Sunday, December 12, 2010

Status Bodoh Di Facebook

Facebook, selain menjana income untuk Mark Zuckerberg adalah medan golongan muda mudi melepaskan tekanan dan tension dengan menulis status yang kadangkala entah apa-apa, menunjukkan amarah, meniup batu api dan menulis kebodohan sendiri. Memang itu adalah hak masing-masing, tapi apabila difikirkan balik, apakah tujuan mereka berfacebook? Kita tanya balik diri sendiri. Apa yang kita nak sampaikan apabila kita 'curse' somebody dalam facebook? Biar semua orang tahu yang kita sedang marah somebody walhal jika rakan-rakan lain komen status tersebut, kita boleh bergelak tawa kembali. Apakah ini semua? Tidakkah mereka berasa bodoh? Diperbodohkan dengan kecanggihan teknologi programming dan coding Mark Zuckerberg?

Inilah konspirasi tingkat tinggi. Anak muda kini hanyut dan membiarkan mereka dibodohkan dengan teknologi yang mereka guna. 

Sampel di bawah adalah contoh status yang aku rasa bodoh dan tak patut dihebohkan pada umum. Ada banyak lagi tapi aku kasi reveal yang ni dulu.













Just Make It Simple

Itu hari aku ada terlibat dalam pembikinan video movie untuk assignment bahasa ketiga yakni Mandarin. Memang ni task wajib untuk student yang amik subjek ni. Nak dijadikan cerita, ada satu scene yang mana memerlukan kedai bunga sebagai latar set. Maklumlah, tukang buat skripnya mengkehendakkan jalan cerita sebegitu. Aku, sebagai pengarah mengikut arahan penulis skrip je. Aku melantik diri menjadi pengarah pulak. 

Nak menjadikan kedai bunga sebagai salah satu set perlukan keizinan tuan kedai dulu. Kalau main sebat je berlakon kat situ sambil cakap Mandarin, alamatnya nak kena sebat la dengan ah soo kedai tuh. Kawan aku offer diri pergi mintak izin kat tuan punya kedai. Aku memfollow dari belakang. Sambil beliau bercakap, aku mendengar butir-butirnya dengan terperinci.

" Hello auntie. Kami ni student. Kami disuruh oleh lecturer kami untuk buat satu video mengenai bahasa Mandarin. Jadi, ada salah satu scene kat kedai bunga dalam cerita ni. Oleh tu, kami nak mintak izin dari auntie untuk ambil gambar kat kedai auntie ni boleh?"

Itu antara isi yang aku tangkap dari mulut member aku. Aku berkerut dahi. Ah soo kat situ macam tak berapa nak paham. Dia tanya pembantu kedai dia. Aku tak paham. Cakap cina. Walaupun aku amek subjek Mandarin, aku still takleh tangkap apa dia cakap. Mungkin loghat deme ade banyak kot. Agak lama jugak krew-krew kami berada di situ menunggu jawapan dari tuan punya kedai. 

Hasilnya? Menghampakan. Dia tak benarkan. Sebab apa. Tu aku tak tahu. Tapi dia macam tak berapa nak paham tujuan kitorang. Aku pun paham dia punya ketidakfahaman tuh. Takpe. Ada satu lagi kedai bunga kat kedai mamak sana. Kitorang pun bergegas bawak tripod, lighting, cable, camera, rail, clothing (pergh, tipu tak agak!) ke sana.

Kali ni aku decide, biarlah aku yang pegi mintak izin. Aku rasa ada something wrong dari segi pemintakan izinan member aku tuh.

" Hello uncle! Uncle, kitorang mau tangkap-tangkap video kat luar kedai bunga you boleh ka?"

Uncle tu tanya balik aku. "Apa bikin?"

" Ada assigmnet skitlah"

"Ok-ok. Tapi jangan kacau customer wa aa...", Uncle tu setuju.

Habis sesi shooting. Aku datang balik kat uncle tuh dan cakap thank you.

" Tak ada dapat duit ka?", katanya serius dan selepas tu diiringi tawa kuat. Aku pun ketawa sama.

-Simple-

Monday, December 6, 2010

Sweat and Urine

Ahmad kerja penat-penat di line assembly. Kerja Ahmad sebagai operator menuntut kesabaran dan kecekalan tinggi kerana suasana di situ agak panas kerana tiada air-cond dan kipas. Jadi, setiap hari, Ahmad akan berpeluh basah kuyup. Habis bajunya basah sakan. 

Ramli pula dapat kerja yang lebih mudah dan sejuk kerana ada kipas dihalakan di situ. Kerja sama macam Ahmad. Bezanya, Ramli taklah berpeluh sangat tiap hari.


" Wah, berpeluh-peluh kau kerja ye...", tegur Ramli kepada Ahmad semasa waktu rehat.

Ahmad diam je sambil meneguk botol air mineral sejuk. Masuk ni, dah dua botol habis. Ramli pandang.

" Banyak benor kau minum air. Nanti tak terasa nak terkencing ke masa kerja?", soal Ramli.

" Haah, kencing aku keluar kat muka dan badan-badan..." sahut Ahmad.

Sunday, November 21, 2010

Apa Neraka

Apa neraka(what the hell) yang melanda skuad Arsenal di gelanggang sendiri sehingga tewas 3 kali musim ni di Emirates? Malam tadi Arsenal tumpas 2-3 kepada Spurs. Keputusan yang aku sudah jangka di sebuah laman blog Arsenal. Hasilnya memang benar. Jadi, prediction itu membuat beberapa peminat Arsenal agak marah tanda sayang kepada aku.

Perhatikan nick bernama sukarno. Itulah aku.

Klik untuk besarkan.


Setelah Arsenal leading 2-0, mungkin telahan aku salah. Tapi aku tahu, Arsenal adalah pasukan 90 minit. Dalam 90 minit, mereka boleh hilang fokus. Hilang tumpuan. Hilang mata pun boleh. Jadi, aku melihat Pak Wenger mensia-siakan pendahuluan awal dengan mengeluarkan Nasri dan Arshavin yang rajin malam tu. Hasilnya, 3 gol dijaringkan Spuds di babak kedua. Apa neraka?

Aku bukak blog Arsenal tersebut dan nyata ada yang marahkan aku(nick-sukarno) kerana mendoakan kekalahan Arsenal. Kenapa aku kata Arsenal kalah? Jawapan aku, pertama kita main di Home. Maka, sokongan peminat bukan faktor kejayaan Arsenal di Emirates. Aku tengok peminat Arsenal di stadium seperti biasa pergi ke library kerana suasana terlalu sunyi jika bola bergolek di tengah padang.
 
 
 Mereka marahkan aku kerana aku kata Arsenal kalah.



Lagi kemarahan


Keduanya, international break. Maybe ada player yang keletihan. Contoh, Nasri. Di babak kedua tak begitu menyerlah macam kena santau je gayanya. Tapi keputusan Wenger yang terlalu cepat mengeluarkannya di sebalik kemungkinan ada magis terutamanya dari Arshavin mungkin boleh mengubah keputusan. Ketiga, mentaliti pemain di Home. Ada sesetengah player yang tak begitu composure dengan bola dan takda spirit dan determination yang diharapkan. Hasilnya 3 bijik gol dilepaskan walaupun keseluruhannya, Arsenal bermain baik dan Spurs bukanlah bermain begitu cantik sangat tapi mereka berjaya mencuri peluang dan kesempatan dari kelekaan Arsenal. 

Sudahlah, apa guna menangis lagi. Cuma aku begitu kecewa kerana sudah kalah 4 kali season ni. Pak Wenger mesti deliver something season ni jika tak mahu peminat begitu kecewa membunuh diri. Lucky you Arsenal that Chelsea also lost tonight thanks to Lee Bowyer's goal.

P/S -  Arsenal fans who decide to go to Emirates for upcoming games should be raise themselves up and cheer for your team lads! Don't make Emirates like a library. Nobody will arrest you if you guys sing it out loud the song that you used to sang during the old times!

Tuesday, November 16, 2010

Auta

Itu hari soltan satu negeri tu sudah marah sama suara negatif atau suara sumbang yang keluar mengatakan kerajaan negeri lepas tangan pada mangsa banjir. Haha. Soltan sudah marah. Habislah korang media-media auta kencing rakyat. Apa ingat rakyat ni bodoh?(ada juga segelintir yang bodoh).

Satu lagi pasal kes 'Datuk' penipu jual gelang sampai RM1000. Ape kejadahnya semua ni?

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)


Friday, November 12, 2010

Anarki Sebuah Monarki

Itu hari masa aku lalu Jalan Duta, ada satu bangunan bapak besar atas sebuah bukit. Nak kata bangunan pun bukan bangunan sebenarnya. Lebih kurang macam rumah. Tapi bukan banglo sebab ni memang 800 kali ganda kot lagi besar dari banglo Dato' Nordin.

Aku tanye si Oren 'kucing' kesayangan adik aku. Dia pun jawab itulah Istana Negara yang sedang dalam proses pembikinan. Mak ai. Pandai dia menjawab. Oh, memang ada rupa macam Istana Negara tapi lagi besar dari yang dulu punya yang kalau lu orang selalu lalu depan gate dia, banyak tourist amik gambar dengan pengawal yang tak bergerak macam patung tuh. 

Besar gila istana baru ni. Dalam tu berapa ramai boleh duduk agaknya? Aku rasa satu daerah Kuala Kubu Bharu boleh lepak dalam tu kot. 

Lepas lalu tempat syorga donia tu, aku lalu satu perumahan setinggan. Ada seorang budak perempuan di tangga kayu dibuat dari kayu yang tidak kemas buatannya. Emaknya sedang bercangkul di depan rumah. Mengerjakan tanaman sendiri agaknya. Ayahnya pulak pergi mencari rezeki kot. Mungkin jadi jaga? Atau meniaga barang antik? Tafsir aku saja.

Huh..monarki...Syaitan ini semua.

Sunday, November 7, 2010

Ke Mana Tanggungjawab Kita?

Sedang aku asyik makan nasi lemak sambil menggunakan internet, aku terdengar satu cerita di Melodi TV3. Aku bergegas ke depan untuk melihat apa yang aku dengar.

Seorang lagi pelakon wanita membotakkan kepala semata-mata untuk memenuhi kehendak lakonannya.

Apabila wartawan tanyakan soalan kenapa begitu, kenapa begini, pelakon wanita berusia itu menjawab,

" Saya adalah seorang pelakon yang bertanggungjawab terhadap karekter saya.."

Nak je aku sebagai wartawan kat situ tanya, "Jadi, mana letaknya tanggungjawab anda kepada agama?"


Aku rasa, sudah sampai masa sekolah agama patut diwajibkan untuk budak-budak sekolah rendah kerana bak kata Allahyarham P. Ramlee,

Jika kita mengisi ugama dalam dada anak muda yang kosong itu, nescaya setinggi mana atau sejauh mana dia pergi pun, dia tidak akan sekali-kali menukar ugamanya.