Thursday, December 31, 2009

Perokok Mampu Selamatkan Al-Aqsa?

Dipetik dari forum ini. Sesuai dijadikan pedoman buat kaki-kaki rokok terutamanya orang Islam.


Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita rasa bersalah?


Sumber:http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/believe-it-or-not.htm

Sunday, December 27, 2009

Finally

Finally, my semester holiday comes to an end. Aku akan mulakan semester baru dengan menjalani latihan praktikal di Subang 2 isnin ni. Kilang yang akan aku praktikkan segala ilmu yang dah aku pelajari ini adalah kilang membuat mold, rubber production dan tool & die. Masa aku kena interview hari tu dengan tokey dia yang berbangsa cina tu, aku rasa macam pelik. Kilang tu tak macam kilang. Macam rumah kedai aku tengok. Dah memang letak kat rumah kedai, memanglah nampak macam rumah kedai.

Aku tak kisahlah semua tu asalkan aku dapat buat praktikal dan dapat pengalaman macam mana nak handle machine, suasana kerja macam mana, nak buat design untuk company dan macam-macam lagilah yang berkait dengan kejuruteraan. Aku pun cuak sebenarnya ni tapi nasib ada member tumpang sekali dengan kilang ni. So, taklah aku rasa lonely sangat. Haha.. ape barang sunyi-sunyi ni.

Sambil tu aku berharap, aku ada masa untuk luangkan di blog ni supaya ia tak layu tanpa entri-entri baru.

Saturday, December 26, 2009

Kenduri Kahwin

Hari ini member gua satu U kat Penang dulu kahwin kat Teluk Intan. Tapi apsal gua tak pegi? Gua rasa nak terajang je diri gua sendiri. Tak guna punya kawan. Gua pun jenuh fikir kenapalah gua tak pegi. Bukannya gua tak boleh tumpang motor member gua konvoi ramai-ramai dari Shah Alam. Tapi memang takde dalam nawaitu gua nak pegi pulak. Gua pun dapat tau lambat. Kalau lambat dapat info, nak travel jauh-jauh lu orang taula die punya malas macam mana kan.

Tapi tadi gua terpikir balik. Apsal la gua bodoh sangat tak pegi kenduri kahwin tu tadi? Ape jadahnya buat kenduri kahwin time Krismas? Tu takpe lagi. Tapi nape Jumaat? Macam susah pulak nanti nak pegi masjid buat semayang Jumaat.

Ah, yang paling penting gua menyesal sekarang.

Wednesday, December 23, 2009

Lari Lepas Sekolah

Masa kecik-kecik dulu aku selalu lari. Lari dari sekolah. Bukannya aku lari lepas ayah hantar pegi sekolah pagi-pagi. Bukan jugak aku wakil lari dalam sukan sekolah. Aku lari bila dah habis waktu sekolah. Bukannya pergi mana pun. Pergi beli cekelat dekat kedai mini hujung simpang tu je. Kalau jalan, ada la dalam sebatang rokok habis. Jauh jugak. Masa tu jugak, abang aku la yang terhegeh hegeh kejar aku bila nampak aku lari lepas bunyi loceng balik.

Aku selalu lari ikut pagar belakang sekolah dekat padang. Aku ingat aku dah cukup cepat untuk pergi dari sekolah ikut pagar belakang. Rupanya abang aku lagi cepat keluar dari kelas. Sebab utama kelas dialah yang paling dekat dengan pintu pagar belakang. Kalau nak suruh aku ikut pintu depan sekolah ada 2 faktor yang buat misi aku hilang dari pandangan abang aku gagal. Pertamanya, nak ke pintu depan sekolah kena lintas kelas abang aku dulu. Memang sah-sah kantoi. Keduanya, jarak ke kedai mini tu bertambah jauh kalau ikut pintu depan. Mungkin dah jadi 2 batang rokok. Mau tak mau, memang kena ikut pintu belakang. Tapi entah macam mana, abang aku sering dapat hidu pergerakan aku.

Memang bila dia dah nampak aku. Aku tak boleh nak pergi kedai tu dah. Pernah dia report kat ayah, habis duit belanja aku kena tarik seminggu. Kadang-kadang dapat jugak lepas tapi selalunya bila dah balik dari kedai, abang aku dah tau yang memang aku pergi kedai mini tu. Maklumlah, memang ayah yang hantar dan jemput kami dari sekolah tiap hari. Biasanya lepas aku pulang dari kedai tu, aku memang kena maki dengan abang aku campur dengan ayah kalau abang bagitau. Tapi nak buat macam mana. Aku memang suka pergi kedai mini tu. Banyak jajan menarik dan mainan-mainan best. Kadang-kadang kumpul duit seminggu nak beli mainan tuh. Masa kecik aku memang degil kot. Sekarang dah terbalik dah. Abang aku lebih degil lagi.

Tuesday, December 22, 2009

Avatar's Beauty


Setelah aku terpengaruh dengan entri blog ini dan ini, maka aku pun pergi menonton Avatar. Sayang, bukan dalam 3D. Tapi nak citer pasal 3D ni, aku ada pengalaman menonton Ice Age 3 3D di Sunway Pyramid. Menonton melalui 3D glass adalah sesuatu yang merimaskan. Aku tak tahu tempat lain, tapi di sini, spek 3D dia macam gampang. Banyak calar dan berminyak atas permukaan cermin itu. Tak cuci ke ape? Lagi satu, kalau orang itu pakai spek sejak azali, memang akan rasa rimas. Lu orang kena tekan je 3D glass tu supaya dia tak jatuh ke bawah dan mengganggu pandangan. Dan menonton 3D memang seronok tapi view kita macam terhad. Tak tahulah korang rasa macamane. Maybe benda ni baru kat Malaysia dan still banyak kelemahan.

Berbalik kepada Avatar, aku rasa lu orang dah boleh tolak tepi dah Michael Bay punya Transformers. Kecanggihan teknologi animasi dalam Avatar lebih mengujakan. James Cameron bagi aku dah meletak satu kayu ukur yang baru bagi kategori filem yang melibatkan animasi. Kalau menonton Transformers kita tak akan dapat elemen drama dan emosi, tapi tidak dalam Avatar sebab bagi aku ia lengkap dengan segala macam emosi sedih, dendam, marah, ketamakan dan macam-macam.

Ketepikan soal storylinenya yang mungkin akan buat korang rasa macam klise. Yelah, pasal manusia tamak dan nak merebut mineral berharga kat tempat lain macam sudah biasa kita dengar dan tonton tapi James Cameron telah mengolahnya menjadikan ia lebih menarik. Bercerita tentang Cameron, dengar khabar filem ni mengambil masa 15 tahun nak disiapkan. Dengan bermacam-macam masalah melibatkan teknologi terjadi, pasal aku baca, James Cameron nak tunggu sampai ada teknologi baru supaya filem yang dia nak hasilkan ni nampak lebih real. Tapi memang aku respek sama mamat ni dari zaman dia buat Terminator lagi. Filem dia memang lain dari yang lain walau tak banyak mana buah tangan dia.

Melalut pulak. Ok, Avatar. Kalau nak bercerita pasal keindahan planet Pandora memang tak terjangkau dek akal manusia. Tapi siapa boleh lawan keindahan ciptaan Tuhan kan? Kita saja yang taktau. Di Pandora, tumbuhannya bercahaya, binatang juga bercahaya. Pokok-pokok tergantung yang bila di pijak mengeluarkan cahaya pada waktu malam membuatkan Jake Sully bagai orang jakun. Oh ya, Jake Sully adalah watak Sam Worthington. Keindahan di Pandora memang cukup indah sehinggakan sampai sekarang aku tidak boleh menghilangkan imej-imej Pandora dari ingatan aku.

Pada akhirnya, Avatar bagai menghantar satu mesej buat kita. Adakah kita orang yang tergolong dari kalangan Sky People yang sanggup memusnahkan tumbuhan hijau dan membunuh orang demi merebut khazanah berharga dalam planet? Atau kita masih ada sifat cintakan alam, menghargai tumbuhan dan binatang seperti kaum Na'vi? Tidak mustahil apa yang digambarkan dalam Avatar ini wujud dalam alam realiti yang kita diami sekarang dan mungkin sedang berlaku sekarang, di saat ini, di tempat yang kita tidak ketahui....

Tidak rugi jika anda menonton Avatar sebagai penutup kalendar antara filem terbaik tahun 2009. Dan jangan lupa berfikir dan menyumbang pada alam.




P/S - Masa nampak promo filem ni dulu, aku ingat cerita Avatar:The Last Airbender tu.

Saturday, December 19, 2009

Hipokrit Media

Kenapa TV3 sibuk-sibuk nak siarkan live sedangkan kat TV2 dah ada? Nak potong rating RTM ke? Kalau nak cerita beri peluang pada rakyat meraikan final ni, baik tak payah. Hipokrit namanya? Kalau amik berat, kenapa tak siarkan game masa mula-mula lawan Laos dulu? Aku kecewa dulu bila takde live masa tuh tambahan pulak game best lawan Vietnam dan Thailand dulu pun takde live. Dah final baru terhegeh-hegeh nak siarkan live. Hipokrit kan?

Kalau taknak mengaku hipokrit, berani siarkanla game-game Liga Super dan Perdana sepanjang musim tahun depan. Ada bran? Kate sayangkan bolasepak Malaysia. Haih...

Tahun Baru Hijrah 1431

Aku ucapkan selamat tahun baru hijrah. Buat apa kita nak bangga dengan tahun baru masihi ciptaan golongan Barat tuh. Kita ada tahun baru sendiri. Kita patut bangga. Dan juga kita patut berbangga setelah menanti hampir 20 tahun, barulah semalam kita berpeluang mendengar lagu Negaraku dimainkan di bumi Laos apabila skuad bolasepak meraih emas.

Kecewa juga apabila liputan berlebih-lebih sangat tambah-tambah time Maghrib dan Hijrah ni. Toksahlah menjerit sakan dan menangis ibarat bapok kat kedai tu. Baik pi nangis kat tikar sembahyang kenang dosa-dosa lalu je. Hamba pun bukanlah baguih sangat pun tapi bila tengok kat tv semalam, sampai ada yang menjerit, menangis, melaung depan kamera semasa temubual, Maghrib jangan pulak tinggal. Nikmat dunia sementara je.

Masa khutbah tadi pun khatib memang best. Cerita sempoi je tak payah pakai skrip tapi isi dia menusuk kalbu. Bila kita nak tegakkan hukum Islam? Bila kita nak naikkan pemerintahan Islam macam zaman Uthmaniyah dulu? Ni yang kita taktau. Semuanya terpulang pada kita sebagai rakyat. Kalau nak selamat, pilihlah Islam. Insyaallah....

Thursday, December 17, 2009

Bola Inggeris

I really don't get it when football fans called themselves fans. They show their support to the club by chasing for the title. They like to talk about title. And title. And again. It never true my dear.

As a fan, you are not chasing for the title. Let the players do that. You are not player. So, why do yourself busy talking about title? After that, they talk about history if they can't winning the trophy. And again, compare it with the others. Why must you do that?

Let me state this. Fans do not support the team for the trophy. Fans support the team because of PASSION. Passion through the various games of the team going through the whole season. That's what football fans do. If you win trophy but then realize that you never enjoy your team play every weekend, then, what's the point. I rather sit back and enjoy the roller coaster ride of the team who plays brilliantly and full of art.

Tips Untuk Student

Bila tiba musim exam, rasa macam cuak gila bila ditanya member sekuliah.....

"Wey polan, ko dah study ke thermal engineering?"

"Belum..."

Jawapan yang paling selamat dari kena bahan ialah belum. Apa pasal pulak belum? Sabar, biar aku terangkan. Katakan jika kita jawab sebaliknya.

"Wey polan, ko dah study ke thermal engineering?"

"Dah la. Gua dah cover semua chapter beb!"

Lu orang yang tanya ada rasa nak gelak ke atau nak penerajang mamat polan ni?

Memang orang akan anggap bila kita dah study cover semua chapter, orang akan rasa kau nerd. Kau memang takde life sehingga terperosok dalam bilik study je 24 jam. Kau memang anti sosial. Kau memang mat skema. Kau memang ulat buku, patutlah takde awek. Itulah antara label yang orang akan beri jika kita jawap seperti ayat yang kedua itu.

Seterusnya, bila kita jawab dah cover semua. Kebanyakan reaksi...

"Pergh,giler ahh. Nanti ajar aku."

"Cantek ahh...Exam nanti aku tiru kau. Aku duduk sebelah kau"

Padahal dua ayat atas ni sebenarnya berbentuk sinikal dan sebagai sindiran kepada tuan punya badan tadi. Jadi, untuk mengelak kena kacau+bahan+gelak dengan member lu orang, adalah lebih baik jangan mempoyokan diri. Jawab saja belum walaupun memang kau tipu. Sekian pelajaran hari ini.

Tuesday, December 15, 2009

Melaka

Minggu sudah aku pergi Melaka. Ada kenduri kahwin adik kepada kawan kepada mak aku. Aku pergi saja tanpa banyak kerenah dek memikirkan makan free.

(Ah,macam la selama kau makan di rumah ni,kau bayar!)

Eh, siapa marah aku tu? Tapi memang betul pun dia cakap. Bukannya aku ada bayar pun kalau makan kat rumah. Pendek kata, memang aku makan free je selalu. Jadi, aku betulkan sikit. "Aku pergi saja tanpa banyak kerenah dek memikirkan sudah lama tak makan nasi minyak." Boleh?

Jadi, aku tangkap gambar jelah. Gambar masa kenduri kahwin takde sebab aku terlupa yang aku rupanya ada bawak kamera.


Melaka tak banyak berubah. Buktinya, lu orang tengok la Stadhuys tu masih ada kat situ. Masih warna merah.



Masa nak balik, boleh pulak gua jumpa Aaron Aziz tengah smoke kat R&R mane ntah. Gua lupa. Gua sempat snap blakang dia je.





Saturday, December 12, 2009

Hari-Hari Bosan

Kadangkala aku letih dengan kehidupan ini. Letih dengan diri aku. Aku seakan tak mampu mengawalnya. Sampai ke satu tahap aku begitu bosan dengan apa yang aku lalui sekarang. Aku terasa kosong. Hari-hari aku dihabiskan dengan hanya menghadap monitor ini. Tapi apa yang aku buat? Aku tak punya jawapan.

Namun semalam adalah harinya. Semalam adalah hari yang aku rasa paling gembira sepanjang aku melekat di rumah ini. Aku buat pertama kalinya memperolehi anugerah dekan bagi pengajian ijazahku. Aku tersenyum simpul. Syukur kepadaNya. Walau aku sering lalai. Tapi tidak ada teman dan tempat untuk ku khabarkan berita gembira ini. Hanya di sini sajalah aku mengintai peluang untuk kembali ceria. Tapi sampai bila? Selepas ini, hari-hari yang akan aku lalui akan kembali seperti dulu. Kembali bosan.

Aku hanya mampu menunggu kedatangan hari gembira ku. Yang aku sendiri tidak punya jawapan kepadanya. Terus menanti.

Esok. Bertolak ke Melaka. Sudah lama tidak menghirup udara luar dan keluar dari kota batu ini yang menyesakkan.

Wednesday, December 9, 2009

Tok Nujum



Ramalan Kumpulan A:

Aku rasa Perancis dan South Africa akan mara. Keupayaan Mexico juga tak boleh dipandang rendah. Uruguay mungkin tak begitu memberi saingan.


Ramalan Kumpulan B:

Jangkaan pasukan yang mara, aku pilih Argentina dan Korea Selatan. Nigeria dan Greece mungkin akan memberi tentangan sedikit. Tak mustahil juga Korea tak layak.


Ramalan Kumpulan C:

England dan United States mungkin mampu mara mudah. Tapi ingat, England takkan menang World Cup.


Ramalan Kumpulan D:

Jerman dan Australia mampu mara. Ghana juga boleh memberi cabaran.


Ramalan Kumpulan E:

Aku memilih Belanda dan Denmark. Jepun mungkin sukar layak. Tapi rekod Denmark di Piala Dunia bukanlah begitu bagus. Cameroon boleh jadi pengacau.


Ramalan Kumpulan F:

New Zealand tiada harapan. Italy dan Paraguay mampu mara mudah. Slovakia berwatak pengacau.


Ramalan Kumpulan G:

Aku memilih Brazil dan Portugal untuk layak dari kumpulan maut ini. Ivory Coast juga boleh mencipta kejutan andai Portugal tidak fokus.


Ramalan Kumpulan H:

Spain dan Chile boleh pergi. Tapi Switzerland boleh mencabar saat-saat genting.

Thursday, December 3, 2009

Gagal Merancang Merancang Kegagalan

Aku taktau samada masa terlalu cepat atau aku yang terlalu lambat.

Aku rancang macam-macam untuk cuti semester ni. Tapi nampaknya berjalan tak seperti yang aku rancangkan. Benarlah ayat-ayat dari Quran. Kita hanya mampu merancang tapi Allah saja yang menentukan. Allah jua sebaik-baik perancang. Kegagalan perancangan datang dari diri aku sendiri. Tak dapat menentukan mana perkara awlawiyat. Aku mungkin terlalu leka dengan perkara yang tak sepatutnya didahulukan. Aku hanyut sendiri. Perkara yang mustahak aku tangguhkan. Ah, mustahak sangat ke perkara tu? Aku pun takde jawapan. Tapi aku kecewa kerana sepatutnya aku boleh siapkan apa yang aku rancang itu.

Benar madah pujangga. Gagalnya kita merancang adalah merancang kegagalan.

Wednesday, December 2, 2009

Bohong

Korang tak payah nak membohong la yang program tu untuk terap semangat patriotik. Orang kampung boleh la korang tipu. Ni aku yang dah pernah pegi ni, dah rasa camne. Memang basuh otak kaw-kaw. Pastu balik-balik cerita melayu. Kehkehkeh...

Tahniah kerajaan Selangor dan mungkin Pulau Pinang kalau jadi.