Monday, September 27, 2010

Tok Asan Menangis

Apsal Arsenal kalah dengan West Brom semalam, lu orang nak tau? Tak payah sembang lebat, taktikal tak kenala, player ni kena restla, player ni tak perform la. Lu orang tengok bawah....



Nota kaki - Aku tak tengok game ni sebenarnya sebab pegi beraya. Tu yang kalah tu. Maklumle, ni 1st game season ni game Arsenal aku tak tengok. Sebab tu le kot. Nasib baik lemang, pulut kuning, spagheti, pari asam pedas mantap time beraya tu....

Sunday, September 19, 2010

Raya Ke-10 punye Malam


Malam tadi, lepas bantai lemang dua tiga batang dengan rendang daging mak, aku baring sakan depan tv. Aku berhajatkan menonton perlawanan Tanah Sundal aka Sunderland menentang Arsenal di Stadium of Light. Ya, ia dimainkan di sana tapi aku menontonnya dari rumah sekaligus melalui tv HD. Tv je HD tapi bukan pakai Astro Beyond pun. Kalau pakai lagi masyuk ke?

1st half, Arsenal main macam budak sekolah sukan Bukit Jalil. Main serupa taik. (Marah pulak budak sekolah sukan tu kang). Asyik bertahan je dengan Sunderland mengasak ibarat kerbau hilang anak. Habis semua dilanggarnya. Paling berkesan dalam memori aku ialah kelibat El-Mohammadi. Serupa kerbau mamat ni. Kebanyakan player Sunderland badan tough-tough belaka. Semua makan keju gamaknye. Tapi, Arsenal tetap solid tak tembus punya. Adik Koscielny dan Abang Squillaci main macam tak ingat dunia bak kata pengulas. Tanduk sana. Tanduk sini. Clear sana. Clear sini. Terajang sana. Eh, tu takdela. Tengah seronok budak-budak sundal serang tak ingat dunia. Tiba-tiba je adik Rio, si Anton Ferdinand clear bola melantun kat kaki Fabregas. Terus masuk gol Mignolet. Mignolet ni keeper si sundaland ni la. Bukan main menjerit aku. Habis jaga lipas-lipas bawah kerusi tersentak nak mengayat bini.

Masuk babak kedua, Song buat gile dengan diperintah keluar padang oleh pengadil boyot atas soft foul yang dilakukan. Memang bodoh ini pengadil. Aku rasa dia dah tersilap. Dia ingat Song belum dapat lagi kad kuning. Aku nampak dia double check kat buku 555 dia.


 Boyot


"Owh, Song dah ada kad kuning rupanya. Alamak, nak cover camne nih...Ala, takpela, kasi jelah kad merah kat dia. Huhu..." kata Phil Dowd aka pengadil boyot nih dalam hati.

Kita lupakan kedunguan pengadil, tiba-tiba Dowd boyot bagi penalti sebab Mohammadi sepak kaki Nasri. Memang clear penalti la. Tapi Rosicky yang masih mengelamun dek layan cerita Sepi petang sebelum tu, menyepak kuat ke arah penonton Arsenal. Apa yang digeramnya kat penonton Arsenal aku tak tau la. Ke dia bengang kat stadium pihak lawan kot.

Masa dah makin suntuk. Aku dah tak sedap hati. Tak sedap hati bukan apa. Referee memang macam haram. Habis semua player Arsenal ditibai Sunderland tapi beliau masih menyimpan erat kad-kadnya. Barangkali takut kes Song berulang kot. Maka, setelah masuk minit 94:43saat, keadaan depan gol Arsenal kelam-kabut. Aku yakin, inilah masanya. Dan memang betul, Darren Bent dapat skor bola yang gagal diclearkan. Bukan syampu Clear yang 'di skrin besar, semuanya nampak jelas'( merapu betul Bipasha nih). Aku panas hati. Tapi aku buat-buat baring rilek. Tak macam masa penalti tak masuk tadi, habis bantal-bantal semua aku baling dan tepuk. Yang ni, aku rilek je. Badan rasa panas. Entah kenapa. Pemain-pemain tanah sundal semuanya bergembira dan berlari riang ibarat sudah menang Champions League atau sekurang-kurangnya melayakkan diri ke Champions League. Tapi ini hanya match menentang Arsenal saja. Apa yang seronok sangat? Arsenal bukan pasukan hebat. Sudah 5 musim ketandusan piala.


Hey yo, this is shit man. You know what time is it. How could you do this bro!!


Melihat sambutan mereka meraikan gol penyamaan itu membuatkan aku berasa yang Arsenal adalah pasukan besar. Pasukan ini hebat. Mereka ada penyerang Maghribi. Sama seperti aku teringat di mana Manchester Utd menewaskan Manchester City dengan jaringan 4-3 musim lepas. Sambutan yang berlaku di Old Trafford ketika itu macam pesta atau perlawanan akhir. Ferguson terlalu girang hingga tersembur gula-gula getahnya entah ke mana. Walhal, City bukanlah pasukan hebat mana. Mungkin terlalu gembira menewaskan seteru setempat yang berlagak adalah satu kepuasan pada Rooney. Eh, silap. Kepuasan pada pemain-pemain Manchester dan peminatnya. Ah, kisah apa. 

Seri di Sunderland perkara biasa bagi Arsenal. Memang susah bermain di gelanggang kucing hitam ini. Seperti musim-musim sudah. Dan musim-musim sudah jugalah Arsenal tak berpeluang mengucup piala.(Bukan mengucup kamera macam Gerard). Jadi, adakah musim ni petandanya Arsenal takde can kutip piala? 

Bak kata Khir Rahman dalam filem Los dan Faun...."Itu yang kita tak tahu tu ye.."

Sunday, August 29, 2010

Joyous

Akhirnya test welding tamat tengahari tadi. Habis je test terus layan PES sampai pening kepala. Pening kepala bukan sebab ape. Sebab tak cukup tidur sebenarnya. Khamis malam, aku mengerjakan proposal FYP yang kena submit hari Jumaat patutnya. Nak dijadikan cerita, kena submit Isnin pulak sebab lecturer aka supervisor aku tu terlupa yang Jumaat cuti. Pergh. Memang cantik. Aku dah sampai depan pintu bilik-bilik pensyarah tengok-tengok pintu kunci. Aku pun mesej beliau dan beliau jawab, terlupa Jumaat cuti. Penat aku berjaga dan tak tidur menyiapkan 3 chapter FYP tuh. 

 Ni bukan aku. Kenapa aku kaler rambut dia je?Lu orang pikirlah sendiri.


Jumaat malam pulak, aku mengaji subjek welding untuk test hari Sabtu iaitu pagi tadi. Habis test tu yang terus layan game tu sampai pukul 4 kot. Kepala dah tingtong dah masa tu. Usai main game, terus pegi basuh baju dan layan Facebook sambil makan kerepek kejap. Eh, mana ada. Aku puasa la. Habis berFacebook dan basuh baju, aku dapat panggilan dari parent nak datang ajak berbuka bersama seperti sebuah keluarga yang mesra. Haha. Oklah. Dapat aku melepas rindu pada keluarga. Tup-tup tengah sodap makan kat restoran mamak masa berbuka, ade pulak game Arsenal lawan Blackburn. Mak ai. Apsal aku boleh lupa plak ni? Lempangku pada otakku sendiri. Aku pun ajak ayah aku layan game ni dulu.

Sebelum lempang hinggap kat kaki aku, aku segera membetulkan kenyataan kat ayah bahawa kita layan game Arsenal ni lepas solat Maghrib kat masjid berdekatan ye yah! Habis semayang dan berwirid(alhamdulillah), kami(aku dan ayahku saja: umi dengan adik ke Ole-Ole) pun segera mencari restoran mamak yang lain pulak buat port untuk sambung  layan game Arsenal ni. Sampai kat mamak, skor dah 1-1. Ah, aku syak kalau tak menang 6-2 macam tempoh hari tu, mesti menang 10-1. Setelah melepakkan diri selama 45 minit di mamak, kami pun pulang. Eh silap. Aku je pulang ke rumah sewa dihantar oleh parentku. Ape? Berape skor tadi? Lu orang gugel jela game bertarikh 28 Ogos 2010 ni. Haha...

Sampai gate....

"Angah, amikla dua bungkus roti john ni dengan nuget Seri Murni beserta kerepek ni" kata umiku. 

Aduh, aku terharu. Nuget Seri Murni ni baru je minggu lepas aku tengok kat Tesco. Berhajat nak beli tapi kensel sebab harga mak-ai-boleh-tahan-kau-cekik-darah-tak-cukup-lagi-ke-kau-untung-jual-minyak-masak. 

Aku berjalan sayu ke muka pintu sambil Avanza maroon kian jauh meninggalkan perkarangan rumah. 

Syukur...

Tuesday, August 24, 2010

We Define Future

Akhirnya minggu sibuk sudah hampir berlalu pergi. Tak sepenuhnya. Hampir. Minggu ni ada lagi satu test terakhir sebelum masuk cuti raya. Test welding. Bercakap pasal welding, memang takde dalam nawaitu aku pun nak mengkaji subjek welding ni. Apatah lagi nak menjadi seorang jurukimpal di masa depan. Tapi setelah hari tu aku mengattend ceramah CIDB mengenai welding, aku terus tukar fikiran. Bukan tukar fikiran sebenarnya. Tukar persepsi. Persepsi yang mengatakan bidang welding atau kimpalan takde masa depan memang salah sebenarnya. 

Bayangkan menjadi seorang jurukimpal juga boleh mencecah hingga ke RM5 ribu sebulan jika peluang digunakan dengan baik. Menjadi seorang welding inspector pula boleh mencecah ke 5 angka sebulan untuk pendapatan. Jadi, aku akan gunakan test Sabtu ni sebagai pembuka jalan untuk bergelar welding inspector nanti. Tu pun kalau aku minatlah nak terjun ke bidang tu. Aku sebenarnya minat bidang lain. Tapi siapa boleh tahu rezeki kita kat mana nanti kan? Macam seorang penjual burger. Tak semestinya bila dah kena dump dengan awek on-air kat XFm sebab ko jual burger je, ko takleh berjaya. Ade ape orang meniaga burger je maju gile. Bukak francais lagi. Macam Otai Burger. Tu contohlah. Ramly dulu pun kena bahan gak sebab jual burger kat Malaysia. "Sape nak makan burger kat Malaysia ni" tu antara lemparan yang beliau dapatlah sebelum membina empayar Ramly Burger. Tapi awek keluar radio tu memang tak guna betul. Sebijik macam dalam drama Melayu punye perangai. Ok,till then.

Saturday, August 21, 2010

Hentaman Atmosfera Ke Daerah Kosmik Sepantas Garis Cahaya Di Hujung Horizon

Jika hari ini kita tumpas, tak semestinya hari esok kita akan kalah.









Ok, aku dan team kalah main futsal dengan team baru lawan season ni. 17-7. Heh tapi aku jaring satu gol guna kaki kiri beb. Ok, bye.Nak sahur.

Thursday, August 19, 2010

Bazaar Gila

Bulan puasa mengajar erti sabar. Tapi mana dapat sabar kalau kita berkunjung ke bazaar Ramadan. Bukan melihat menu-menu yang menggoncang selera tapi melihat 'menu-menu' berjalan yang menggoncang iman. Amatlah gila jika berkunjung ke bazaar melihat aksi-aksi dan pakaian-pakaian maut yang dikenakan wanita-wanita berani mati ini. Apakah yang ada di benak fikiran mereka sewaktu mereka menyarung pakaian tersebut di rumah? Apakah yang terlintas di dalam hati mereka sewaktu sedang bersiap-siap hendak ke bazaar dengan menyalut tubuh dengan pakaian-pakaian sedemikian?

Semalam aku ke bazaar seksyen 13 di stadium Shah Alam. Pemandangannya amat menakutkan. Mungkin aku boleh kata aku suka tapi apabila aku balik, aku sedar yang aku telah tidak mampu menahan pandangan aku melihat pemandangan gila begitu. Boleh saja aku tangkap gambar dan sebarkan di blog ini untuk tatapan semua tapi apa hasil yang akan ku dapat? Dosa jadi bertambah kerana membuka keaiban orang walaupun aku berniat baik untuk menyedarkan golongan wanita di luar sana bahawa wanita-wanita Islam tidak layak menghuni neraka jahanam. Masyaallah...

Tension Is In The Air

Akhirnya minggu sibuk telah tiba. Dengan hempapan serta kesibukan tahap tidak normal, aku boleh jadi sawan. Tapi, aku masih cuba mengawal diri. 

Dua minggu lagi dah nak raya. Tak hairanlah jika pensyarah-pensyarah giat menekan dan mengarah itu ini kepada student-student yang dikasihinya. Test, assignment, lab report dan macam-macam lagi yang berkaitan duniawi datang menghempap benak akal dan mental aku sekarang. Belum kira lagi jurnal untuk final year project, design dan fabrication untuk subjek design dan haih...Macam-macamlah. 

Kesampingan itu, datang sesuatu yang amat mengusik dan menguji benar emosi dan jiwa raga ini. Hati itu perlu dijaga dan dibajai serta disiram selalu. Jika tidak akan rosaklah bunga-bunga di dalam taman hati itu. Maka, apabila sehari atau seminit dua kamu terlupa memanjakan bunga itu, akan hancur leburlah hati sendiri melihat bunga itu semakin layu dan tak mahu berkembang. Salah siapa? Salah penyiram bunga atau bunga yang sering mahu tuannya membelainya?? Cuba mencari jawapan di sebalik semua itu. Tapi kadangkala belum sempat berjumpa jawapan, sudah ketemu hasilnya. Maka, suka atau tidak, terima sajalah hasilnya kerana barangkali sudah ditetapkan sejak azali lagi. Tiada siapa yang tahu.

Jadi, apa solusi untuk ini? Apakah mahu aku berdiri dan berpeluk tubuh dan membiarkan saja semua bebanan itu menghimpit emosi goyah ini? Apakah aku rela membiarkan semua ini mengawal diri aku? Adakah aku akan hilang kawalan atas semua ini? Dan adakah aku sekarang dikawal oleh benda-benda ini? Dan lebih penting, apakah nasib bunga di taman itu? Biarkan layu begitu saja? Atau cuba bertahan mengawalnya daripada layu? 

Seribu persoalan menghantui aku.....