Sunday, November 7, 2010

Ke Mana Tanggungjawab Kita?

Sedang aku asyik makan nasi lemak sambil menggunakan internet, aku terdengar satu cerita di Melodi TV3. Aku bergegas ke depan untuk melihat apa yang aku dengar.

Seorang lagi pelakon wanita membotakkan kepala semata-mata untuk memenuhi kehendak lakonannya.

Apabila wartawan tanyakan soalan kenapa begitu, kenapa begini, pelakon wanita berusia itu menjawab,

" Saya adalah seorang pelakon yang bertanggungjawab terhadap karekter saya.."

Nak je aku sebagai wartawan kat situ tanya, "Jadi, mana letaknya tanggungjawab anda kepada agama?"


Aku rasa, sudah sampai masa sekolah agama patut diwajibkan untuk budak-budak sekolah rendah kerana bak kata Allahyarham P. Ramlee,

Jika kita mengisi ugama dalam dada anak muda yang kosong itu, nescaya setinggi mana atau sejauh mana dia pergi pun, dia tidak akan sekali-kali menukar ugamanya.

Thursday, October 21, 2010

Lelaki Budiman

Jika anda pernah menonton Arsenal bermain, pasti anda akan teringat seorang lelaki yang budiman di dalam skuadnya. Itulah Eduardo. Semalam dia kembali ke Emirates tetapi bukan sebagai seorang pemain Arsenal sebaliknya sebagai pemain Shakhtar Donetsk. Namun, apa yang membuatkan suasana tambah emosi adalah apabila para penyokong Arsenal menyebut namanya dan bersorak apabila beliau menjaringkan gol menentang Arsenal. Inilah lelaki budiman yang akan terus dikenali sebagai bekas pemain Arsenal yang ada aura tersendiri.








Thanks for the memories!



Nobody buys art for its gold frame. They buy art because it speaks.Arsenal may not be art but it's a work-in-progress. Or at the very least a great fake of a truly great artist.

We are Arsenal!

Saturday, October 9, 2010

Kita Sudah Berada Dalam Industri Ni, Jangan Kita Berpatah Balik

Berada di tahun akhir memang menyakitkan bagi mana-mana manusia yang bergelar pelajar. Assignment berlambak itu ini. Projek tahun akhir. Design project. Kena buat fabricate model. Kelas 8 pagi sampai 6. Kadang-kadang sampai 10 malam. Ada dalam kelas. Ada dalam bengkel. Fuh, memang sakit.

Saturday, October 2, 2010

Belajar Macam Sembahyang

Menuntut ilmu adalah wajib. Menuntut ilmu kejuruteraan pula jadi fardu kifayah. Jika amalan belajar ada dosa dan pahala, bagaimana? Tak belajar untuk berjaya berdosa. Belajar sampai berjaya insyaallah memang ada pahala. 

Kalau tak belajar elok-elok dapat dosa, mesti ramai orang Melayu Islam akan pandai-pandai belaka. Macam sembahyang. Kalau tak sembahyang, dapat dosa. Masalahnya, sekarang ni pun ramai orang Melayu Islam tak sembahyang. Macamane tu?

Wallahualam...Sekadar melontar pandangan...

Bakat Borneo




Aku main petik je die ni dari Borneo. Tapi dengar loghat macam belah sana. Apapun, memang gempaklah dia ni. Boleh ada macam-macam suara dan jari pantas bermain gitar sambil mengetuk papan gitar.

Monday, September 27, 2010

Tok Asan Menangis

Apsal Arsenal kalah dengan West Brom semalam, lu orang nak tau? Tak payah sembang lebat, taktikal tak kenala, player ni kena restla, player ni tak perform la. Lu orang tengok bawah....



Nota kaki - Aku tak tengok game ni sebenarnya sebab pegi beraya. Tu yang kalah tu. Maklumle, ni 1st game season ni game Arsenal aku tak tengok. Sebab tu le kot. Nasib baik lemang, pulut kuning, spagheti, pari asam pedas mantap time beraya tu....

Sunday, September 19, 2010

Raya Ke-10 punye Malam


Malam tadi, lepas bantai lemang dua tiga batang dengan rendang daging mak, aku baring sakan depan tv. Aku berhajatkan menonton perlawanan Tanah Sundal aka Sunderland menentang Arsenal di Stadium of Light. Ya, ia dimainkan di sana tapi aku menontonnya dari rumah sekaligus melalui tv HD. Tv je HD tapi bukan pakai Astro Beyond pun. Kalau pakai lagi masyuk ke?

1st half, Arsenal main macam budak sekolah sukan Bukit Jalil. Main serupa taik. (Marah pulak budak sekolah sukan tu kang). Asyik bertahan je dengan Sunderland mengasak ibarat kerbau hilang anak. Habis semua dilanggarnya. Paling berkesan dalam memori aku ialah kelibat El-Mohammadi. Serupa kerbau mamat ni. Kebanyakan player Sunderland badan tough-tough belaka. Semua makan keju gamaknye. Tapi, Arsenal tetap solid tak tembus punya. Adik Koscielny dan Abang Squillaci main macam tak ingat dunia bak kata pengulas. Tanduk sana. Tanduk sini. Clear sana. Clear sini. Terajang sana. Eh, tu takdela. Tengah seronok budak-budak sundal serang tak ingat dunia. Tiba-tiba je adik Rio, si Anton Ferdinand clear bola melantun kat kaki Fabregas. Terus masuk gol Mignolet. Mignolet ni keeper si sundaland ni la. Bukan main menjerit aku. Habis jaga lipas-lipas bawah kerusi tersentak nak mengayat bini.

Masuk babak kedua, Song buat gile dengan diperintah keluar padang oleh pengadil boyot atas soft foul yang dilakukan. Memang bodoh ini pengadil. Aku rasa dia dah tersilap. Dia ingat Song belum dapat lagi kad kuning. Aku nampak dia double check kat buku 555 dia.


 Boyot


"Owh, Song dah ada kad kuning rupanya. Alamak, nak cover camne nih...Ala, takpela, kasi jelah kad merah kat dia. Huhu..." kata Phil Dowd aka pengadil boyot nih dalam hati.

Kita lupakan kedunguan pengadil, tiba-tiba Dowd boyot bagi penalti sebab Mohammadi sepak kaki Nasri. Memang clear penalti la. Tapi Rosicky yang masih mengelamun dek layan cerita Sepi petang sebelum tu, menyepak kuat ke arah penonton Arsenal. Apa yang digeramnya kat penonton Arsenal aku tak tau la. Ke dia bengang kat stadium pihak lawan kot.

Masa dah makin suntuk. Aku dah tak sedap hati. Tak sedap hati bukan apa. Referee memang macam haram. Habis semua player Arsenal ditibai Sunderland tapi beliau masih menyimpan erat kad-kadnya. Barangkali takut kes Song berulang kot. Maka, setelah masuk minit 94:43saat, keadaan depan gol Arsenal kelam-kabut. Aku yakin, inilah masanya. Dan memang betul, Darren Bent dapat skor bola yang gagal diclearkan. Bukan syampu Clear yang 'di skrin besar, semuanya nampak jelas'( merapu betul Bipasha nih). Aku panas hati. Tapi aku buat-buat baring rilek. Tak macam masa penalti tak masuk tadi, habis bantal-bantal semua aku baling dan tepuk. Yang ni, aku rilek je. Badan rasa panas. Entah kenapa. Pemain-pemain tanah sundal semuanya bergembira dan berlari riang ibarat sudah menang Champions League atau sekurang-kurangnya melayakkan diri ke Champions League. Tapi ini hanya match menentang Arsenal saja. Apa yang seronok sangat? Arsenal bukan pasukan hebat. Sudah 5 musim ketandusan piala.


Hey yo, this is shit man. You know what time is it. How could you do this bro!!


Melihat sambutan mereka meraikan gol penyamaan itu membuatkan aku berasa yang Arsenal adalah pasukan besar. Pasukan ini hebat. Mereka ada penyerang Maghribi. Sama seperti aku teringat di mana Manchester Utd menewaskan Manchester City dengan jaringan 4-3 musim lepas. Sambutan yang berlaku di Old Trafford ketika itu macam pesta atau perlawanan akhir. Ferguson terlalu girang hingga tersembur gula-gula getahnya entah ke mana. Walhal, City bukanlah pasukan hebat mana. Mungkin terlalu gembira menewaskan seteru setempat yang berlagak adalah satu kepuasan pada Rooney. Eh, silap. Kepuasan pada pemain-pemain Manchester dan peminatnya. Ah, kisah apa. 

Seri di Sunderland perkara biasa bagi Arsenal. Memang susah bermain di gelanggang kucing hitam ini. Seperti musim-musim sudah. Dan musim-musim sudah jugalah Arsenal tak berpeluang mengucup piala.(Bukan mengucup kamera macam Gerard). Jadi, adakah musim ni petandanya Arsenal takde can kutip piala? 

Bak kata Khir Rahman dalam filem Los dan Faun...."Itu yang kita tak tahu tu ye.."