Sunday, February 28, 2010

Saturday, February 27, 2010

Sambal Tumis

Itu hari aku pau satu paket cili-cili kering rakan serumah aku untuk buat sambal tumis. Sekian lama asyik makan nasi dengan kicap je, nak gak merasa kuah pedas sikit. Dan itu memang first time la aku buat sambal tumis kosong je. Mana ada ikan bilis nak campak.

Aku bukan pau cili kering je. Habis bawang merah, bawang putih, garam semua aku sapu budak-budak rumah punya. Biasalah. Dah satu rumah kenalah amalkan konsep sharing is caring. Kalau taknak kasi pegi duduk dalam hutan. Jadi dah siap blender cili-cili kering ni semua, aku pun memulakan tugas memasak. Dahlah asam jawa takde. Memang kurang kaw la.

 Bukan sambal tumis gua.


Dah siap apa semua, boleh pulak aku offer kat member lain padahal inilah first time aku masak sambal nih. Lantak koranglah rasa macamana. Yang ajaibnya, kawan-kawan semua cakap sedap dan ada yang tambah lagi. Pergh. Dahlah aku potong bawang tu semua besar-besar, boleh korang cakap sedap ye. Dengan takde air asam jawa lagi.



Nota - Memandangkan aku jarang ada masa nak update blog ni, tak mustahil aku akan beri kepada orang lain untuk tolong updatekan. Mungkin dia akan cerita pasal hidup dia, aku taktau. Segalanya terpulang padanya.

Saturday, February 13, 2010

Latif dan Jamalulail

Latif dan Jamalulail kawan baik. Mereka sama tempat kerja setelah mula berkenalan di tempat mengaji sama. Pergi kerja pun sama sekali naik satu motor. Latif agak ke depan pemikirannya kerana berasal dari pinggir bandar ibukota negara manakala Jamalulail agak lambat dalam segala tindakan kerana latar belakangnya yang berasal dari ceruk kampung.

Ketika mula-mula bekerja sama tempat di bandar besar, Jamalulail yang membonceng Latif telah melalui satu jalan besar yang mempunyai traffic light di simpang empat. Jamalulail mendapati simpang empat berlampu isyarat itu dikawal oleh anggota polis trafik. Maklumlah, pagi-pagi ramai orang pergi kerja.Hari pertama, Jamalulail senyap saja.

Masuk hari kedua, tiba-tiba, laluan mereka berdua ditahan oleh anggota trafik. Ini sekaligus menyebabkan laluan itu akan jadi lama untuk menunggu dapat jalan semula. Jamalulail berbisik, "Ape jadahnye nak guna polis. Traffic light ada, guna jela!". Bisikan Jamalulail itu didengari pemboncengnya, Latif. Latif senyap saja.

Masuk hari ketiga, sedang mereka berdua syok mengikut arus kenderaan, sekali lagi laluan mereka ditahan anggota polis trafik bagi memberi laluan lain yang banyak kereta menunggu. Dan sekali lagi Jamalulail berbisik tapi secara berteriak. 

"Adoiii...Tak paham aku apsal polis ada jaga. Traffic light kan ada!!"

Latif yang terdengar suara separa kuat itu pun diam lagi. Bukannya dia taknak jelaskan. Dia malas kerana masing-masing umur sudah meningkat. Latif rasa soalan serupa Jamalulail itu pernah ditanya pada abahnya dulu. Itupun ketika umurnya baru nak masuk tadika. Hari ini, setelah lebih 20 tahun, dia mendengar soalan itu dari rakan sebayanya. 

Jamalulail terus merungut itu ini tentang kenapa polis trafik nak jaga simpang berlampu isyarat pagi-pagi. Dan, tiba-tiba, Latif rasa macam kembali jadi dungu.

Wednesday, February 3, 2010

Udang


Kepada para penyokong Arsenal, jika dalam minggu ini anda didatangi beberapa penyokong atau rakan anda penyokong Man Utd yang seronok membahan atau menggelakkan anda minggu sudah kini mahu berbaik-baik dan menyokong anda dan Arsenal, sila hati-hati. Jangan terpedaya dengan janji manis dan mulut manis mereka untuk sama-sama menyokong pasukan anda minggu ini kerana sesungguhnya mereka ini mempunyai agenda atau ada udang di sebalik mee. Mereka boleh diibaratkan sebagai talam 2 muka hanya untuk kepentingan mereka saja.

Sekian. Pesanan ini dibawakan oleh Tok Asan Wenger.

Saturday, January 30, 2010

In Between



Memori luka 2004 akan disingkap semula apabila Campbell bertemu Rooney Ahad ni. Fuhh...

Sunday, January 24, 2010

Potong Absorber


Minggu ni kerja aku di tempat praktikal adalah di mesin pressworking atau dipanggil mesin kerja tekan. Mula-mula kerja ni memang nampak susah sampai banyak kali jugak aku silap presswork. Kalau silap presswork, rosaklah produk tu nanti. Oh ya, produk yang aku buat kerja tekan ni adalah washer untuk absorber Kancil.


Kancil Absorber


Satu hari company target dalam 4500 pieces tapi aku setakat ni buat dalam 2500 je paling tinggi. Apa taknya, dalam sehari memang tak sah kalau mesin tu tak buat hal. Worktable boleh larilah. Acuan sangkutlah. Produk terlekat kat acuanlah. Ada satu hari tu aku terbuat kesilapan paling besar apabila aku presswork 2 kali atas raw material tuh. Hasilnya, acuan atau dipanggil die tu rosak dan hilang bentuknya. So, supervisor aku pun macam usha lain macam kat aku. Ada staff lain yang bikin 'die' tu pun macam bengang dengan aku. Ah,nak bengang kenapa. Setiap company akan ambil risiko bila suruh budak-budak praktikal ni buat kerja melainkan kerja yang dibagi tu tahap cikai punya. Nak taknak kenalah repair balik acuan tuh. Lepas tu aku turun pangkat kejap pergi potong kayu.



Produk yang terhasil


Aku punyalah berharap supaya acuan tu dapat dibaiki semula dan tak ambil masa lama sebab banyak lagi bahan mentah aku kena presswork. Ni akan membantutkan produktiviti syarikat seterusnya aku akan menjadi punca apabila company rugi.Every second is money. Akhirnya, 'die' tu dapat juga direpair dan aku pun boleh sambung balik kerja aku. Cuma hari Jumaat tu mesin buat hal lagi. Kali ni mata alat dia patah kat satu tempat mengakibatkan produk tu tak lepas QC. Tensen betul. Dahlah banyak lagi nak kena setel. Supervisor pulak sibuk suruh aku OT. Aku cakap tengoklah tapi aku tak buat. Kalau nak diikutkan aku sebagai pelajar praktikal tak boleh handle bulat-bulat perkara yang melibatkan delivery pada customer ni. Kalau benda ni nak cepat, ada lebih baik diserahkan pada worker yang experienced. Dahlah aku training je, nak kena completekan customer demand pulak. Camne kalau aku tak fulfill?

Entahlah..

Thursday, January 14, 2010

Liga Juara-Juara Lagu

Aku menonton AJL arituh live. Ya, live dari kaca tv. Sepupu aku janji nak bagi tiket ke AJL tapi lost pulak tengah jalan. Nasib baik tak pegi. Hehe.

Papepun, nampak semakin bagus penganjuran kali ini. Bukan main-main. Penggunaan steadycam pun menarik dan menambah lagi gaya penyampaian untuk viewers di rumah. Persembahan pun makin bagus. Cuma macam nampak ada similar sesetengah persembahan. Bunkface dan Kau Aku Aizat menggunakan budak kecik. Tomok dan Faizal menggunakan imej di skrin menggambarkan bayangan orang yang tiada. Kebetulan kot. Apapun, aku tak expect pun Pergi boleh menang. Yelah, mungkin Farid Ridzuan tribute untuk arwahnya Yasmin kot. Overall ok la semua.

Apahal dengan chicky dance Yuna masa nak naik pentas amik hadiah? Konfiden? Rasanya tak elok dia buat macam tu. Kena gak respect peserta lain yang tak menang. Berjoget sakan pulak dia.