Sunday, February 28, 2010

Saturday, February 27, 2010

Sambal Tumis

Itu hari aku pau satu paket cili-cili kering rakan serumah aku untuk buat sambal tumis. Sekian lama asyik makan nasi dengan kicap je, nak gak merasa kuah pedas sikit. Dan itu memang first time la aku buat sambal tumis kosong je. Mana ada ikan bilis nak campak.

Aku bukan pau cili kering je. Habis bawang merah, bawang putih, garam semua aku sapu budak-budak rumah punya. Biasalah. Dah satu rumah kenalah amalkan konsep sharing is caring. Kalau taknak kasi pegi duduk dalam hutan. Jadi dah siap blender cili-cili kering ni semua, aku pun memulakan tugas memasak. Dahlah asam jawa takde. Memang kurang kaw la.

 Bukan sambal tumis gua.


Dah siap apa semua, boleh pulak aku offer kat member lain padahal inilah first time aku masak sambal nih. Lantak koranglah rasa macamana. Yang ajaibnya, kawan-kawan semua cakap sedap dan ada yang tambah lagi. Pergh. Dahlah aku potong bawang tu semua besar-besar, boleh korang cakap sedap ye. Dengan takde air asam jawa lagi.



Nota - Memandangkan aku jarang ada masa nak update blog ni, tak mustahil aku akan beri kepada orang lain untuk tolong updatekan. Mungkin dia akan cerita pasal hidup dia, aku taktau. Segalanya terpulang padanya.

Saturday, February 13, 2010

Latif dan Jamalulail

Latif dan Jamalulail kawan baik. Mereka sama tempat kerja setelah mula berkenalan di tempat mengaji sama. Pergi kerja pun sama sekali naik satu motor. Latif agak ke depan pemikirannya kerana berasal dari pinggir bandar ibukota negara manakala Jamalulail agak lambat dalam segala tindakan kerana latar belakangnya yang berasal dari ceruk kampung.

Ketika mula-mula bekerja sama tempat di bandar besar, Jamalulail yang membonceng Latif telah melalui satu jalan besar yang mempunyai traffic light di simpang empat. Jamalulail mendapati simpang empat berlampu isyarat itu dikawal oleh anggota polis trafik. Maklumlah, pagi-pagi ramai orang pergi kerja.Hari pertama, Jamalulail senyap saja.

Masuk hari kedua, tiba-tiba, laluan mereka berdua ditahan oleh anggota trafik. Ini sekaligus menyebabkan laluan itu akan jadi lama untuk menunggu dapat jalan semula. Jamalulail berbisik, "Ape jadahnye nak guna polis. Traffic light ada, guna jela!". Bisikan Jamalulail itu didengari pemboncengnya, Latif. Latif senyap saja.

Masuk hari ketiga, sedang mereka berdua syok mengikut arus kenderaan, sekali lagi laluan mereka ditahan anggota polis trafik bagi memberi laluan lain yang banyak kereta menunggu. Dan sekali lagi Jamalulail berbisik tapi secara berteriak. 

"Adoiii...Tak paham aku apsal polis ada jaga. Traffic light kan ada!!"

Latif yang terdengar suara separa kuat itu pun diam lagi. Bukannya dia taknak jelaskan. Dia malas kerana masing-masing umur sudah meningkat. Latif rasa soalan serupa Jamalulail itu pernah ditanya pada abahnya dulu. Itupun ketika umurnya baru nak masuk tadika. Hari ini, setelah lebih 20 tahun, dia mendengar soalan itu dari rakan sebayanya. 

Jamalulail terus merungut itu ini tentang kenapa polis trafik nak jaga simpang berlampu isyarat pagi-pagi. Dan, tiba-tiba, Latif rasa macam kembali jadi dungu.

Wednesday, February 3, 2010

Udang


Kepada para penyokong Arsenal, jika dalam minggu ini anda didatangi beberapa penyokong atau rakan anda penyokong Man Utd yang seronok membahan atau menggelakkan anda minggu sudah kini mahu berbaik-baik dan menyokong anda dan Arsenal, sila hati-hati. Jangan terpedaya dengan janji manis dan mulut manis mereka untuk sama-sama menyokong pasukan anda minggu ini kerana sesungguhnya mereka ini mempunyai agenda atau ada udang di sebalik mee. Mereka boleh diibaratkan sebagai talam 2 muka hanya untuk kepentingan mereka saja.

Sekian. Pesanan ini dibawakan oleh Tok Asan Wenger.