Sunday, September 6, 2009

Jangan Tutup Lampu

Bagi budak-budak yang selalu duduk rumah sewa atau pernah duduk mesti akan ada terasa hati dengan member serumah. Tak kira la sekejap ke lama, hal kecik ke besar, mesti akan ada terasa. Lambat laun kalau terasa pun mesti ok balik lah melainkanlah kalau kau curi seluar dalam kegemaran dia tak pernah nak pulang-pulang kan? Biasanya kalau dah melarat akan terbawa-bawa sampai kau rasa susah nak hidup. Macam aku. Macamlah aku tak pernah terasa dengan budak-budak sewel kat rumah aku ni. Tapi, nak terasa pun,kejap jelah. Pasal busuk macam manapun dia budak rumah kau. Kau tak boleh elak jumpa dia hari-hari. Nak ke tandas, terserempak dia. Nak kaut nasi dalam periuk, dia ada sebelah. Nak tengok tv, dia pun ada sama. Takkan ko nak lari dari bayang-bayang dia. Atau kau lari dari bayang-bayang sendiri? Eh, maaf. Bukan kau. Maksud aku, kawan aku sebagai contoh.

Macam pernah berlaku kat aku.

Aku bukaklah lampu sebab aku nak study kan. Tapi member aku yang tengah syok tidur siap mengomel, " Sial mana la yang bukak lampu nih!!".
Pastu terus selimut tutup muka. Macamlah aku taktau yang ayat pedas tu tuju kat aku sebagai pembuka lampu. Aku pun dah rasa tak sedap nak study. Dalam 2 minit pastu aku tutuplah balik atas dasar perikemanusiaan. Biasalah tu. Nak terasa ape hal? Haha..

Pastu, benda ni datang lagi kat aku. Waktu aku bukak lampu sebab nak sembahyang Subuh tadi, aku dengar bunyi gesekan lidah(bunyi tak puas hati melalui lidah) dari bilik bertentangan. Ala, rilek ar jack. Gua nak semayang je ni. Ok, lepas semayang, aku lupa la tutup lampu. Yang si dia ni pun bangun lepas tu terus hentam suis lampu dengan kuat. Dengan harapan, aku paham la kemarahan dia. Haha. Aku cuma terlupa tutup je takkan nak marah macam tu sekali. Marah macam manapun, nanti gua gak yang tolong lu. Ok, aku gerak dulu. Nak layan Argentina vs Brazil ni.

Wednesday, September 2, 2009

Sifat Penyokong

Antara sifat-sifat mazmumah yang aku pernah alami dan nampak pada SEGELINTIR fans MU ni ialah:

1. Suka buat benda solo dan tak campur orang sangat.
2. Tak boleh terima pendapat orang lain dan suka menegakkan benang yang basah.
3. Terlalu konfiden dan yakin bahawa dia sajalah yang betul.

Contohnya:

"Sekarang ni susah la nak dapat team yang tak pernah kalah satu season" kata penyokong MU.

"Haha. Tulah. Arsenal je boleh buat" kata penyokong Arsenal.

"Arsenal ape lak ko ni?"

"Yelah, rekod unbeaten dalam liga tu Arsenal je boleh buat"

"Bila pulak Arsenal buat?"

"Tahun 2004 la"

"Eh, mana ada. Dia pernah kalah la..."

"Ko chek balik. Tahun 2003/2004 mase tu. 49 game tak kalah beb"

"Adala. Dia pernah kalah sekali!!"

......................

4. Suka sangat mengutuk orang lain dan perasan dia bagus hatta bukan dalam hal bolasepak sekalipun.
5. Mempertahankan benda yang terang-terang salah. Contohnya ofsaid.
6. Suka memperlekehkan kemampuan orang lain dan tidak sedar akan kelemahan sendiri.
7. Sering mengalami krisis identiti.
8. Suka berjuang atas fakta yang salah.
9. Tidak mahu mengaku apabila membuat silap.


Banyak lagi aku nak list tapi tak sempat nih. Ade masa aku tambah. Ingat, bukan semua fans MU tapi SEGELINTIR! Yang segelintir nilah mencemar jiwa bolasepak.

Saturday, August 1, 2009

Tak Puas Hati

PTPTN bagi aku ibarat medan untuk dibenci semua orang. Tak kira sebab apa, kau orang boleh benci sama mereka. Aku percaya tak ada orang pun yang suka dan sayang dengan PTPTN walaupun mereka memberi pinjaman untuk kau survive di IPT. Maaf cakaplah. Takde apa pun yang boleh dibanggakan dengan PTPTN ni. Apa?Pakcik ko keje situ?Peduli apa aku.

Aku hairan jika pemberi pinjam boleh menentukan berapa banyak pinjaman dia boleh bagi. Sepatutnya hak menentukan tu jatuh pada peminjam. Dah nama pun peminjam. Aku bagi contoh. Kau nak pinjam aku duit. Tapi aku limit pinjaman kau. Konon kau nak RM5. Tapi aku kata tak boleh sebab kau dah kaya. So, aku bagi RM3 je. Pandai-pandailah kau dengan RM3 aku tu, yang penting bayar balik RM5. Tak ke macam sial?

Aku dapat pinjaman separuh mungkin sebab bilangan adik beradik sikit dan ikut gaji ibubapa. Alah, lagi sikit je paras gaji ibubapa aku lebih tahap nak dapat pinjaman penuh. Tapi aku dapat separuh je. Ok. Aku pernah buat surat dulu mintak pinjaman penuh sebab keluarga aku bukannya mampu sangat pun. Kalau boleh, aku taknak mintak langsung pun duit mak ayah aku untuk pengajian aku kat IPTA ni. Tapi surat aku dibakulsampahkan. Maksudnya direject la. Aku naik bengang la dengan dorang ni. Tu yang aku fikir, kenapa kita peminjam tak berhak menentukan jumlah yang kita pinjam? Ingat orang tak nak bayar ke? Bukannya aku tak boleh bayar tapi bagi jela pinjaman penuh kat aku. Atau seragamkan untuk semua biar semua dapat pinjaman penuh. Macam biasiswa JPA untuk pelajar luar negara.

Aku bukan apa. Kadangkala kau tak terasa ke tengok kawan-kawan kau pakai komputer. Pakai laptop gila canggih. Pakai motor mahal-mahal. Walhal semua tu pakai duit pinjaman tu. Manalah dorang mampu beli semua ni jika tidak dengan pinjaman PTPTN. Aku bukannya nak jeles ke apa. Aku bukan jenis macam tu dan aku peduli apa semua tu. Tapi kadangkala aku rasa yang diri aku tak berguna. Tak mampu buat apa yang orang lain mampu buat. Dahlah ke kelas setiap hari menumpang. Duit minyak pun tak bagi. Bukan tak bagi tapi member aku taknak. Oh, aku terharu. Pastu, nak buat assignment pun menumpang kat PC member. Nak main internet pun menumpang laptop member. Pendek kata, semua yang aku buat hanyalah menumpang kat member aku yang dapat pinjaman penuh ni yang mampu beli apa yang diorang nak. Pernah, bila keluar je duit loan ni, member aku terus pegi Low Yat angkat sebijik komputer yang agak tinggi performance dia. Siap boleh berbaki banyak lagi duit pinjaman dia tu. Kalau aku, jangan haraplah. Beli satu komputer tahap paling rendah performance dia, habislah aku satu semester makan pasir lepas tu.

Kalau orang kata, "alah, kau mintak jela kat mak ayah kau". Aku konfem maki dia dalam hati. Kau ingat mak ayah aku tu cop duit ke? Memanglah gaji lebih tinggi(sikit) dari mak ayah dorang tapi bolehkah aku mintak macam tu kat mak ayah aku? Mau terkejut dorang kalau tak pun makan penampar. Kalau yang dapat pinjaman penuh ni boleh senang-senang je beli apa yang dorang nak. Tak payah pikir menyusahkan makbapak tu semua. Tapi aku, kena pikir tu semua.

Pernah gak aku try mak aku, "Umi, kawan-kawan semua ada laptop."
Aku tunggu respon mak aku. Lama jugak.
"Nantilah", katanya perlahan. Aku naik segan.

Ok,sejak dari itu aku dah tak tanya dah. Aku tak sanggup tengok reaksi mak aku. Segan pun ada. Bukan apa, aku taknak jadi anak yang menyusahkan. Lebih baik aku salahkan pada PTPTN yang buat bisnes macam sial ni. Aku dinafikan hak untuk dapat pinjaman penuh. Apalah salahnya kalau aku dapat pinjaman penuh pun? Tetap gak aku kena bayar dengan riba-riba tu semua. Tapi dorang pulak yang berhak tentukan berapa aku boleh pinjam. Sial betul mereka ni. Tu yang kadang-kadang aku sakit hati bila tengok member aku boleh beli macam-macam dengan pinjaman dorang. Siap leh kena perli lagi tu yang panas telinga tu. Nak buat macam mane.

Pendek kata, dorang dah ada aset untuk dorang banggakan. Tapi aku apa yang ada? Seluar dalam adalah. Itupun koyak-koyak dah. So, jangan ingat orang yang tak dapat pinjaman penuh ni sebenarnya anak orang kaya. Orang biasa je sebenarnya. Sebaliknya, orang-orang yang dapat pinjaman penuh nilah yang layak digelar anak kaya. Bukan anak orang kaya. Balik kampung, bangga woi dapat bawak LC. Tak pun boleh angkat Kancil satu kalau kumpul loan 2-3 sem.

Aku kalau kumpul 6 sem pun memang tak mampu beli. Nak beli mouse komputer pun kena fikir 2,3 kali. Member aku pernah sound. "Kau ni nak beli mouse pun nak fikir banyak kali ke? Aku rasa nak takik je kepala dia tapi nasib baik member. Mestilah nak kena fikir woi. Larilah budget aku kalau aku beli mahal-mahal.

Thursday, July 16, 2009

Pahit Hidup

Sejak aku kembali mendaftar sebagai pelajar semester ke 5 di universiti, pelbagai cerita pahit menerjah masuk ruang hidup aku.

1. Abang kepada rakanku meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Motor yang terlibat dalam kemalangan itu sebenarnya milik rakanku. Sekarang ni, dia nak jual dah.

2. Bukak je sem baru, dengar member sakit nak dekat sebulan. Pegilah ziarah dia kat Klang. Sembang-sembang, dia rupanya terlanggar 'benda'. 'Benda' tu yang masuk dalam badan buat badan lemah. Kesian gak. Sekarang dia dah duduk balik kat rumah sewa ni dan pergi kelas dah. Tapi memang aku nampak dia masih lemah lagi. Katanya, 'benda' tu tak keluar lagi.

3. Rumah sewa aku kena rompak masa cuti sem. Yang tinggal kat rumah masa tu ada 3 orang kawan aku je. Ketiga-tiga hilang duit. Dekat beratus jugaklah. Bukan sekali dua. Dekat 2,3 kali jugaklah. Sayangnya, bukan manusia yang buat. 'Benda' lain buat. Siap bertuan lagi. Dengar cerita orang Indonesia. Bomoh mana entah yang bagitau ni kat kawan aku. Peliknya, duit je hilang. Komputer dengan laptop 'dia' tak minat nak curi pulak. Bukan IT punya spesis la ni. Lagi satu peliknya, kejadian ni hanya berlaku pada Rabu malam Khamis. Agaknya syarat dorang kot.

Akibat dah banyak kali sangat kejadian ni berlaku masa cuti arituh, member aku buat teori mudah. Simpan duit dalam bekas bertutup. Confirm dia tak ambil. Yelah, duit rumah ada beratus dalam tin biskut tak pulak 'dia' kebas. Agaknya 'dia' tak boleh buka benda bertutup kot. Nak lagi best, 'benda' ni boleh buat tilam member aku kat tingkat atas boleh turun kat tingkat bawah siap landing kat ruang tamu lagi.

4. Ayah kepada rakan baikku meninggal dunia hari Selasa lepas. Aku agak lama tak contact dia ni sebab habis degree sekerat jalan tahun lepas, dia balik kampung. Kerja untuk menyara diri dan keluarga. Sayang gak bila dapat tau dia tak dapat sambung pengajian walhal dialah antara bestfren aku. Ok, setelah agak lama aku tak contact dia, tiba-tiba aku teringat akan dia sehari sebelum ayah dia meninggal. Aku mesej dia, " Kau buat apa sekarang?". Dia jawab, " Aku jaga ayah aku tengah sakit kat hospital ni." Dengan ajal maut di tanganNya, keesokannya dapat mesej dari dia yang ayah dia meninggal pagi tu. Betapa dekatnya kita dengan kematian bukan?

Lagi satu kejadian yang hampir serupa adalah semasa aku duduk sekolah asrama. Aku bersembang dengan member aku macam-macam malam tu. Termasuk pulak dalam sembang tu pasal ayah dia. Dia risaukan keadaan kesihatan ayah dia yang tak seberapa. Esoknya, aku bangun pagi, dapat tau cerita dari member satu dorm yang member aku tu dah bertolak ke kampung sebab ayah dia meninggal. Betapa terkejutnya aku sebab malam sebelum tu, aku berborak panjang mengenai ayah dia.

Aku rasa setiap apa yang berlaku di sekeliling aku sekarang sebagai menandakan satu isyarat untuk aku samada sedar atau tidak. Aku harus bersedia dengan kehidupan aku yang bakal aku tempuhi ini dalam jarak hanya sejauh satu hari mungkin. Siapa tahu, esok-esok giliran kita. Tapi aku hanya berdoa agar aku dan ahli keluarga aku dipanjangkan umur dan dilimpahi rahmatNya.


Apabila datang detik itu, kita sudah tidak mampu untuk mengelak.

Sunday, July 5, 2009

Jika Aku Ber'uang'

Sebenarnya ialah berduit maksud di atas.

Jika aku berduit dalam kuantiti yang banyak, akan aku kembara ke segenap alam untuk mencari rahsia alam yang tak pernah aku teroka. Masih banyak kejadian-kejadian ciptaan Allah yang belum aku lihat dengan mata aku sendiri. Terlalu hebat dan indahnya ciptaan-ciptaan Maha Pencipta.

Kelak apabila masa itu datang, akan ku kotakan segala janjiku. Persoalan bila biarlah menjadi ketentuan Tuhan. Insyaallah rezeki itu pasti datang.

Aku hanya ingin menerokai alam kejadian Allah yang sungguh hebat.

Mati Itu Pasti

Hebohlah sekalian alam apabila Raja Pop Michael aka Mikael Jackson kembali kepadaNya pada 25 Jun lalu. Sehingga artikel ini ditulis, beliau masih belum dikebumikan lagi. Berita mengatakan mungkin dikebumikan Selasa ni iaitu 7 Julai 2009.

Kematian beliau adalah satu petunjuk kepada Islam dan yang Bukan Islam bahawa mati itu sesuatu yang pasti. Tak siapa boleh mendabik dada di atas dunia ini. Mungkin ramai yang tidak tahu hatta orang Islam yang Fathi Yakan juga telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Jun jika tak silap aku. Kalau silap tolong betulkan. Fathi Yakan adalah penulis buku " Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Aku ada buku ni. Melihatkan dari tulisan-tulisan beliau, betapa aku menyanjunginya sebagai pejuang Islam sejati.

Tapi orang lebih memandang kematian Raja Pop itu. Auranya lebih dirasai mungkin. Satu dunia kenal beliau. Aku juga membesar dengan muzik-muziknya. Aku teringat ada satu adegan dalam klip video Black 0r White, yang mana api memercik dari atas bangunan mengenai tubuhnya. Aku menyangkakan itulah caranya dia memutihkan dirinya. Betapa lucunya aku teringat balik pemikiran aku masa lampau.

Aku mendoakan kedua-dua tokoh ini supaya dilindungiNya. Moga dengan pemergian Jackson juga mungkin menghamparkan cahaya petunjuk kepada bukan Islam yang pernah meminatinya untuk sama-sama bernaung bawah payung Islam. Kepada yang Islam, marilah kita bersama menggerakkan seruan Islam tanpa ada rasa jatuh-menjatuhkan sesama kita. Insyaallah.

Saturday, July 4, 2009

PlayStation


Zaman aku membesar, banyak benda karut marut datang menerjah Malaysia. Terutamanya permainan video. Aku mula ada permainan video masa aku darjah berapa ntah. 3 kot. Masa tu tape dia orang panggil katrij. Masa tu game katrij memang mahal macam celaka. Ada ke 1 katrij harganya sampai RM60-RM70. Nasib baik kalau dalam 1 katrij tu ada banyak game. 10 in 1 ke. 5 in 1 ke. Kadang-kadang ada sampai beratus game dalam satu katrij. Tapi harga dia punya mencanak sampai beratus gakla. Time tu kalau ada permainan video ni memang aristokrat la. Masa tu Playstation mana ada lagi. Depa belum cipta. Yang paling kuat pun ada Nintendo. Pastu ada gak Atari yang aku pun tak tahu sangat. Agaknya pakai katrij juga kot.

Macam nilah lebih kurang videogame pertama aku. Siap ada pistol lagi beb.



Ni contoh game katrij. Yang ni 128 in 1. Banyak seh. Harga masa tu jangan cakapla.



Lepas tu, jeng jeng jeng. Muncullah Playstation menyinari bumi Malaysia. Gile kerek ayat. Aku tak ingat Playstation masuk Malaysia tahun berapa tapi aku dalam sekolah rendah la. Maknanya dalam tahun 1993-1999 la kot. Maybe 95 kot. Tak kisahla. Tapi nak mempunyai Playstation ni adalah satu perjuangan yang panjang bagi aku. Jika budak-budak golongan aristokrat boleh berbangga memiliki Playstation setelah memiliki Nintendo yang harganya riban-riban tu, aku pula menanti lama hanya untuk memilikinya sebuah. Tak silap aku masa Playstation 2 dah ura-ura nak keluar baru aku dapat beli Playstation.

Tapi masa tu, bukan je ada PS. Masa tu ada gak GameBoy dengan DreamCast. Tapi Playstation la barang hot masa tu. Ok, masa Playstation start keluar semua budak macam cacat gila kalau tak dapat main PS kat kedai game. Dulu mana ada Cyber Cafe ape semua. Yang ada hanyalah kedai game yang guna pelantar PS sebagai marketing dorang. Budak-budak sekolah la target market dorang. Kebanyakan yang bukak kedai game PS ni kebanyakannya golongan Cina la.

Apa?Ko tak paham? Adui, samala konsepnya dengan CC sekarang ni. Main 1 jam kena RM3 masa tu. Pilih je mana-mana game. Harga sama. Budak-budak sekolah termasuk aku habis duit kat kedai Cina ni je. Mau tak kaya dorang kan? Aku dengan abang aku sanggup pulak tuh berkayuh ke kedai depan yang jaraknya dalam 3 kilometer. Ala, kat Taman Minang,Cheras la susah sangat. Selalunya lepas sekolah petang pegila main kejap. Biasanya sabtu ngan ahad la. Siap pergi ngan member-member jiran lagi. Bawakla dalam RM10. Hujung minggu memang penuh kedai-kedai game PS ni. Pastu siap kena tunggu giliran lagi. Bila time dapat giliran punyalah seronok bukan kepalang. Masa tu famous ngan game bola fifa, wrestling dengan GranTurismo. Kalau tak main game-game ni semua boleh amuk satu pekan jadinya. Haha.

Ada jugak budak layan main game RPG macam Final Fantasy. Dey tambi, ini kedai game la! Lu orang mau save-save pegi angkat satu PS la ! Ada ke dorang main stail yang kena save kalau nak sambung lagi. Bajet esok datang lagi nak main balik. Tengok-tengok aku dah pedajal delete semua game dorang. Lantaklah, bukan orang tahu pun. Ada ke patut main game RPG camni kat kedai game. Pastu ada yang tak puas hati sanggup beli memory card PS sendiri pastu layan game dia. Bapaklah dorang ni. Macam sangap gila plak. Nasib baik kadang-kadang tokey kedai tak kasi bawak memory card sendiri. Tapi ada gak member aku yang perangai sial sikit, dia pergi rembat cd game PS. Yela, korang tau tak yang kalau korang bukak cover PS tu sambil game tengah running, imej kat skrin still ada lagi. So, dengan rasa tak bersalah terus blah sambil rembat game PS. Bengong gak member aku ni. Dia pergi rembat cd tu nak main kat mana? Taktaula aku kalau dia ada kawan dengan anak aristokrat lain pulak.

Memandangkan gejala bermain game di kedai cina dah sampai ke tahap kronik sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan, mak ayah aku mencadangkan aku dengan abang aku supaya membeli sendiri Playstation. Yak adoi! Ibarat satu tompokan tahi jatuh ke muka kami. Harga Playstation masa tu bayangkanlah berapa ribu bhai. Kalau beli seekor lembu pun lepas masa tu. Duit simpanan dalam bank campur berdua pun memang tak cukup. Jadi,hasrat ni pun tertangguh seketika. Maka, gejala menghabiskan duit tetap berlaku di kedai-kedai game. Tak best kedai ni, pergi try kedai baru. Masa tu, kedai game berorientasikan PS tumbuh macam cendawan. Cuma takleh makan je.

Setelah bertahun-tahun gejala ni terjadi, akibat satu persitiwa aku dapat juga memiliki Playstation. Mungkin selepas 3 tahun PS diperkenalkan kot. Peristiwa yang aku maksudkan ialah peristiwa abang aku main basikal jatuh patah tangan. Ada ke bawak laju turun bukit dekat lorong belakang rumah tu. Masa tu banyak timbunan simen yang dah kering. Meninggi je simen-simen kering tu. Bukk. Tercampak dia dalam longkang.

Tangan patah + duk umah bosan = dapat PS.

Senang je teori atas ni kan? Tapi tulah dia. Abang aku dengan aku bergabung duit la beli. Sambil-sambil tu mak ayah aku support. Yang sedihnya, kitorang pegi keluar duit tabung haji tu semata-mata nak beli PS. Memang hedonistik betul la. Habis simpanan untuk haji aku. Huhu.

Then, masa kitorang beli tu memang jadi hero kampung la. Mau taknya, dalam taman aku tu agaknya aku sorang je yang ada PS masa tu. Memang jadi kebanggaan taman la. Semua budak nak lepak main. Ah, jangan haraplah. Aku nak main sorang-sorang.

Kini, Playstation aku dah disimpan kembali dalam kotak sebagaimana asalnya. Aku dah tak guna. Aku nak tolak je kat orang tapi ayah aku tak bagi. Ada sentimental value katanya. Agaknyala kot.


PS2 yang hanya menanti untuk diframekan di rumah.


Dan dalam tahun 2007 aku pun beli PS2 dengan saki baki duit Tabung Haji aku. Habis semuanya. Hmm. Aku beli tu bukan apa. Sebab PC yang aku selalu dok main game tu pakcik aku dah angkut balik rumah dia. Dia baru kahwin masa tu. So, dia nak la balik barang dia. Aku pun dengan hati yang lara ni pegi bantai beli PS2. Geram nak main game sebenarnya. Dan, sekarang aku nampak peluang untuk PS2 aku memasuki kotak dia balik adalah cerah. PS2 tu jugak dah berhabuk dan berdebu. Entahlah...

Dunia ada turun naiknya kerana dunia ibarat roda.