Tuesday, November 10, 2009

Tips Kepada Beginner EPL

Aku melihat sekarang musim gilakan bolasepak terutamanya English Premier League yang berpangkalan di England pastinya. Maklumlah, bapak baru pasang Astro. Takpun mesti baru masuk universiti atau kolej swasta.

Jadi, aku lihat ini adalah sesuatu yang parah jika mereka yang masih hijau dan buta lagi ingin mengenal EPL. Aku kata parah kerana mereka mungkin akan menyokong kelab yang popular dan hanya menang trofi saban tahun tanpa tahu apa yang mereka sokong. Peratusan untuk mereka terpengaruh dengan member juga tinggi sekarang.

Oleh itu, aku mengambil inisiatif bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan EPL sebab bapak kau baru pasang Astro dan ambil pakej sukan(bukannya EPL takde kat TV3 dulu) . Takpun kau main follow member kau tengok bola dan ikut join sokong team yang member kau sokong. Dalam bolasepak terutamanya EPL, korang jangan jadi main sokong membabi buta walau kau buta bolasepak sekalipun. Jangan jadi bodoh kerana mengikut orang. Ok,mari kita mulakan...


1. Manchester United



Kelab yang diuruskan oleh Sir Alex Ferguson ni dah menang liga 18 kali dan menang Champions League pun beberapa kali. Menjadikan Setan Merah sebagai maskot mereka yang mana sah-sah jersi kelab ni kau tak boleh bawak sembahyang. Walaupun mereka ni rajin menang trofi tapi ketahuilah bahawa nasib banyak menyumbang kepada kejayaan mereka especially 2 musim terakhir ni. Contoh terdekat ketika bertemu Man. City yang mana masa kecederaan sampai 7 minit dan juga gol sendiri las t minit Sunderland.

Oh ya, mereka juga adalah pasukan kesayangan ramai orang dan pengadil serta media England kerana banyak player England yang menyinar di bawah Alex Ferguson yang mana juga suka mengunyah chewing gum dan membuangnya merata-rata. Alex juga gemar membantah dan komplen pengadil dan paling baru adalah semasa menentang Chelsea hari tu. Johny Evans menendang Drogba taknak pula dikompelinnya. Untuk pengetahuan anda yang baru meminati EPL juga, Manchester United juga adalah kelab yang paling ramai menghasilkan pemain-pemain kepala angin yakni pemain yang kerjanya asyik nak bertumbuk je. Eric Cantona(kungfu kick), Roy Keane, Alan Smith, Paul Scholes, Rooney, Ferdinand, Vidic, Gary Neville dan ramai lagi(sekadar menyebut beberapa nama). Terbaru, Fletcher juga termasuk dalam senarai. Kebanyakan pemain yang dihasilkan dari kelab Manchester United akan mempunyai rasa ego dan riak. Sebab apa, itu memang sukar dipastikan . Seorang player yang boleh dipuji hanyalah Ryan Giggs yang dari dulu tak pernah menimbulkan masalah dan tak banyak cakap.

Mengenai cara permainan pula, Manchester United adakalanya boleh bermain dengan menarik(bukan cantik ya!) dan adakalanya membosankan. Jika mereka tertekan, mereka akan bermain laju dan menarik. Contohnya ketika bertemu Man. City. Demi untuk membuktikan mereka adalah lebih baik daripada City, mereka bermain bersungguh-sungguh. Cara permainan mereka boleh diibaratkan seperti Chelsea cuma dalam versi yang lebih laju. Mereka hanya bermain bolasepak mudah dan berpaksikan kepada hantaran kemas. Adakalanya, permainan mereka ibarat telah diatur dengan satu mekanisme. Tapi, mereka mempunyai semangat melawan yang tinggi terutamanya apabila ketinggalan.

Mengenai penyokong Manchester United pula, tidak menghairankan jika ramai penonton Malaysia yang meminati pasukan ini. Terutamanya kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak meminati bolasepak luar. Dengan kunjungan ke Asia yang agak kerap dan konsisten memenangi trofi, mereka menjadi pilihan kaki bola. Bagi kaum perempuan juga, mereka menyokong hanya kerana ada Beckham ataupun Ronaldo. Pastinya, mereka yang menyokong pasukan ini mahukan pasukan yang sentiasa memenangi trofi agar tidak dipandang rendah oleh orang-orang lain walaupun mereka tak pernah ambil kisah macamana cara mereka bermain. Hanya trofi saja mereka mahukan. Mereka hanya tahu berbangga dengan koleksi trofi yang mereka ada. Jika ditanya siapa Luke Chadwick, konfem mereka yang setahun jagung minat bola ni tak kenal siapa.


2. Chelsea



Kelab yang mula popular setelah Roman Abramovich menjadi pemiliknya. Rekod Chelsea tidaklah begitu memberangsangkan jika dibanding dengan kelab lain. Sheffield Wednesday dan Nottingham Forest mempunyai rekod yang lebih baik daripada Chelsea cuma sayang tiada siapa mahu membeli dua kelab ini yang hebat di waktu silam. Populariti Chelsea juga menjadi semakin kuat terutamanya di Malaysia apabila Mourinho menjadi manager mereka dan Abramovich mula membawa masuk pemain-pemain berstatus bintang. Chelsea ketika itu dilihat sebagai alternatif kepada Manchester United apabila mereka yang mula menyokong Chelsea waktu itu tidak mahu menyokong MU. Mungkin mereka sendiri tidak kenal siapa itu Gianfranco Zola atau Marcel Desailly. Yang mereka kenal Terry dan Drogba. Penyokong mereka juga boleh dikatakan budak baru nak up.

Corak permainan Chelsea juga tidak begitu menghiburkan kerana taktikal mereka hampir sama seperti MU cuma Chelsea lebih perlahan. Maklumlah, orang-orang tua. Tapi yang peliknya tak ramai pula orang tua sokong Chelsea. Mereka juga bermain bolasepak mudah. Hantar ke sini, hantar ke sana. Dan jaringkan gol. Itu saja teorinya. Yang patut dipuji tentang pasukan ini adalah daya tahan fizikal dan fitnessnya. Mereka mampu bertahan 90 minit dengan kelibat Essien sentiasa menjadi aspek ketahanan paling penting. Kepada mereka yang mencari alternatif selain MU tapi mahukan trofi sebagai ganjaran, boleh pilih Chelsea. Jangan jadi lalang sudah.


3. Arsenal



Kelab yang sentiasa bersaing dengan Manchester United dalam liga. Oppss..bukan baru-baru ni tapi beberapa tahun dulu. Ketika Wenger datang ke Arsenal pada tahun 1996, mereka terus menjadi pencabar serius kejuaraan bersama MU. Mereka suatu ketika dulu pasukan yang sering mencipta rivalry dengan MU. Roy Keane memang pantang kalau jumpa Patrick Viera masa ini dan terowong stadium adalah tempat kegemaran mereka berbalah. Tapi, sejak Arsene Wenger membangunkan projek skuad mudanya 5 tahun kebelakangan ini, no 3 dan 4 saja yang menjadi destinasi pasukan Utara London ni. Bukannya beliau tidak mampu membeli player berstatus bintang cuma beliau lebih suka menggilap pemain. Henry adalah nobody sewaktu di Juventus. Masuk Arsenal terus jadi bintang dunia. Viera juga begitu dan banyak lagi yang lain tak perlu disebutkan. Jadi, kebolehan Wenger menggilap pemain tidak boleh dipersoalkan. Jika dilihat prestasi skuad sekarang, semakin mula menampakkan hasilnya biarpun media British sering menganak tirikan Arsenal yang dilihat tidak banyak player kelahiran England di dalamnya.

Arsene Wenger juga sentiasa disegani kebanyakan orang berbanding Alex Ferguson yang saban minggu asyik kompelin itu ini. Orang ramai melihat Wenger lebih bersikap low profile daripada beliau. Bercerita tentang permainan mereka pula, tidak keterlaluan jika mengatakan mereka ibarat seni dalam bolasepak. Corak mereka berbeza berbanding kedua pasukan di atas. Mereka bermain bolasepak mudah tapi cantik. Counter attack dan possession mereka dalam game adalah sesuatu yang menakutkan. Mereka juga boleh bermain hantaran pendek di luar kotak penalti sambil menanti lawan membuka ruang. Mungkin atas faktor menanti lawan membuka ruang ini menterjemahkan kegagalan skuad Arsenal menjaringkan gol. Prestasi mereka yang tidak konsisten juga menjadi faktor kegagalan mereka yang mana ketidak konsisten ini terlahir daripada senarai kecederaan pemain-pemain mereka musim lepas.

Penyokong Arsenal juga tidak ramai di Malaysia walaupun mereka pernah dititik oleh skuad yang diketuai arwah Mokhtar Dahari dulu. Aku percaya yang faktor kegagalan memenangi trofi dalam 5 tahun kebelakangan ini merencatkan penambahan peminat untuk menyokong Arsenal. Ya, dalam 5 tahun inilah giatnya promosi Liga Perdana Inggeris dan dalam 5 tahun inilah bercambahnya orang melanggan Astro. Lalu, orang tidak peduli dengan Arsenal walau mereka bermain bolasepak seindah lukisan Picasso dan Da Vinci. Mereka lebih dahagakan trofi walhal bukan mereka dapat sama-sama merasa. Mereka tidak kisah menonton game bosan Chelsea asalkan nanti di penghujung musim mereka mempunyai sekurang-kurang satu trofi. Memang amat malang kepada team bernama Arsenal ini yang saban minggu memperaga persembahan cantik yang adakalanya menang, adakalanya kalah tapi tiada ganjaran untuk mereka di penghujungnya. Dan tidak hairanlah, mereka yang menyokong Arsenal adalah mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang bolasepak kerana mereka tidak menyokong kerana trofi. Mereka menyokong kerana tehibur dengan corak Arsene dari dulu lagi. Kalau lu orang nak tengok otai-otai bolasepak, mungkin boleh tengok fans Arsenal.


4. Liverpool



Satu lagi team otai dalam EPL. Sejarah lama Liverpool begitu kuat dan hebat. Cuma beberapa tahun kebelakangan ni sentiasa gagal memenangi trofi liga. Di Eropah, team ni begitu hebat dengan rekod memenangi Champions League saja sudah 5 kali. Tidak hairanlah jika penyokong-penyokong mereka kebanyakannya orang-orang yang sudah berumur. Mungkin inspirasi Ian Rush masih bersama mereka. Liverpool juga tidak begitu cemerlang kebelakangan ini di dalam liga Inggeris. Mereka asyik bersaing dengan Arsenal untuk tempat ke 3.

Corak permainan mereka juga pantas dan bermain dalam high tempo. Mereka juga mempunyai shooter jarak jauh paling ramai dalam EPL. Antaranya, Gerrard, Alonso(sekarang di Real), Insua, Aurelio, Babel dan ada lagi kot. Namun, musim ni Liverpool agak goyah apabila cuma menang 1 dalam 9 games(jika tidak silap). Berlaku krisis kepimpinan di Liverpool apabila pemilik mereka mula mahu menentukan hala tuju kelab sebagaimana Abramovich di Chelsea. Kalau pandai pasal bola takpe, ini bengap. Benitez pulak di ambang pintu keluar jika Liverpool terus-terusan bernasib malang.


Itulah sedikit sebanyak gambaran mengenai 4 pasukan besar di EPL. Terpulanglah kepada anda mahu pilih yang mana. Tips ni bukan mahu mempengaruhi anda semua tapi hanya sebagai gambaran dan nasihat. Keputusan di tangan anda. Cuma nasihat aku, jangan main follow je member korang minat pasukan tu. Korang tentukan sendiri. Nasihat aku lagi(macam bagus je nak bagi nasihat kan?), nilailah dulu setiap team yang korang nak kalau mahu juga mempunyai team kegemaran di EPL. Jangan jadik lalang. Tetapkan pendirian anda dan pekakkan telinga mana-mana yang kutuk ko bila ko pilih sesuatu team yang bertentangan dengan kehendak pasaran. Nak amik Aston Villa pun boleh bai...Jangan jadi macam member aku penyokong MU yang dok galak kutuk orang walhal baru setahun jagung je minat bola. Isk..khurafat betul...

4 comments:

SheiLa said...

nampak sangat bias.. :P
there's only one team in London, n that is Chelsea :DD

Amjat said...

terima kasih atas komen..

sy cuba juga utk tidak berlaku bias pada mana2 team tapi inilah hakikat yg terpaksa kite telan...

Sy juga tak membenci Chelsea.Saya hanya tak menyukai Manchester United

talkIZcheap! said...

salam, first time komen w/pon selalu baca sokernet, haha...

yup, bias... tp kalo xleh trima kritikan, xkan membantu penulisan kan??

First, sbb entry ni ckp pasal Tips kpd Beginner EPL, tp cam lbh kepada tips utk korg support Arsenal, dan bkn 3 yg lain...

byk yg bleh dikomplen dari segi fakta yg diberikan, sama ada dari sudut bola sepak, psikologi mau pon sosio budaya (ya, seriously!)

nampak sgt anda meminati Arsenal, namun itu bkn persoalannya, ya, saya dedahkan saya meminati Man Utd, sejak dari zaman Giggs blom bercukur lg (tp seigat aku giggs tu selalu penuh bulu jer, kuang3...)

Adekah saya buta sejarah? ia subjek kegemaran saya di bangku sekolah, tp saya bdk sains, so, phm2 lar, xder tempat dlm otak nk ingat sejarah detail2 yg xmelibatkan sains,huhu...

so, saya ungkitkan beberapa perkara shj, Ya, Arsenal kelab kuat, dan xdinafikan jgk team2 lain (w/pon Liverpool x 'up' to their status lately...), tp SAF jg penah mmbwk player2 sehingga menjadi pemain dunia kelas satu, ambik team treble '99 sbg contoh! CRon hny bdk ingusan yg xdikenali dunia dan org hny kenal die pas masuk Man Utd sbb nama die ada 'Ronaldo' kt blakang, tp skrg, dh bleh Ballon D'Or sekurang2 nya...

Man Utd main kasar? maka amat lembut sekali permainan abg Viera itu yer? di mana pada zaman bliau mengemudi Gunners, bkn setakat mng liga, bahkan dpt gelaran the 'Invicible' lagi...

last sekali sbb xmau kasik pjg2 sgt, seni ni definisi dia luas... ade org ckp Picasso tu cuma conteng2 jer, camtu pon org iktiraf seni ker?? adik aku conteng pakai water color pon sama jer ngn lukisan Picasso, tp tu lar, seni ni luas sekali definisi die.. sesetengah org akan beranggapan permainan fizikal Chesea sbg satu seni, permainan passing mudah Man Utd sbg satu seni, dan pelbagai lg pendapat org berlainan, so nk kata Arsenal jer bermain dgn seni, bergantung lah kpd seni apa yg dibincangkan,...

kerana seni dlm bola sepak yg paling penting ialah menjaringkan gol, dan sape byk score, die menang!(mudah bukan, huhu...)

setakat tu ler dulu, kang bleh buat entry lain plak semata2 nk komen satu entry nie jer, haha

btw, palyer2 Man Utd yg anda senaraikan sbg kaki angin tu, bkn smua yg betul2 kluaran Man utd academy...

'you win nothing with kids, but we do!' -Arsene patut mencontohi SAF dlm area nie...
-peace-

Amjat said...

Terima kasih atas komen anda yg sungguh pjg...

Dari pemerhatian, nampaknya saudara bukanlah baru meminati MU. Yang ini saya puji di mana hanya fans2 yg baru setahun jagung saja suke menyalak dan provok itu ini..Takpelah,itu kita tinggalkan..

Jika dibuat perbandingan antara 2 pengurus yakni Wenger dan Alex, tak byk perbezaan. Alex juga ada membawa player2 yg x dikenali cthnya Djemba Djemba, Bellion dan seterusnya gagal menyinar bersama MU. Sesetengah drpdnye memang terlalu berjaya sebagaimana yg sy igt ketika itu, Alex membeli Ronaldo.Ketika itu,takde sapa yg tau budak dari Lisbon ni..Suratkhabar pula jaja new Ronaldo..Dan Sir Alex kebelakangan ini kerap membeli player yg sudah ada nama dan player muda yg dibelinya belum cukup menyinar sekarang.

Wenger pula,dengan polisinya yg sudah berubah sejak pemergian beberapa pemain bintang berpaksikan pula kpd pemain2 muda dan tak ternama.Sy hairan apabila satu persatu nama besar meninggalkan Arsenal sehingga anggota terakhir Invicible,Toure pun dijual Wenger.Kesimpulan sy, Wenger memang mahu membangunkan potensi pemain muda yg mana pelaburannya kecil shj.Tak sperti Spurs dan City musim lalu yg perbelanjaannya berganda drp Arsenal tp still finish di bwh Arsenal.Saya percaya mmg sukar dgn pelaburan dan kewangan terhad,susah utk mana2 manager lain buat spt mana Wenger buat.Mungkin pulangannya dpt dilihat musim ni sbb nmpak cerah,itu sy xtau..

Ye,sy tak nafikan Arsenal di bwh Viera juga mmg kasar dan keras.Masih sy igt lagi bagaimana Martin Keown memprovok Nistelrooy apabila beliau gagal memasukkan penalti sehingga sy rasa kesian pada Nistelrooy masa tu.Tapi jika dilihat masa kini,corak keras Utd masih ada.Arsenal sekarang tiada lagi pemain2 keras seperti Viera.Itu yg sy rindukan kadang2..

Mmg seni Picasso itu nampak spt lukisan adik kita tapi semua org sekelilingnya sudah mengiktiraf seni yg dia buat.Kalau tidak,mustahil utk kita mengenali siapa Picasso sekarang..Kata orang, hanya org seni saja yg paham seni. Mungkin juga dalam bolasepak kita boleh kata begitu. Hanya org MU saja yg paham seni MU dan org Arsenal saja paham seni Arsenal.Tu cthla..Terpulang pd masing2 punya pendapat.Seperti saudara Izzat katakan, seni itu luas.Saudara juga katakan yg seni dalam bolasepak adalah menjaringkan gol.Sy rasa pada satu tahap,itu kita tidak boleh kategorikan sebagai seni kerana menjaringkan gol adalah menjadi matlamat dlm bolasepak.Seni hanya sampingan dalam permainan bolasepak.Mungkin org kata bermain cantik dan cara bagaimana gol itu dijaringkan sebagai suatu seni. Tapi saudara yg kata definisi seni itu luas,maka terpulanglah kpd diri masing2 bagaimana pentafsiran seni itu bagaimana.Sy pun bukannya arif sgt.

Lastly, sy terkhilaf mengatakan Manchester Utd menghasilkan player2 kepala angin.Bukan dihasilkan tp player2 tu smua direkodkan begitu semasa di MU..

Ya,mungkin ada sesetengah perkara Arsene Wenger patut contohi SAF.Bukan semua sy rasa...

Apapun,sekali lg sy berterima kasih atas komen saudara Izzat krn prihatin dgn entri sy nih.Sy terima segala pandangan saudara..