Thursday, July 16, 2009

Pahit Hidup

Sejak aku kembali mendaftar sebagai pelajar semester ke 5 di universiti, pelbagai cerita pahit menerjah masuk ruang hidup aku.

1. Abang kepada rakanku meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Motor yang terlibat dalam kemalangan itu sebenarnya milik rakanku. Sekarang ni, dia nak jual dah.

2. Bukak je sem baru, dengar member sakit nak dekat sebulan. Pegilah ziarah dia kat Klang. Sembang-sembang, dia rupanya terlanggar 'benda'. 'Benda' tu yang masuk dalam badan buat badan lemah. Kesian gak. Sekarang dia dah duduk balik kat rumah sewa ni dan pergi kelas dah. Tapi memang aku nampak dia masih lemah lagi. Katanya, 'benda' tu tak keluar lagi.

3. Rumah sewa aku kena rompak masa cuti sem. Yang tinggal kat rumah masa tu ada 3 orang kawan aku je. Ketiga-tiga hilang duit. Dekat beratus jugaklah. Bukan sekali dua. Dekat 2,3 kali jugaklah. Sayangnya, bukan manusia yang buat. 'Benda' lain buat. Siap bertuan lagi. Dengar cerita orang Indonesia. Bomoh mana entah yang bagitau ni kat kawan aku. Peliknya, duit je hilang. Komputer dengan laptop 'dia' tak minat nak curi pulak. Bukan IT punya spesis la ni. Lagi satu peliknya, kejadian ni hanya berlaku pada Rabu malam Khamis. Agaknya syarat dorang kot.

Akibat dah banyak kali sangat kejadian ni berlaku masa cuti arituh, member aku buat teori mudah. Simpan duit dalam bekas bertutup. Confirm dia tak ambil. Yelah, duit rumah ada beratus dalam tin biskut tak pulak 'dia' kebas. Agaknya 'dia' tak boleh buka benda bertutup kot. Nak lagi best, 'benda' ni boleh buat tilam member aku kat tingkat atas boleh turun kat tingkat bawah siap landing kat ruang tamu lagi.

4. Ayah kepada rakan baikku meninggal dunia hari Selasa lepas. Aku agak lama tak contact dia ni sebab habis degree sekerat jalan tahun lepas, dia balik kampung. Kerja untuk menyara diri dan keluarga. Sayang gak bila dapat tau dia tak dapat sambung pengajian walhal dialah antara bestfren aku. Ok, setelah agak lama aku tak contact dia, tiba-tiba aku teringat akan dia sehari sebelum ayah dia meninggal. Aku mesej dia, " Kau buat apa sekarang?". Dia jawab, " Aku jaga ayah aku tengah sakit kat hospital ni." Dengan ajal maut di tanganNya, keesokannya dapat mesej dari dia yang ayah dia meninggal pagi tu. Betapa dekatnya kita dengan kematian bukan?

Lagi satu kejadian yang hampir serupa adalah semasa aku duduk sekolah asrama. Aku bersembang dengan member aku macam-macam malam tu. Termasuk pulak dalam sembang tu pasal ayah dia. Dia risaukan keadaan kesihatan ayah dia yang tak seberapa. Esoknya, aku bangun pagi, dapat tau cerita dari member satu dorm yang member aku tu dah bertolak ke kampung sebab ayah dia meninggal. Betapa terkejutnya aku sebab malam sebelum tu, aku berborak panjang mengenai ayah dia.

Aku rasa setiap apa yang berlaku di sekeliling aku sekarang sebagai menandakan satu isyarat untuk aku samada sedar atau tidak. Aku harus bersedia dengan kehidupan aku yang bakal aku tempuhi ini dalam jarak hanya sejauh satu hari mungkin. Siapa tahu, esok-esok giliran kita. Tapi aku hanya berdoa agar aku dan ahli keluarga aku dipanjangkan umur dan dilimpahi rahmatNya.


Apabila datang detik itu, kita sudah tidak mampu untuk mengelak.

Sunday, July 5, 2009

Jika Aku Ber'uang'

Sebenarnya ialah berduit maksud di atas.

Jika aku berduit dalam kuantiti yang banyak, akan aku kembara ke segenap alam untuk mencari rahsia alam yang tak pernah aku teroka. Masih banyak kejadian-kejadian ciptaan Allah yang belum aku lihat dengan mata aku sendiri. Terlalu hebat dan indahnya ciptaan-ciptaan Maha Pencipta.

Kelak apabila masa itu datang, akan ku kotakan segala janjiku. Persoalan bila biarlah menjadi ketentuan Tuhan. Insyaallah rezeki itu pasti datang.

Aku hanya ingin menerokai alam kejadian Allah yang sungguh hebat.

Mati Itu Pasti

Hebohlah sekalian alam apabila Raja Pop Michael aka Mikael Jackson kembali kepadaNya pada 25 Jun lalu. Sehingga artikel ini ditulis, beliau masih belum dikebumikan lagi. Berita mengatakan mungkin dikebumikan Selasa ni iaitu 7 Julai 2009.

Kematian beliau adalah satu petunjuk kepada Islam dan yang Bukan Islam bahawa mati itu sesuatu yang pasti. Tak siapa boleh mendabik dada di atas dunia ini. Mungkin ramai yang tidak tahu hatta orang Islam yang Fathi Yakan juga telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Jun jika tak silap aku. Kalau silap tolong betulkan. Fathi Yakan adalah penulis buku " Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Aku ada buku ni. Melihatkan dari tulisan-tulisan beliau, betapa aku menyanjunginya sebagai pejuang Islam sejati.

Tapi orang lebih memandang kematian Raja Pop itu. Auranya lebih dirasai mungkin. Satu dunia kenal beliau. Aku juga membesar dengan muzik-muziknya. Aku teringat ada satu adegan dalam klip video Black 0r White, yang mana api memercik dari atas bangunan mengenai tubuhnya. Aku menyangkakan itulah caranya dia memutihkan dirinya. Betapa lucunya aku teringat balik pemikiran aku masa lampau.

Aku mendoakan kedua-dua tokoh ini supaya dilindungiNya. Moga dengan pemergian Jackson juga mungkin menghamparkan cahaya petunjuk kepada bukan Islam yang pernah meminatinya untuk sama-sama bernaung bawah payung Islam. Kepada yang Islam, marilah kita bersama menggerakkan seruan Islam tanpa ada rasa jatuh-menjatuhkan sesama kita. Insyaallah.

Saturday, July 4, 2009

PlayStation


Zaman aku membesar, banyak benda karut marut datang menerjah Malaysia. Terutamanya permainan video. Aku mula ada permainan video masa aku darjah berapa ntah. 3 kot. Masa tu tape dia orang panggil katrij. Masa tu game katrij memang mahal macam celaka. Ada ke 1 katrij harganya sampai RM60-RM70. Nasib baik kalau dalam 1 katrij tu ada banyak game. 10 in 1 ke. 5 in 1 ke. Kadang-kadang ada sampai beratus game dalam satu katrij. Tapi harga dia punya mencanak sampai beratus gakla. Time tu kalau ada permainan video ni memang aristokrat la. Masa tu Playstation mana ada lagi. Depa belum cipta. Yang paling kuat pun ada Nintendo. Pastu ada gak Atari yang aku pun tak tahu sangat. Agaknya pakai katrij juga kot.

Macam nilah lebih kurang videogame pertama aku. Siap ada pistol lagi beb.



Ni contoh game katrij. Yang ni 128 in 1. Banyak seh. Harga masa tu jangan cakapla.



Lepas tu, jeng jeng jeng. Muncullah Playstation menyinari bumi Malaysia. Gile kerek ayat. Aku tak ingat Playstation masuk Malaysia tahun berapa tapi aku dalam sekolah rendah la. Maknanya dalam tahun 1993-1999 la kot. Maybe 95 kot. Tak kisahla. Tapi nak mempunyai Playstation ni adalah satu perjuangan yang panjang bagi aku. Jika budak-budak golongan aristokrat boleh berbangga memiliki Playstation setelah memiliki Nintendo yang harganya riban-riban tu, aku pula menanti lama hanya untuk memilikinya sebuah. Tak silap aku masa Playstation 2 dah ura-ura nak keluar baru aku dapat beli Playstation.

Tapi masa tu, bukan je ada PS. Masa tu ada gak GameBoy dengan DreamCast. Tapi Playstation la barang hot masa tu. Ok, masa Playstation start keluar semua budak macam cacat gila kalau tak dapat main PS kat kedai game. Dulu mana ada Cyber Cafe ape semua. Yang ada hanyalah kedai game yang guna pelantar PS sebagai marketing dorang. Budak-budak sekolah la target market dorang. Kebanyakan yang bukak kedai game PS ni kebanyakannya golongan Cina la.

Apa?Ko tak paham? Adui, samala konsepnya dengan CC sekarang ni. Main 1 jam kena RM3 masa tu. Pilih je mana-mana game. Harga sama. Budak-budak sekolah termasuk aku habis duit kat kedai Cina ni je. Mau tak kaya dorang kan? Aku dengan abang aku sanggup pulak tuh berkayuh ke kedai depan yang jaraknya dalam 3 kilometer. Ala, kat Taman Minang,Cheras la susah sangat. Selalunya lepas sekolah petang pegila main kejap. Biasanya sabtu ngan ahad la. Siap pergi ngan member-member jiran lagi. Bawakla dalam RM10. Hujung minggu memang penuh kedai-kedai game PS ni. Pastu siap kena tunggu giliran lagi. Bila time dapat giliran punyalah seronok bukan kepalang. Masa tu famous ngan game bola fifa, wrestling dengan GranTurismo. Kalau tak main game-game ni semua boleh amuk satu pekan jadinya. Haha.

Ada jugak budak layan main game RPG macam Final Fantasy. Dey tambi, ini kedai game la! Lu orang mau save-save pegi angkat satu PS la ! Ada ke dorang main stail yang kena save kalau nak sambung lagi. Bajet esok datang lagi nak main balik. Tengok-tengok aku dah pedajal delete semua game dorang. Lantaklah, bukan orang tahu pun. Ada ke patut main game RPG camni kat kedai game. Pastu ada yang tak puas hati sanggup beli memory card PS sendiri pastu layan game dia. Bapaklah dorang ni. Macam sangap gila plak. Nasib baik kadang-kadang tokey kedai tak kasi bawak memory card sendiri. Tapi ada gak member aku yang perangai sial sikit, dia pergi rembat cd game PS. Yela, korang tau tak yang kalau korang bukak cover PS tu sambil game tengah running, imej kat skrin still ada lagi. So, dengan rasa tak bersalah terus blah sambil rembat game PS. Bengong gak member aku ni. Dia pergi rembat cd tu nak main kat mana? Taktaula aku kalau dia ada kawan dengan anak aristokrat lain pulak.

Memandangkan gejala bermain game di kedai cina dah sampai ke tahap kronik sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan, mak ayah aku mencadangkan aku dengan abang aku supaya membeli sendiri Playstation. Yak adoi! Ibarat satu tompokan tahi jatuh ke muka kami. Harga Playstation masa tu bayangkanlah berapa ribu bhai. Kalau beli seekor lembu pun lepas masa tu. Duit simpanan dalam bank campur berdua pun memang tak cukup. Jadi,hasrat ni pun tertangguh seketika. Maka, gejala menghabiskan duit tetap berlaku di kedai-kedai game. Tak best kedai ni, pergi try kedai baru. Masa tu, kedai game berorientasikan PS tumbuh macam cendawan. Cuma takleh makan je.

Setelah bertahun-tahun gejala ni terjadi, akibat satu persitiwa aku dapat juga memiliki Playstation. Mungkin selepas 3 tahun PS diperkenalkan kot. Peristiwa yang aku maksudkan ialah peristiwa abang aku main basikal jatuh patah tangan. Ada ke bawak laju turun bukit dekat lorong belakang rumah tu. Masa tu banyak timbunan simen yang dah kering. Meninggi je simen-simen kering tu. Bukk. Tercampak dia dalam longkang.

Tangan patah + duk umah bosan = dapat PS.

Senang je teori atas ni kan? Tapi tulah dia. Abang aku dengan aku bergabung duit la beli. Sambil-sambil tu mak ayah aku support. Yang sedihnya, kitorang pegi keluar duit tabung haji tu semata-mata nak beli PS. Memang hedonistik betul la. Habis simpanan untuk haji aku. Huhu.

Then, masa kitorang beli tu memang jadi hero kampung la. Mau taknya, dalam taman aku tu agaknya aku sorang je yang ada PS masa tu. Memang jadi kebanggaan taman la. Semua budak nak lepak main. Ah, jangan haraplah. Aku nak main sorang-sorang.

Kini, Playstation aku dah disimpan kembali dalam kotak sebagaimana asalnya. Aku dah tak guna. Aku nak tolak je kat orang tapi ayah aku tak bagi. Ada sentimental value katanya. Agaknyala kot.


PS2 yang hanya menanti untuk diframekan di rumah.


Dan dalam tahun 2007 aku pun beli PS2 dengan saki baki duit Tabung Haji aku. Habis semuanya. Hmm. Aku beli tu bukan apa. Sebab PC yang aku selalu dok main game tu pakcik aku dah angkut balik rumah dia. Dia baru kahwin masa tu. So, dia nak la balik barang dia. Aku pun dengan hati yang lara ni pegi bantai beli PS2. Geram nak main game sebenarnya. Dan, sekarang aku nampak peluang untuk PS2 aku memasuki kotak dia balik adalah cerah. PS2 tu jugak dah berhabuk dan berdebu. Entahlah...

Dunia ada turun naiknya kerana dunia ibarat roda.

Friday, July 3, 2009

Motor Clutch

Aku rasa kisah ni terjadi pada tahun 2007 iaitu sebaik sahaja aku menjejakkan kaki kat rumah sewa buat kali 1st timenya. Sebelum tu, aku nak bagitau yang aku ni memang tak reti sangat bawak motor sebab kat rumah aku takde motor pun. Lesen motor lagilah takde.

Disebabkan perasaan ingin mencuba aku waktu itu(biasalah orang muda kan), aku nak belajar bawak motor supaya aku takde lah rasa macam orang bandar sangat. Aku memang kantoi bawak motor yang ada clutch. Bukan motor clutch jela kantoi tapi motor takde clutch pun memang tersengguk-sengguk aku bawak. Jadi, dengan duduk kat umah sewa nilah membuka peluang untuk aku belajar bawak motor dengan lebih cekap dan berwibawa.

Tapi nak dijadikan cerita, housemate rumah sewa aku tu adalah sorang tu yang ada lesen motor tapi dia memang tak berani nak bawak motor clutch. Takut mati enjin katenye. Atau boleh dikatakan tak reti bawak motor clutch la senang cerita. Aku pun mencabar diri aku. Aku nak celen(challenge) dia yang aku boleh bawak motor lebih baik dari dia. Yelah, dia poyo sikit, so nilah peluang aku untuk buat dia malu. Hahaha. No offense ok. Biasalah, masa muda-muda ni kita terdesak nak tonjolkan kelebihan diri kita kan. Tapi aku belumlah tua sangat.

So, aku dapat belajar bawak motor clutch ni pun curi-curi. Sebab owner motor dia balik kampung, dia serahkan kunci kat member aku. Apalagi, aku dengan selambanya mintak kunci motor member aku yang balik kampung tu dan belajar bawak motor sendiri. Member aku tolong guide la.

Mula-mula memang asyik mati enjin je. Mau taknya, susah gak nak kawal timing pedal clutch dengan lepas minyak. Lagi senang bawak kereta manual. So, dek nak tunjuk terer gak,aku cuba gak sampai berjaya. Aku pun tak ingat dia pakai clutch hidup ke mati. Tapi memang payah sikit nak kawal clutch motor Yamaha SS tu.

Dalam satu malam tu je, aku berjaya bawak motor clutch. Kalau orang lain belajar bawak motor takde clutch atau motor 4 stroke dulu tapi aku terbalik. Aku belajar bawak motor dengan rasminya guna motor clutch. Dan sejak hari tu, aku selalu je mintak pinjam motor member walaupun nak ke kedai depan pun. Sebab memang seronok sebenarnya bawak motor clutch ni. Sama juga dengan kereta manual. Aku lagi suka manual. Orang kata auto senang. Tapi bagi aku, kalau pengecut bawaklah auto. Tapi kalau lelaki sejati kenalah bawak manual kecualilah bagi orang-orang berumur. Tapi kalau korang bawah 30an kata suka bawak kereta auto, baik korang pergi bersunat lagi sekali la. Haha. Betul apa.

Ok, member aku yang ada lesen motor tadi pun rasa tercabar tengok aku dengan selambanya membawa motor clutch dan bukan clutch(ni pun dah reti bawak), dia pun belajar jugak bawak motor clutch. Kalau aku tak eksyen depan dia bawak motor clutch tentu dia tak mau belajar. Ala, aku bukan nak show off dengan dia ke apa, aku cuma nak belajar bawak motor je. Nanti senang la kalau ada apa-apa ke nanti kan even kat rumah aku takde motor.

Tapi aku sampai hari ni aku masih tak ambik lesen motor. Sebabnya, ayah aku mana bagi. Dah berkali aku mintak nak amik lesen tapi tak pernah dibaginya. Dia risaukan anaknya bawak motor sebab bawak motor bahaya. Mungkin sebab itu. Jadi, nak wat camne, terpaksalah aku menjadi penunggang yang tak berlesen tapi bukan kerap pun aku bawak motor ke jalan-jalan besar. Setakat pergi kedai depan rumah je.


Notakaki - Jangan tak percaya, masih ada lelaki sebaya aku yang masih tak reti bawak motor. Takut katanya. Entahlah.

Wednesday, July 1, 2009

Awan Imaginasi

Dari sebuah poket yang lusuh tiada berisi apa-apa, tangan itu menyeluk.

Kosong. Memang.

Hanyalah debu-debu kecil yang ada.

Tapi tangan itu tetap menggenggam.

Menggenggam sebuah imaginasi.

Imaginasi itu dilemparkannya ke langit.

Jauh untuk membentuk sebuah awan impian.

Impian yang kemudiannya digumpalkan menjadi cita-cita.

Langkahannya makin laju.

Kerana dia tahu semakin nampak sinar di hujungnya.