Thursday, November 26, 2009

Amaran Keras

Pagi aku hari ni dikejutkan oleh ayahku. Ayah memberitahu bahawa ada sepucuk surat dari universiti. Ayah bertanyakan samada aku ada apa-apa masalah di universiti. Aku yang mamai cuba berfikir kembali ingatan aku sepanjang di universiti. Dalam fikiran yang serba mamai itu, aku cuma menjawab "entah".

Perlahan aku membuka sampul surat. Aku melihat tajuknya bertulis 'Amaran Keras'. Haih. Macam bunyi nak menonton filem above 18 je. Macam amaran kat kotak rokok pun ada. Amaran kat tempat menjual minuman alkohol pun ada gak. Aku cuba berfikir tanpa membaca terlebih dahulu kandungan surat tersebut. Aku cuba buat checklist. Aku takde buat 3gp lucah yang berlambak kat internet tu. Aku takde posing ala model untuk cover majalah pun. Kena tangkap kes khalwat lagilah takde. Jadi artis pastu keluar gambar bercium mulut dengan muhrim lain jauh sekali.

Setelah aku agak yakin aku punya checklist nih, aku pun segera membaca bahagian lain surat tersebut. LOL. Aku dikenakan amaran keras kerana memakai selipar/sandal dalam pejabat je rupanya. Aku ingat amaran keras apalah tadi. Aku pun ingat amaran keras untuk checklist yang aku buat atas tadi. Rupanya sebab pakai selipar je. Aku baru teringat yang masa kejadian tu aku nak uruskan hal Latihan Industri kat pejabat fakulti. Alih-alih kena panggil lak sebab tak pakai seluar. Eh silap. Tak pakai kasut. Siap kena rampas kad matrik lagi. Masa nak amik balik kad matrik tu ingat macam takde pape je sebab dorang pun main bagi gitu je. Tengok-tengok sampai surat kat rumah pagi tadi. Tak pasal-pasal kena lecture ngan ayah aku.

Tapi seingat aku, masa aku kantoi kat pejabat arituh, ada gak sorang brader senior ni pakai selipar. Maklumlah, hari tu hari jumaat kan. Baru lepas semayang. Takkanlah nak bantai pakai kasut gak kan. Yang bikin aku panas, brader ni tak kantoi lak dengan kerani-kerani pejabat tuh. Maybe sebab dia dah kenal lama ngan kerani kat situ. Aku pun tengok macam mesra lagi. Hai best betullah dapat amal kronisme dalam menegakkan undang-undang kan? Ye, aku sedar yang aku memang salah sebab langgar peraturan tapi kenapa ada yang terlepas dalam dikenakan hukuman? Bias gila kalau camtuh. Lagipun, peraturan ni memang mengarut. Aku tengok perempuan yang masuk pejabat hari tu, kalau dia tonggeng memang nampak bontot. Seluar ketat takyah citerla. Tudung lagilah takde. Kenapa tak buat peraturan halang pemakaian macam tuh?

Dalam dunia yang serba serbi mencabar ni, memakai pakaian ketat lebih nampak indah dari hanya memakai selipar. Tahniah atas peraturan 'rimba' ni. Tahniah.

Tuesday, November 24, 2009

Apa Cerita Sebenar Bolasepak Perak?

Seperti yang umum sedia maklum, bolasepak Perak di ambang kemelut dalaman yang tak berkesudahan. Kalau anda anak jati Perak atau tiada kaitan dengan bola Perak tapi nak tau, klik ajelah sini.

Ni kalau sampai kat Fifa, dah lama Malaysia kena ban....

Thursday, November 12, 2009

Iklan Promosi


Semalam aku angkat PES 2010 yang selama ni aku asyik main kat rumah sewa, member punya plak tuh. Baru rasa feel sikit bila main sendiri beli punya. Lepas je install patch dia apa semua, terus layan sampai kul 4.30 pagi. Gila ke apa..

Memang cun ar grafik dia tambah pulak Arsenal dengan jersi biru away dia tuh.Perghh....Aku hairan gak bila orang kata Fifa yang EA Sports tu lagi best. Tang mana yang best tu, aku taktaula. Gameplay merapu, motion tak real dan macam-macam lagi yang buat ko main tak puas. So, kepada sesiapa yang masih setia pada Fifa keluaran EA Sports tuh beralih la kepada Konami punya PES. Haha..Ni bukan promote tapi menghasut.

Tuesday, November 10, 2009

Tips Kepada Beginner EPL

Aku melihat sekarang musim gilakan bolasepak terutamanya English Premier League yang berpangkalan di England pastinya. Maklumlah, bapak baru pasang Astro. Takpun mesti baru masuk universiti atau kolej swasta.

Jadi, aku lihat ini adalah sesuatu yang parah jika mereka yang masih hijau dan buta lagi ingin mengenal EPL. Aku kata parah kerana mereka mungkin akan menyokong kelab yang popular dan hanya menang trofi saban tahun tanpa tahu apa yang mereka sokong. Peratusan untuk mereka terpengaruh dengan member juga tinggi sekarang.

Oleh itu, aku mengambil inisiatif bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan EPL sebab bapak kau baru pasang Astro dan ambil pakej sukan(bukannya EPL takde kat TV3 dulu) . Takpun kau main follow member kau tengok bola dan ikut join sokong team yang member kau sokong. Dalam bolasepak terutamanya EPL, korang jangan jadi main sokong membabi buta walau kau buta bolasepak sekalipun. Jangan jadi bodoh kerana mengikut orang. Ok,mari kita mulakan...


1. Manchester United



Kelab yang diuruskan oleh Sir Alex Ferguson ni dah menang liga 18 kali dan menang Champions League pun beberapa kali. Menjadikan Setan Merah sebagai maskot mereka yang mana sah-sah jersi kelab ni kau tak boleh bawak sembahyang. Walaupun mereka ni rajin menang trofi tapi ketahuilah bahawa nasib banyak menyumbang kepada kejayaan mereka especially 2 musim terakhir ni. Contoh terdekat ketika bertemu Man. City yang mana masa kecederaan sampai 7 minit dan juga gol sendiri las t minit Sunderland.

Oh ya, mereka juga adalah pasukan kesayangan ramai orang dan pengadil serta media England kerana banyak player England yang menyinar di bawah Alex Ferguson yang mana juga suka mengunyah chewing gum dan membuangnya merata-rata. Alex juga gemar membantah dan komplen pengadil dan paling baru adalah semasa menentang Chelsea hari tu. Johny Evans menendang Drogba taknak pula dikompelinnya. Untuk pengetahuan anda yang baru meminati EPL juga, Manchester United juga adalah kelab yang paling ramai menghasilkan pemain-pemain kepala angin yakni pemain yang kerjanya asyik nak bertumbuk je. Eric Cantona(kungfu kick), Roy Keane, Alan Smith, Paul Scholes, Rooney, Ferdinand, Vidic, Gary Neville dan ramai lagi(sekadar menyebut beberapa nama). Terbaru, Fletcher juga termasuk dalam senarai. Kebanyakan pemain yang dihasilkan dari kelab Manchester United akan mempunyai rasa ego dan riak. Sebab apa, itu memang sukar dipastikan . Seorang player yang boleh dipuji hanyalah Ryan Giggs yang dari dulu tak pernah menimbulkan masalah dan tak banyak cakap.

Mengenai cara permainan pula, Manchester United adakalanya boleh bermain dengan menarik(bukan cantik ya!) dan adakalanya membosankan. Jika mereka tertekan, mereka akan bermain laju dan menarik. Contohnya ketika bertemu Man. City. Demi untuk membuktikan mereka adalah lebih baik daripada City, mereka bermain bersungguh-sungguh. Cara permainan mereka boleh diibaratkan seperti Chelsea cuma dalam versi yang lebih laju. Mereka hanya bermain bolasepak mudah dan berpaksikan kepada hantaran kemas. Adakalanya, permainan mereka ibarat telah diatur dengan satu mekanisme. Tapi, mereka mempunyai semangat melawan yang tinggi terutamanya apabila ketinggalan.

Mengenai penyokong Manchester United pula, tidak menghairankan jika ramai penonton Malaysia yang meminati pasukan ini. Terutamanya kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak meminati bolasepak luar. Dengan kunjungan ke Asia yang agak kerap dan konsisten memenangi trofi, mereka menjadi pilihan kaki bola. Bagi kaum perempuan juga, mereka menyokong hanya kerana ada Beckham ataupun Ronaldo. Pastinya, mereka yang menyokong pasukan ini mahukan pasukan yang sentiasa memenangi trofi agar tidak dipandang rendah oleh orang-orang lain walaupun mereka tak pernah ambil kisah macamana cara mereka bermain. Hanya trofi saja mereka mahukan. Mereka hanya tahu berbangga dengan koleksi trofi yang mereka ada. Jika ditanya siapa Luke Chadwick, konfem mereka yang setahun jagung minat bola ni tak kenal siapa.


2. Chelsea



Kelab yang mula popular setelah Roman Abramovich menjadi pemiliknya. Rekod Chelsea tidaklah begitu memberangsangkan jika dibanding dengan kelab lain. Sheffield Wednesday dan Nottingham Forest mempunyai rekod yang lebih baik daripada Chelsea cuma sayang tiada siapa mahu membeli dua kelab ini yang hebat di waktu silam. Populariti Chelsea juga menjadi semakin kuat terutamanya di Malaysia apabila Mourinho menjadi manager mereka dan Abramovich mula membawa masuk pemain-pemain berstatus bintang. Chelsea ketika itu dilihat sebagai alternatif kepada Manchester United apabila mereka yang mula menyokong Chelsea waktu itu tidak mahu menyokong MU. Mungkin mereka sendiri tidak kenal siapa itu Gianfranco Zola atau Marcel Desailly. Yang mereka kenal Terry dan Drogba. Penyokong mereka juga boleh dikatakan budak baru nak up.

Corak permainan Chelsea juga tidak begitu menghiburkan kerana taktikal mereka hampir sama seperti MU cuma Chelsea lebih perlahan. Maklumlah, orang-orang tua. Tapi yang peliknya tak ramai pula orang tua sokong Chelsea. Mereka juga bermain bolasepak mudah. Hantar ke sini, hantar ke sana. Dan jaringkan gol. Itu saja teorinya. Yang patut dipuji tentang pasukan ini adalah daya tahan fizikal dan fitnessnya. Mereka mampu bertahan 90 minit dengan kelibat Essien sentiasa menjadi aspek ketahanan paling penting. Kepada mereka yang mencari alternatif selain MU tapi mahukan trofi sebagai ganjaran, boleh pilih Chelsea. Jangan jadi lalang sudah.


3. Arsenal



Kelab yang sentiasa bersaing dengan Manchester United dalam liga. Oppss..bukan baru-baru ni tapi beberapa tahun dulu. Ketika Wenger datang ke Arsenal pada tahun 1996, mereka terus menjadi pencabar serius kejuaraan bersama MU. Mereka suatu ketika dulu pasukan yang sering mencipta rivalry dengan MU. Roy Keane memang pantang kalau jumpa Patrick Viera masa ini dan terowong stadium adalah tempat kegemaran mereka berbalah. Tapi, sejak Arsene Wenger membangunkan projek skuad mudanya 5 tahun kebelakangan ini, no 3 dan 4 saja yang menjadi destinasi pasukan Utara London ni. Bukannya beliau tidak mampu membeli player berstatus bintang cuma beliau lebih suka menggilap pemain. Henry adalah nobody sewaktu di Juventus. Masuk Arsenal terus jadi bintang dunia. Viera juga begitu dan banyak lagi yang lain tak perlu disebutkan. Jadi, kebolehan Wenger menggilap pemain tidak boleh dipersoalkan. Jika dilihat prestasi skuad sekarang, semakin mula menampakkan hasilnya biarpun media British sering menganak tirikan Arsenal yang dilihat tidak banyak player kelahiran England di dalamnya.

Arsene Wenger juga sentiasa disegani kebanyakan orang berbanding Alex Ferguson yang saban minggu asyik kompelin itu ini. Orang ramai melihat Wenger lebih bersikap low profile daripada beliau. Bercerita tentang permainan mereka pula, tidak keterlaluan jika mengatakan mereka ibarat seni dalam bolasepak. Corak mereka berbeza berbanding kedua pasukan di atas. Mereka bermain bolasepak mudah tapi cantik. Counter attack dan possession mereka dalam game adalah sesuatu yang menakutkan. Mereka juga boleh bermain hantaran pendek di luar kotak penalti sambil menanti lawan membuka ruang. Mungkin atas faktor menanti lawan membuka ruang ini menterjemahkan kegagalan skuad Arsenal menjaringkan gol. Prestasi mereka yang tidak konsisten juga menjadi faktor kegagalan mereka yang mana ketidak konsisten ini terlahir daripada senarai kecederaan pemain-pemain mereka musim lepas.

Penyokong Arsenal juga tidak ramai di Malaysia walaupun mereka pernah dititik oleh skuad yang diketuai arwah Mokhtar Dahari dulu. Aku percaya yang faktor kegagalan memenangi trofi dalam 5 tahun kebelakangan ini merencatkan penambahan peminat untuk menyokong Arsenal. Ya, dalam 5 tahun inilah giatnya promosi Liga Perdana Inggeris dan dalam 5 tahun inilah bercambahnya orang melanggan Astro. Lalu, orang tidak peduli dengan Arsenal walau mereka bermain bolasepak seindah lukisan Picasso dan Da Vinci. Mereka lebih dahagakan trofi walhal bukan mereka dapat sama-sama merasa. Mereka tidak kisah menonton game bosan Chelsea asalkan nanti di penghujung musim mereka mempunyai sekurang-kurang satu trofi. Memang amat malang kepada team bernama Arsenal ini yang saban minggu memperaga persembahan cantik yang adakalanya menang, adakalanya kalah tapi tiada ganjaran untuk mereka di penghujungnya. Dan tidak hairanlah, mereka yang menyokong Arsenal adalah mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang bolasepak kerana mereka tidak menyokong kerana trofi. Mereka menyokong kerana tehibur dengan corak Arsene dari dulu lagi. Kalau lu orang nak tengok otai-otai bolasepak, mungkin boleh tengok fans Arsenal.


4. Liverpool



Satu lagi team otai dalam EPL. Sejarah lama Liverpool begitu kuat dan hebat. Cuma beberapa tahun kebelakangan ni sentiasa gagal memenangi trofi liga. Di Eropah, team ni begitu hebat dengan rekod memenangi Champions League saja sudah 5 kali. Tidak hairanlah jika penyokong-penyokong mereka kebanyakannya orang-orang yang sudah berumur. Mungkin inspirasi Ian Rush masih bersama mereka. Liverpool juga tidak begitu cemerlang kebelakangan ini di dalam liga Inggeris. Mereka asyik bersaing dengan Arsenal untuk tempat ke 3.

Corak permainan mereka juga pantas dan bermain dalam high tempo. Mereka juga mempunyai shooter jarak jauh paling ramai dalam EPL. Antaranya, Gerrard, Alonso(sekarang di Real), Insua, Aurelio, Babel dan ada lagi kot. Namun, musim ni Liverpool agak goyah apabila cuma menang 1 dalam 9 games(jika tidak silap). Berlaku krisis kepimpinan di Liverpool apabila pemilik mereka mula mahu menentukan hala tuju kelab sebagaimana Abramovich di Chelsea. Kalau pandai pasal bola takpe, ini bengap. Benitez pulak di ambang pintu keluar jika Liverpool terus-terusan bernasib malang.


Itulah sedikit sebanyak gambaran mengenai 4 pasukan besar di EPL. Terpulanglah kepada anda mahu pilih yang mana. Tips ni bukan mahu mempengaruhi anda semua tapi hanya sebagai gambaran dan nasihat. Keputusan di tangan anda. Cuma nasihat aku, jangan main follow je member korang minat pasukan tu. Korang tentukan sendiri. Nasihat aku lagi(macam bagus je nak bagi nasihat kan?), nilailah dulu setiap team yang korang nak kalau mahu juga mempunyai team kegemaran di EPL. Jangan jadik lalang. Tetapkan pendirian anda dan pekakkan telinga mana-mana yang kutuk ko bila ko pilih sesuatu team yang bertentangan dengan kehendak pasaran. Nak amik Aston Villa pun boleh bai...Jangan jadi macam member aku penyokong MU yang dok galak kutuk orang walhal baru setahun jagung je minat bola. Isk..khurafat betul...

Sunday, November 8, 2009

Bola Itu Sfera

Apa yang Kelantan main tadi?