Saturday, January 30, 2010

In Between



Memori luka 2004 akan disingkap semula apabila Campbell bertemu Rooney Ahad ni. Fuhh...

Sunday, January 24, 2010

Potong Absorber


Minggu ni kerja aku di tempat praktikal adalah di mesin pressworking atau dipanggil mesin kerja tekan. Mula-mula kerja ni memang nampak susah sampai banyak kali jugak aku silap presswork. Kalau silap presswork, rosaklah produk tu nanti. Oh ya, produk yang aku buat kerja tekan ni adalah washer untuk absorber Kancil.


Kancil Absorber


Satu hari company target dalam 4500 pieces tapi aku setakat ni buat dalam 2500 je paling tinggi. Apa taknya, dalam sehari memang tak sah kalau mesin tu tak buat hal. Worktable boleh larilah. Acuan sangkutlah. Produk terlekat kat acuanlah. Ada satu hari tu aku terbuat kesilapan paling besar apabila aku presswork 2 kali atas raw material tuh. Hasilnya, acuan atau dipanggil die tu rosak dan hilang bentuknya. So, supervisor aku pun macam usha lain macam kat aku. Ada staff lain yang bikin 'die' tu pun macam bengang dengan aku. Ah,nak bengang kenapa. Setiap company akan ambil risiko bila suruh budak-budak praktikal ni buat kerja melainkan kerja yang dibagi tu tahap cikai punya. Nak taknak kenalah repair balik acuan tuh. Lepas tu aku turun pangkat kejap pergi potong kayu.



Produk yang terhasil


Aku punyalah berharap supaya acuan tu dapat dibaiki semula dan tak ambil masa lama sebab banyak lagi bahan mentah aku kena presswork. Ni akan membantutkan produktiviti syarikat seterusnya aku akan menjadi punca apabila company rugi.Every second is money. Akhirnya, 'die' tu dapat juga direpair dan aku pun boleh sambung balik kerja aku. Cuma hari Jumaat tu mesin buat hal lagi. Kali ni mata alat dia patah kat satu tempat mengakibatkan produk tu tak lepas QC. Tensen betul. Dahlah banyak lagi nak kena setel. Supervisor pulak sibuk suruh aku OT. Aku cakap tengoklah tapi aku tak buat. Kalau nak diikutkan aku sebagai pelajar praktikal tak boleh handle bulat-bulat perkara yang melibatkan delivery pada customer ni. Kalau benda ni nak cepat, ada lebih baik diserahkan pada worker yang experienced. Dahlah aku training je, nak kena completekan customer demand pulak. Camne kalau aku tak fulfill?

Entahlah..

Thursday, January 14, 2010

Liga Juara-Juara Lagu

Aku menonton AJL arituh live. Ya, live dari kaca tv. Sepupu aku janji nak bagi tiket ke AJL tapi lost pulak tengah jalan. Nasib baik tak pegi. Hehe.

Papepun, nampak semakin bagus penganjuran kali ini. Bukan main-main. Penggunaan steadycam pun menarik dan menambah lagi gaya penyampaian untuk viewers di rumah. Persembahan pun makin bagus. Cuma macam nampak ada similar sesetengah persembahan. Bunkface dan Kau Aku Aizat menggunakan budak kecik. Tomok dan Faizal menggunakan imej di skrin menggambarkan bayangan orang yang tiada. Kebetulan kot. Apapun, aku tak expect pun Pergi boleh menang. Yelah, mungkin Farid Ridzuan tribute untuk arwahnya Yasmin kot. Overall ok la semua.

Apahal dengan chicky dance Yuna masa nak naik pentas amik hadiah? Konfiden? Rasanya tak elok dia buat macam tu. Kena gak respect peserta lain yang tak menang. Berjoget sakan pulak dia.

Citer QC

Entah ape seminggu ni yang aku buat sampai busy sangat takde masa nak jengah sini. Pagi bangun pukul 6.30,start keje pukul 8. Habis keje 6.30pm. Lepas maghrib apa semua, pegi makan. Lepak-lepak jap main Facebook dah pukul 12.Pukul 12 tidur. Tu jela rutin aku.

Nak citer pasal kerja memang berat. Kerja macam operator. Dok mengadap benda yang sama setiap hari.Memang takde life. Tapi nak komplen lebih pun tak guna. Bukan ini yang kita minta tapi ini je yang kita dapat,terima jelah. Lagipun, training je. Kalau kerja betul, memang aku dah berenti dah. Hahaha...

Baru-baru ni, aku ditugaskan buat quality control iaitu QC. Apa yang tak bestnya adalah aku orang yang buat final finishing dekat produk ni. Dan aku juga yang buat QC. Jadi, persoalannya kat sini, apakah hasil kerja yang dibuat aku patut dinilai oleh aku sendiri? Kalau aku nak tipu pun boleh tapi aku tak tergamak nak buat macam tu. Bagi aku, QC patut dihandle oleh orang lain ataupun insert sekali orang lain dalam QC nih. Barulah hasil kerja yang aku buat final touch tu boleh dinilai dengan baik. Kalau lu buat karangan takkan lu nak baca sendiri nak tau bagus ke tak. Mestilah lu orang pass kat mak ke, kat cikgu ke, kat member ke. Baru leh tau betul ke, salah ke. Yang aku risau, lepas buat QC, produk terus dipakejkan dan sedia untuk dihantar pada customer. Kalau customer komplen tak puas hati, siapa yang kena kalau bukan aku? Atau mungkin supervisor aku dari Bangladesh itu. LOL.

Lantaklah. Aku buat kerja aku je. Lepas 4 bulan, chow. Cuma yang tak tahan aku rasa penat bosan.Bukan penat letih. Penat ada 2 jenis. Penat letih dengan penat bosan. Kalau penat letih aku boleh tahan lagi tapi kalau penat bosan memang rasa nak hempuk diri ke lantai.

Lastly, aku sekarang dalam proses nak beli komputer yang pertama buat diri aku. Selama ni pinjam mak aku punya, pinjam member punya. Assignment semester depan konfem berduyun. Takkan nak menumpang member lagi. So, dua tiga minggu ni rajin pulak aku ke Low Yat survey-survey harga. Harapnya jadile beli minggu ni. Fuh..Bismillah..

Sunday, January 3, 2010

Praktikal & Tahun Baru

Sudah genap seminggu aku mula praktikal di Subang dan apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bebanan kerja yang diberi memang berat. Bukannya kerja itu perlu buat banyak kerja tapi memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi. Korang boleh bayangkanlah aku mencanai(grinding) satu komponen untuk kereta selama 2 hari berturut-turut. Tangan aku naik kebas dan lenguh. Belum campur lagi dengan sakit pinggang lagi sebab duduk lama sangat.

Member yang sama tempat praktikal sekali pun turut komplen yang mereka pun ditugaskan buat benda yang sama tiap hari. Ada yang lebih malang lagi kena berdiri sepanjang masa. Cuma dah nak hujung minggu je aku dapat kerja yang lain sikit iaitu memastikan komponen yang aku grinding tadi memenuhi piawaian atau standard yang dikehendaki. Kalau tak penuhi, aku kena compresskan guna apit G tu. Lepas tu kira semua stok dan buat packaging. Yang buat aku bengang bila kena kira balik komponen-komponen yang aku dah siapkan tadi yang mana semuanya ada lebih kurang sebanyak 3 buah troli pasaraya banyaknya untuk komponen yang taklah sebesar mana. Lebih kurang dua tapak tangan panjangnya kot. Tapi tak boleh nak buat apalah. Aku taknak komplen lebih-lebih sebab dapat buat praktikal di sini pun dah bersyukur. Dapat elaun pun kira ok gak. Yang penting pengalaman.

Cuma yang aku pening, aku pun tak pasti samada apa yang buat ni menepati kehendak pembelajaran ijazah aku dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau tak. Maklumlah, kerjanya pun lebih kurang operator kilang je. Dan bila aku dengar cerita tentang kawan aku di tempat praktikal lain, ada yang dapat follow engineer, siapkan report sambil duduk dalam bilik pendingin hawa dan ada yang ditugaskan di bahagian quality control. Pendek kata menyerupai tugas seorang engineer tahap degree la kot. Tapi takpe. Aku tunggu dulu. Mungkin ni pendedahan awal untuk aku oleh bos tempat aku dan lepas ni manalah tahu aku boleh follow engineer pulak. Cuma aku rasa macam sikit menyesal sebab sepatutnya aku pilih tempat praktikal atau kilang yang besar yang mampu menyediakan tempat praktikal yang sesuai dengan tahap pembelajaran aku. Bukannya kilang tempat sebuah rumah kedai! Ah, malas nak fikir.

Tahun baru juga aku sambut di Dataran Merdeka atas desakan kawan serumah. Aku mana minat pesta hedonisme ni semua. Haha. Tapi puas hati jugaklah dapat duduk bawah percikan bunga api sampai dapat rasa habuk belerang tu masuk mata. Haih.

Azam tahun baru aku? tak payahlah nak berazam apa bagai. Tetapkan saja azam atau misi kamu setiap hari. Bukannya setiap tahun. Sebelum menutup entri ini, layan Radiohead ni. Nice dream.


Thursday, December 31, 2009

Perokok Mampu Selamatkan Al-Aqsa?

Dipetik dari forum ini. Sesuai dijadikan pedoman buat kaki-kaki rokok terutamanya orang Islam.


Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita rasa bersalah?


Sumber:http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/believe-it-or-not.htm

Sunday, December 27, 2009

Finally

Finally, my semester holiday comes to an end. Aku akan mulakan semester baru dengan menjalani latihan praktikal di Subang 2 isnin ni. Kilang yang akan aku praktikkan segala ilmu yang dah aku pelajari ini adalah kilang membuat mold, rubber production dan tool & die. Masa aku kena interview hari tu dengan tokey dia yang berbangsa cina tu, aku rasa macam pelik. Kilang tu tak macam kilang. Macam rumah kedai aku tengok. Dah memang letak kat rumah kedai, memanglah nampak macam rumah kedai.

Aku tak kisahlah semua tu asalkan aku dapat buat praktikal dan dapat pengalaman macam mana nak handle machine, suasana kerja macam mana, nak buat design untuk company dan macam-macam lagilah yang berkait dengan kejuruteraan. Aku pun cuak sebenarnya ni tapi nasib ada member tumpang sekali dengan kilang ni. So, taklah aku rasa lonely sangat. Haha.. ape barang sunyi-sunyi ni.

Sambil tu aku berharap, aku ada masa untuk luangkan di blog ni supaya ia tak layu tanpa entri-entri baru.