Thursday, June 16, 2011

Sudut Positif

Mari kita melihat tindakan SKMM menyekat akses kepada beberapa laman perkongsian pada sudut yang positif. Ramai yang menghentam kerajaan dan SKMM pastinya kerana menyekat akses kepada laman-laman tersebut dan sekaligus menghalang aktiviti muat turun yang terdapat di laman tersebut. Tindakan ni sebenarnya mengundang kemarahan beberapa orang yang aktif menggunakan laman seperti Pirate Bay, Mega Upload, Fileserve dan macam-macam hape jadah lagilah. 

So, kita cuba melihat ia daripada aspek positif.

1. Peningkatan jualan album dan filem Melayu -  Dengan ini kita akan dapat lihat orang ramai yang sekian lama mendownload daripada laman web tersebut terpaksa mendapatkan cd album dan dvd filem original sebab takde sumber nak download dah. Jadi, lepas ni, marilah kita beratur di kedai Speedy untuk membeli album Faizal Tahir. Walaupun mahal, tapi sebab minat apalah salahnya kan?

2. Tiada perlanggaran hakcipta - Sekatan yang dilakukan SKMM baik demi membendung gejala lagu dimuat turun sesuka hati yang mana melibatkan perlanggaran dan pencerobohan hak cipta penulis asal. Maka, dengan ini, kita tidaklah lihat nanti ada orang diheret ke mahkamah atas sebab memuat turun lagu tanpa kebenaran asal pencipta lagu.

3. Industri musik dan filem berkembang maju -  Apabila semakin ramai orang membeli original, maka sudah tentulah akan memberikan keuntungan kepada para pembuat filem dan lagu. Jadi, dengan ini, otak mereka akan lebih kreatif dan berkembang pesat kerana kantung poket dan isi perut sudah penuh seiring dengan hasil jualan yang meningkat. Kesimpulannya, kita mungkin akan dapat menikmati filem-filem yang lebih bermutu dan bunyi musik yang lebih sedap berbanding sebelum penyekatan laman web terbabit. 

4. Tamatnya era cetak rompak - Jika tiada tempat mendownload, maka lanun cetak rompak tiada lagi tempat untuk mendapatkan sumber bagi menjual bahan. Maka, secara otomatisnya, tamatlah era lanun cetak rompak yang selama ni mencengkam industri seni tanahair. 

5. Dunia yang lebih aman - Dengan melingkupnya aktiviti cetak rompak, maka tamatlah juga aktiviti tonto ataupun kongsi gelap yang selama ini membayangi aktiviti ini. Jadi, bila diorang dah takde benda nak buat, maka mungkin mereka akan menanam padi pula selepas ini. Jadi, bila mereka menjadi penanam padi, tentulah dunia akan lebih selamat bukan?

Itulah serba sedikit aspek positif yang perlu kita lihat. Mari kita buka minda dan lapangkan fikiran. Selami jiwa, selami akal dan selami lautan dalam. Ayuh kita menuju Malaysia yang cemerlang. Kalau bukan kerajaan yang mengawal internet, siapa lagi hendak kawal anak-anak yang sudah rosak? Mari bersama berganding bahu dengan SKMM untuk menamatkan era memuat turun secara haram di Internet!!

Friday, June 3, 2011

Pembikin Filem Dungu

Rabu lepas, gua tiba-tiba rasa nak menonton wayang. Dalam fikiran gua, gua dah mind-setkan supaya gua tengok cerita Melayu sebab kalau cerita orang putih ni lu orang boleh download bersepah-sepah kat internet. Kat Malaysia belum tayang lagi, lu orang dah tengok sebulan lepas. Jadi, ada lebih baik gua menonton filem lokal supaya sedikit sebanyak boleh juga gua menyumbang pada industri filem tanah air.

Dengan rasa khusyuk, gua melihat senarai filem-filem yang ada. Boleh tahan juga banyak filem Melayu ni. Dengan rasa penuh Islamik, gua memilih Nur Kasih The Movie sebab gua layan jugak drama dia kat tv dulu. Jadi, untuk melengkapkan ceritanya, gua pilihlah movie tersebut. Masa gua datang kaunter tu, gua sedang tengok seorang awek yang macam baru lepas universiti. Jadi, gua dengan rasa berbangga, gua menunjukkan student card gua demi memperolehi keistimewaan yang disediakan pihak pemamer. Tanpa rasa bersalah, awek tadi bagitau harga student RM9 berbanding tidak menggunakan student card hanya RM8. Ceh, gua lupa yang hari tu adalah hari Rabu. Jadi, dengan pantas gua membatalkan kegunaan student card tersebut dan guna harga RM8 macam biasa. 

Tanpa melengahkan masa, gua pun masuk ke dalam panggung. Dengan tidak semena-mena gua terlihat trailer filem macam 80-an. Tajuk filem tersebut kalau tak salah gua adalah Toyol Nakal. Entah produser dari zaman 80-an mana entah yang hasilkan filem tu. Ni yang gua bengang dengan pembikin filem tempatan yang tak ada otak ni. Kalau nak buat filem, kajilah dulu market dan tengok contoh filem-filem yang hebat tak kiralah dari aspek sinematografi, lakonlayar dan macam-macam aspek teknikal lain. Ni dubbing pun macam haram, macam mana nak jual filem bai??! Jadi, dengan ini gua menyeru lu orang semua janganlah cuba-cuba nak tengok filem Toyol Nakal ni. Entah apa-apa. 

Itulah orang cakap, orang buat filem, lu pun nak buat filem. Tengok hasil macam sampah. Belajarlah dulu macamana nak buat filem yang baik. Ni main sebat je letak kat panggung. Impak pada industri adalah longgokan filem sampah dalam industri. Tapi apa boleh buat. Di Hollywood pun banyak jugak filem sampah, jadi kita terimalah ianya sebagai satu hiburan. Apapun, memang gua takkan tengok filem bodoh macam tu. Sekian.

Oh ya, Nur Kasih The Movie ok la. Not bad la...