda multi function iaitu handphone ni. Kalau ada pemandangan menarik, boleh seluk aje poket seluar dan snap. Ni guna duit sem 3 belajar degree iaitu first sem aku di Uitm Shah Alam. Aku kumpul satu sem dekat RM900. Dahlah masa tu ada bulan puasa. Memang dapat berjimat tapi time nak bukak puasa tu yang rasa nafsu menggila nak beli itu ini. Namun ku tahan jua. Hehe. Handphone ni berharga RM699 beli kat Plaza Ampang. Dan ni antara pembelian aku paling berbaloi. Aku puas hati dengan kamera ni dan whatever thing di dalamnya sebab aku boleh guna lama sikit(insyaallah).

4. Computer - Ni aku dah cerita kat atas tadi. Ni jugak antara benda yang paling valuable bagi aku walaupun hanya dapat beli masa degree dan masuk tahun 2010. Tak macam member-member lain yang dah ada lama dah. Kebanyakan budak rumah aku hampir semuanya dah ada PC atau laptop sendiri. Hanya 2-3 orang je takde. Boleh kata, komputer ni melengkapkan hidup aku yang mana aku dapatkan dengan mengikat perut. Pinjam sana sini. But berbaloi la. 


Perancangan Masa Depan

Takkan kahwin kot. Haha. Sekarang ni aku amatlah teruja menginginkan sebuah motosikal sebagai pelengkap perjalanan hidup seorang student. Untuk memudahkan pergerakan jugak. Sekarang target motor dah ada dan harga amatlah masyuk. Insyaallah habis kerja sementara kat kilang Panasonic ni, dapatlah beli. Insyaallah. Apapun, aku juga kena berkorban untuk mengambil lesen motor sebab aku takde lagi. So, kenalah keluar duit lagi. Mengikut perkiraan mantik dan merenung bintang di langit (khurafat betol!), insyaallah aku boleh target dan completekan misi aku ni menjelang awal Julai. Jika ada orang terbaca, doakan aku ye. Salam..

Dalam hidup ni, selagi kita ada kemahuan dan naluri yang tinggi untuk sesuatu, insyaallah akan dapat. Yang penting berusaha lebih dan banyak berdoa. Sambil tu kena berkorban banyak benda. Di hujungnya sinar yang menanti.


P/S - Blog aku di sini lebih personal aku rasa. Aku boleh cerita everything kat sini semua. Hehe. Yang blog aku lagi satu tu dah banyak stalker. Payah den. Huhu...