Wednesday, March 30, 2011
Thursday, March 24, 2011
Segmen Tahukah Anda
1. Tahukah anda bahawa menonton video tak senonoh secara beramai-ramai adalah salah dan melanggar akta Video dan apekebenda ntah aku lupe tapi menteri kata tak salah. Jadi, sila pergi borong DVD blue banyak-banyak dari Petaling Street dan tonton di Dataran Merdeka sambil bentang tikar mengkuang.
2. Tahukah anda, Carcosa Seri Negara adalah hak milik Kerajaan Malaysia?
3. Tahukah anda, Zulkifli Nordin perlukan perhatian agar kerjaya politiknya tidak malap?
4. Tahukah anda, saban tahun ada saja pelajar yang gagal SPM cuba untuk bunuh diri? Semalam, cubaan terbaru di KB Mall.
5. Juga tahukah anda, jika keputusan SPM anda bagus, anda boleh dump balak anda sekarang jika result dia tak bagus dan anda cari balak lain di kampus ipta nanti. Hasilnya, bekas balak anda duduk di kebun kelapa sawit milik Felda cuba-cuba hisap ganja pula.
6. Tahukah anda, jika anda jumpa balak baru di kampus sekalipun, belum tentu anda dapat menyelamatkan diri dari diratah oleh lelaki-lelaki gila ini.
7. Tahukah anda, pepatah mengatakan 'politik itu kotor' adalah benar kini?
Saturday, March 19, 2011
Komplot Mamak
Saya sudah fed-up dengan restoran-restoran mamak yang mana jika ada game Arsenal clash dengan game MU, mamak akan pilih game MU. Kata dorang, ikut majoriti. Kalau ikut main sedap, dah tentu mamak perlu pilih Arsenal.
Ah mamak ni nak buat perangai UEFA jugak. Suka benci-benci Arsenal.
Sunday, March 13, 2011
Berjangkit
Jack Wilshere
Orang kata bila kita berkawan dengan orang jahat, kita akan jadi jahat. Begitu juga jika kita berkawan dengan orang bodoh, kita akan jadi bodoh. Jadi, gua ade nasihatkan adik Jack Wilshere ni dalam twitter dia supaya dia pindah team lain. Yelah, risau gak gua kalau penyakit bodoh Denilson berjangkit kat dia ni. Rugi wooo....
Sunday, February 27, 2011
They Don't Speak For Us
Tadi masa gua isi minyak, macha tu kata ada kemungkinan harga RON95 akan dinaikkan 10 sen menjadikannya RM2.00. Bila dia naik tu? Lu jangan tanya macha tuh. Lu tanya bini Rosmah. Dia ada jawapannya.
Jika alasan kenaikan harga minyak dunia menjadi punca kenaikan, budak darjah 5 bolehlah lu rembat tipu. Ni orang kerja sektor perbankan, oil dan gas, automotif hatta kerja kilang buat sirap pun tahu yang kebebalan kerajaan menjadi punca kenaikan minyak ni. Kebebalan tu jenis yang mana? itu lu orang cari sendiri lah. Kalau lu bebal, memang macam budak darjah satu punye otak la ada dalam medula oblongata lu. Opp, gua tak hina budak sekolah rendah. Cuma tahap pemikiran tu yang gua samakan.
Ada orang kata baik kita bersatu dan ikut satu parti ni dalam menyatukan Melayu kalau taknak biar Melayu ditindas orang asing. Ikut parti ni kalau taknak tengok Bumiputera dipijak kelak. Tanah dirampas. Semua ni BUSITT! Bak kata Usin dalam Hantu Kak Limah. Ni agenda pihak mereka untuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan cerita itu cerita ini. Melayu takkan maju la, Melayu bakal ditindas la. Apa jadah semua ni. Apa ingat Melayu bengap sangat ke sampai nak disuap itu ini. Ingat mengharap sangat ke pertolongan yang satu ni.
Yang gua pikir sekarang ni, mereka sebenarnya yang memecahkan dan menjatuhkan Melayu. Tengoklah dengan peningkatan harga gula, minyak dan macam-macam lagi. Sementara tu, depa dok seronok dalam istana mewah makan sedap-sedap. Tak payah pikir pasal minyak. Depa makin boroi. Hangpa yang bodoh pi sokong dia nak makin lama makin kurus kering pikir nak bayar macam-macam. Lama-lama mampus awal sebab kurang gula dalam badan.
Come on la guys. Wake up la. Jangan biar kita dijajah oleh bangsa kita sendiri yang sebenarnya tak pernah pun pikir pasal kita. They don't speak for us la.
Wednesday, February 23, 2011
Kuasa Rakyat
Tunisia sudah.
Mesir sudah.
Bahrain hampir.
Arab sedang berevolusi.
Malaysia?
Tunggu apa lagi tuan-tuan...
Mesir sudah.
Bahrain hampir.
Arab sedang berevolusi.
Malaysia?
Tunggu apa lagi tuan-tuan...
Monday, February 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
