Sunday, January 3, 2010

Praktikal & Tahun Baru

Sudah genap seminggu aku mula praktikal di Subang dan apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bebanan kerja yang diberi memang berat. Bukannya kerja itu perlu buat banyak kerja tapi memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi. Korang boleh bayangkanlah aku mencanai(grinding) satu komponen untuk kereta selama 2 hari berturut-turut. Tangan aku naik kebas dan lenguh. Belum campur lagi dengan sakit pinggang lagi sebab duduk lama sangat.

Member yang sama tempat praktikal sekali pun turut komplen yang mereka pun ditugaskan buat benda yang sama tiap hari. Ada yang lebih malang lagi kena berdiri sepanjang masa. Cuma dah nak hujung minggu je aku dapat kerja yang lain sikit iaitu memastikan komponen yang aku grinding tadi memenuhi piawaian atau standard yang dikehendaki. Kalau tak penuhi, aku kena compresskan guna apit G tu. Lepas tu kira semua stok dan buat packaging. Yang buat aku bengang bila kena kira balik komponen-komponen yang aku dah siapkan tadi yang mana semuanya ada lebih kurang sebanyak 3 buah troli pasaraya banyaknya untuk komponen yang taklah sebesar mana. Lebih kurang dua tapak tangan panjangnya kot. Tapi tak boleh nak buat apalah. Aku taknak komplen lebih-lebih sebab dapat buat praktikal di sini pun dah bersyukur. Dapat elaun pun kira ok gak. Yang penting pengalaman.

Cuma yang aku pening, aku pun tak pasti samada apa yang buat ni menepati kehendak pembelajaran ijazah aku dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau tak. Maklumlah, kerjanya pun lebih kurang operator kilang je. Dan bila aku dengar cerita tentang kawan aku di tempat praktikal lain, ada yang dapat follow engineer, siapkan report sambil duduk dalam bilik pendingin hawa dan ada yang ditugaskan di bahagian quality control. Pendek kata menyerupai tugas seorang engineer tahap degree la kot. Tapi takpe. Aku tunggu dulu. Mungkin ni pendedahan awal untuk aku oleh bos tempat aku dan lepas ni manalah tahu aku boleh follow engineer pulak. Cuma aku rasa macam sikit menyesal sebab sepatutnya aku pilih tempat praktikal atau kilang yang besar yang mampu menyediakan tempat praktikal yang sesuai dengan tahap pembelajaran aku. Bukannya kilang tempat sebuah rumah kedai! Ah, malas nak fikir.

Tahun baru juga aku sambut di Dataran Merdeka atas desakan kawan serumah. Aku mana minat pesta hedonisme ni semua. Haha. Tapi puas hati jugaklah dapat duduk bawah percikan bunga api sampai dapat rasa habuk belerang tu masuk mata. Haih.

Azam tahun baru aku? tak payahlah nak berazam apa bagai. Tetapkan saja azam atau misi kamu setiap hari. Bukannya setiap tahun. Sebelum menutup entri ini, layan Radiohead ni. Nice dream.


No comments: