Thursday, December 17, 2009

Tips Untuk Student

Bila tiba musim exam, rasa macam cuak gila bila ditanya member sekuliah.....

"Wey polan, ko dah study ke thermal engineering?"

"Belum..."

Jawapan yang paling selamat dari kena bahan ialah belum. Apa pasal pulak belum? Sabar, biar aku terangkan. Katakan jika kita jawab sebaliknya.

"Wey polan, ko dah study ke thermal engineering?"

"Dah la. Gua dah cover semua chapter beb!"

Lu orang yang tanya ada rasa nak gelak ke atau nak penerajang mamat polan ni?

Memang orang akan anggap bila kita dah study cover semua chapter, orang akan rasa kau nerd. Kau memang takde life sehingga terperosok dalam bilik study je 24 jam. Kau memang anti sosial. Kau memang mat skema. Kau memang ulat buku, patutlah takde awek. Itulah antara label yang orang akan beri jika kita jawap seperti ayat yang kedua itu.

Seterusnya, bila kita jawab dah cover semua. Kebanyakan reaksi...

"Pergh,giler ahh. Nanti ajar aku."

"Cantek ahh...Exam nanti aku tiru kau. Aku duduk sebelah kau"

Padahal dua ayat atas ni sebenarnya berbentuk sinikal dan sebagai sindiran kepada tuan punya badan tadi. Jadi, untuk mengelak kena kacau+bahan+gelak dengan member lu orang, adalah lebih baik jangan mempoyokan diri. Jawab saja belum walaupun memang kau tipu. Sekian pelajaran hari ini.

Tuesday, December 15, 2009

Melaka

Minggu sudah aku pergi Melaka. Ada kenduri kahwin adik kepada kawan kepada mak aku. Aku pergi saja tanpa banyak kerenah dek memikirkan makan free.

(Ah,macam la selama kau makan di rumah ni,kau bayar!)

Eh, siapa marah aku tu? Tapi memang betul pun dia cakap. Bukannya aku ada bayar pun kalau makan kat rumah. Pendek kata, memang aku makan free je selalu. Jadi, aku betulkan sikit. "Aku pergi saja tanpa banyak kerenah dek memikirkan sudah lama tak makan nasi minyak." Boleh?

Jadi, aku tangkap gambar jelah. Gambar masa kenduri kahwin takde sebab aku terlupa yang aku rupanya ada bawak kamera.


Melaka tak banyak berubah. Buktinya, lu orang tengok la Stadhuys tu masih ada kat situ. Masih warna merah.



Masa nak balik, boleh pulak gua jumpa Aaron Aziz tengah smoke kat R&R mane ntah. Gua lupa. Gua sempat snap blakang dia je.





Saturday, December 12, 2009

Hari-Hari Bosan

Kadangkala aku letih dengan kehidupan ini. Letih dengan diri aku. Aku seakan tak mampu mengawalnya. Sampai ke satu tahap aku begitu bosan dengan apa yang aku lalui sekarang. Aku terasa kosong. Hari-hari aku dihabiskan dengan hanya menghadap monitor ini. Tapi apa yang aku buat? Aku tak punya jawapan.

Namun semalam adalah harinya. Semalam adalah hari yang aku rasa paling gembira sepanjang aku melekat di rumah ini. Aku buat pertama kalinya memperolehi anugerah dekan bagi pengajian ijazahku. Aku tersenyum simpul. Syukur kepadaNya. Walau aku sering lalai. Tapi tidak ada teman dan tempat untuk ku khabarkan berita gembira ini. Hanya di sini sajalah aku mengintai peluang untuk kembali ceria. Tapi sampai bila? Selepas ini, hari-hari yang akan aku lalui akan kembali seperti dulu. Kembali bosan.

Aku hanya mampu menunggu kedatangan hari gembira ku. Yang aku sendiri tidak punya jawapan kepadanya. Terus menanti.

Esok. Bertolak ke Melaka. Sudah lama tidak menghirup udara luar dan keluar dari kota batu ini yang menyesakkan.

Wednesday, December 9, 2009

Tok Nujum



Ramalan Kumpulan A:

Aku rasa Perancis dan South Africa akan mara. Keupayaan Mexico juga tak boleh dipandang rendah. Uruguay mungkin tak begitu memberi saingan.


Ramalan Kumpulan B:

Jangkaan pasukan yang mara, aku pilih Argentina dan Korea Selatan. Nigeria dan Greece mungkin akan memberi tentangan sedikit. Tak mustahil juga Korea tak layak.


Ramalan Kumpulan C:

England dan United States mungkin mampu mara mudah. Tapi ingat, England takkan menang World Cup.


Ramalan Kumpulan D:

Jerman dan Australia mampu mara. Ghana juga boleh memberi cabaran.


Ramalan Kumpulan E:

Aku memilih Belanda dan Denmark. Jepun mungkin sukar layak. Tapi rekod Denmark di Piala Dunia bukanlah begitu bagus. Cameroon boleh jadi pengacau.


Ramalan Kumpulan F:

New Zealand tiada harapan. Italy dan Paraguay mampu mara mudah. Slovakia berwatak pengacau.


Ramalan Kumpulan G:

Aku memilih Brazil dan Portugal untuk layak dari kumpulan maut ini. Ivory Coast juga boleh mencipta kejutan andai Portugal tidak fokus.


Ramalan Kumpulan H:

Spain dan Chile boleh pergi. Tapi Switzerland boleh mencabar saat-saat genting.

Thursday, December 3, 2009

Gagal Merancang Merancang Kegagalan

Aku taktau samada masa terlalu cepat atau aku yang terlalu lambat.

Aku rancang macam-macam untuk cuti semester ni. Tapi nampaknya berjalan tak seperti yang aku rancangkan. Benarlah ayat-ayat dari Quran. Kita hanya mampu merancang tapi Allah saja yang menentukan. Allah jua sebaik-baik perancang. Kegagalan perancangan datang dari diri aku sendiri. Tak dapat menentukan mana perkara awlawiyat. Aku mungkin terlalu leka dengan perkara yang tak sepatutnya didahulukan. Aku hanyut sendiri. Perkara yang mustahak aku tangguhkan. Ah, mustahak sangat ke perkara tu? Aku pun takde jawapan. Tapi aku kecewa kerana sepatutnya aku boleh siapkan apa yang aku rancang itu.

Benar madah pujangga. Gagalnya kita merancang adalah merancang kegagalan.

Wednesday, December 2, 2009

Bohong

Korang tak payah nak membohong la yang program tu untuk terap semangat patriotik. Orang kampung boleh la korang tipu. Ni aku yang dah pernah pegi ni, dah rasa camne. Memang basuh otak kaw-kaw. Pastu balik-balik cerita melayu. Kehkehkeh...

Tahniah kerajaan Selangor dan mungkin Pulau Pinang kalau jadi.

Thursday, November 26, 2009

Amaran Keras

Pagi aku hari ni dikejutkan oleh ayahku. Ayah memberitahu bahawa ada sepucuk surat dari universiti. Ayah bertanyakan samada aku ada apa-apa masalah di universiti. Aku yang mamai cuba berfikir kembali ingatan aku sepanjang di universiti. Dalam fikiran yang serba mamai itu, aku cuma menjawab "entah".

Perlahan aku membuka sampul surat. Aku melihat tajuknya bertulis 'Amaran Keras'. Haih. Macam bunyi nak menonton filem above 18 je. Macam amaran kat kotak rokok pun ada. Amaran kat tempat menjual minuman alkohol pun ada gak. Aku cuba berfikir tanpa membaca terlebih dahulu kandungan surat tersebut. Aku cuba buat checklist. Aku takde buat 3gp lucah yang berlambak kat internet tu. Aku takde posing ala model untuk cover majalah pun. Kena tangkap kes khalwat lagilah takde. Jadi artis pastu keluar gambar bercium mulut dengan muhrim lain jauh sekali.

Setelah aku agak yakin aku punya checklist nih, aku pun segera membaca bahagian lain surat tersebut. LOL. Aku dikenakan amaran keras kerana memakai selipar/sandal dalam pejabat je rupanya. Aku ingat amaran keras apalah tadi. Aku pun ingat amaran keras untuk checklist yang aku buat atas tadi. Rupanya sebab pakai selipar je. Aku baru teringat yang masa kejadian tu aku nak uruskan hal Latihan Industri kat pejabat fakulti. Alih-alih kena panggil lak sebab tak pakai seluar. Eh silap. Tak pakai kasut. Siap kena rampas kad matrik lagi. Masa nak amik balik kad matrik tu ingat macam takde pape je sebab dorang pun main bagi gitu je. Tengok-tengok sampai surat kat rumah pagi tadi. Tak pasal-pasal kena lecture ngan ayah aku.

Tapi seingat aku, masa aku kantoi kat pejabat arituh, ada gak sorang brader senior ni pakai selipar. Maklumlah, hari tu hari jumaat kan. Baru lepas semayang. Takkanlah nak bantai pakai kasut gak kan. Yang bikin aku panas, brader ni tak kantoi lak dengan kerani-kerani pejabat tuh. Maybe sebab dia dah kenal lama ngan kerani kat situ. Aku pun tengok macam mesra lagi. Hai best betullah dapat amal kronisme dalam menegakkan undang-undang kan? Ye, aku sedar yang aku memang salah sebab langgar peraturan tapi kenapa ada yang terlepas dalam dikenakan hukuman? Bias gila kalau camtuh. Lagipun, peraturan ni memang mengarut. Aku tengok perempuan yang masuk pejabat hari tu, kalau dia tonggeng memang nampak bontot. Seluar ketat takyah citerla. Tudung lagilah takde. Kenapa tak buat peraturan halang pemakaian macam tuh?

Dalam dunia yang serba serbi mencabar ni, memakai pakaian ketat lebih nampak indah dari hanya memakai selipar. Tahniah atas peraturan 'rimba' ni. Tahniah.