Hebohlah sekalian alam apabila Raja Pop Michael aka Mikael Jackson kembali kepadaNya pada 25 Jun lalu. Sehingga artikel ini ditulis, beliau masih belum dikebumikan lagi. Berita mengatakan mungkin dikebumikan Selasa ni iaitu 7 Julai 2009.
Kematian beliau adalah satu petunjuk kepada Islam dan yang Bukan Islam bahawa mati itu sesuatu yang pasti. Tak siapa boleh mendabik dada di atas dunia ini. Mungkin ramai yang tidak tahu hatta orang Islam yang Fathi Yakan juga telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Jun jika tak silap aku. Kalau silap tolong betulkan. Fathi Yakan adalah penulis buku " Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Aku ada buku ni. Melihatkan dari tulisan-tulisan beliau, betapa aku menyanjunginya sebagai pejuang Islam sejati.
Tapi orang lebih memandang kematian Raja Pop itu. Auranya lebih dirasai mungkin. Satu dunia kenal beliau. Aku juga membesar dengan muzik-muziknya. Aku teringat ada satu adegan dalam klip video Black 0r White, yang mana api memercik dari atas bangunan mengenai tubuhnya. Aku menyangkakan itulah caranya dia memutihkan dirinya. Betapa lucunya aku teringat balik pemikiran aku masa lampau.
Aku mendoakan kedua-dua tokoh ini supaya dilindungiNya. Moga dengan pemergian Jackson juga mungkin menghamparkan cahaya petunjuk kepada bukan Islam yang pernah meminatinya untuk sama-sama bernaung bawah payung Islam. Kepada yang Islam, marilah kita bersama menggerakkan seruan Islam tanpa ada rasa jatuh-menjatuhkan sesama kita. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment