Sunday, August 21, 2011

Isu Bacaan Quran

Gua dah sampai pada satu tahap di mana gua memang malas nak menulis di blog ni. Sebab apa? Sebab bila gua ada idea, idea gua tu datang bukan pada masa gua di depan pc. Kadang-kadang bila dalam kereta, idea datang mencurah-curah nak menulis. Tengok burung berak pun gua boleh dapat idea. Kadang-kadang tengah mandi idea datang.

Bila depan pc, gua jadi kaget lantas menjadi bangang. Ni semua gara-gara facebook. Bila gua on pc, gua kelik kat binatang firefox tu, terus gua tekan F dan keluar la laman Facebook secara otomatisnya. Lantas, bila gua dah bukak facebook, secara otomatisnya gua jadi leka sekaligus idea gua tadi melayang ibarat sampah di Lorong Haji Taib.

Tu yang kadang-kadang gua bengang sampai gua tumbuk rusuk adik gua berumur 7 tahun. Berguling dia mengerang kesakitan. Tapi kali ni gua nak share satu perkara pelik dalam negara kita ni. Walaupun ia agak lambat, tapi peduli apa gua.

Itu hari, Pulau Pinang ada keluar satu pekeliling jangan kasi bunyi bacaan al-Quran sebelum azan subuh. Pastu, media perdana memomokkan cerita ni memandangkan ia berlaku di Penang. Kalau kat Pahang, dah tentu-tentu Ketua Pengarang dia membakulsampahkan berita ni. Ok, kemudian, ramai orang marah dan hentam kerajaan Pulau Pinang yang takde kene mengena termasuklah Majlis Fatwa Kebangsaan pun turut sama berkata "Awat tak bincang dulu ngan kami?"

Pastu, bila mufti Penang keluar kenyataan bahawa dia refer hadis (memang perkara ni pernah berlaku di zaman pemerintahan Islam dahulu dan bacaan Quran tidak diwajibkan pun sebelum azan subuh), terus Majlis Fatwa senyap. Point gua:

1. Apa jadah Majlis Fatwa ni pegi tegur dalam akhbar pastu nak buat bincang kononnya. Lu pegi jelah jumpa Mufti tu dan setel senyap-senyap. Takde kesatuapaduan langsung dorang ni. Ke terpaksa bersuara sebab ada arahan pihak tertentu?

2. Apsal bila mufti Penang reply balik macam tu, Majlis Fatwa ni terduduk diam langsung tak bersuara. Takde point nak balas? 

Kesimpulannya, ni semua mainan politik. Nak tegur benda melibatkan hal ehwal Islam, pergila tegur secara sulit dan berhemah. Ni buat press statement pulak. Bodoh....

Wednesday, August 10, 2011

Perdana Menteri Sebenar

Memang gua dah lama tak post kat sini tapi itu bukan bermakna gua pergi London bakar kedai. Gua cuma busy ngan kerja baru gua sebagai 'despatch'. Jadi despatch ni sebenarnya nikmat jugak. Ah, tu nanti gua post lain kali.

Gua bermimpi jika ditakdirkan gua menjadi Perdana Menteri, gua ingat nak bagi orang pembangkang ni akses media yakni saluran pada mereka berucap di TV, paper perdana dan macam-macam sebagaimana orang parti kerajaan terima. Barulah adil bukan?Kat luar negara semua buat macam tu la dol. Kerajaan adalah hak rakyat. Parti UMNO bukan ada hak mutlak akses ke atas media-media utama negara.

Jadi, bila parti BN sudah dilantik oleh rakyat menjadi kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk serve pada rakyat hatta kepada pembangkang sekalipun. Jadi, kerajaan patut membenarkan akses kepada parti pembangkang supaya demokrasi lebih terpimpin.

Itu baru Perdana Menteri sebenar.....

Saturday, July 2, 2011

Takutkan Sesuatu

Media perdana pung pang pung pang dok bagi publisiti percuma pada Bersih 2.0. Itu sebenarnya satu petanda bagus kerana orang yang berlebih-lebih menghalang sesuatu sebenarnya mereka takutkan sesuatu. 

Thursday, June 16, 2011

Sudut Positif

Mari kita melihat tindakan SKMM menyekat akses kepada beberapa laman perkongsian pada sudut yang positif. Ramai yang menghentam kerajaan dan SKMM pastinya kerana menyekat akses kepada laman-laman tersebut dan sekaligus menghalang aktiviti muat turun yang terdapat di laman tersebut. Tindakan ni sebenarnya mengundang kemarahan beberapa orang yang aktif menggunakan laman seperti Pirate Bay, Mega Upload, Fileserve dan macam-macam hape jadah lagilah. 

So, kita cuba melihat ia daripada aspek positif.

1. Peningkatan jualan album dan filem Melayu -  Dengan ini kita akan dapat lihat orang ramai yang sekian lama mendownload daripada laman web tersebut terpaksa mendapatkan cd album dan dvd filem original sebab takde sumber nak download dah. Jadi, lepas ni, marilah kita beratur di kedai Speedy untuk membeli album Faizal Tahir. Walaupun mahal, tapi sebab minat apalah salahnya kan?

2. Tiada perlanggaran hakcipta - Sekatan yang dilakukan SKMM baik demi membendung gejala lagu dimuat turun sesuka hati yang mana melibatkan perlanggaran dan pencerobohan hak cipta penulis asal. Maka, dengan ini, kita tidaklah lihat nanti ada orang diheret ke mahkamah atas sebab memuat turun lagu tanpa kebenaran asal pencipta lagu.

3. Industri musik dan filem berkembang maju -  Apabila semakin ramai orang membeli original, maka sudah tentulah akan memberikan keuntungan kepada para pembuat filem dan lagu. Jadi, dengan ini, otak mereka akan lebih kreatif dan berkembang pesat kerana kantung poket dan isi perut sudah penuh seiring dengan hasil jualan yang meningkat. Kesimpulannya, kita mungkin akan dapat menikmati filem-filem yang lebih bermutu dan bunyi musik yang lebih sedap berbanding sebelum penyekatan laman web terbabit. 

4. Tamatnya era cetak rompak - Jika tiada tempat mendownload, maka lanun cetak rompak tiada lagi tempat untuk mendapatkan sumber bagi menjual bahan. Maka, secara otomatisnya, tamatlah era lanun cetak rompak yang selama ni mencengkam industri seni tanahair. 

5. Dunia yang lebih aman - Dengan melingkupnya aktiviti cetak rompak, maka tamatlah juga aktiviti tonto ataupun kongsi gelap yang selama ini membayangi aktiviti ini. Jadi, bila diorang dah takde benda nak buat, maka mungkin mereka akan menanam padi pula selepas ini. Jadi, bila mereka menjadi penanam padi, tentulah dunia akan lebih selamat bukan?

Itulah serba sedikit aspek positif yang perlu kita lihat. Mari kita buka minda dan lapangkan fikiran. Selami jiwa, selami akal dan selami lautan dalam. Ayuh kita menuju Malaysia yang cemerlang. Kalau bukan kerajaan yang mengawal internet, siapa lagi hendak kawal anak-anak yang sudah rosak? Mari bersama berganding bahu dengan SKMM untuk menamatkan era memuat turun secara haram di Internet!!

Friday, June 3, 2011

Pembikin Filem Dungu

Rabu lepas, gua tiba-tiba rasa nak menonton wayang. Dalam fikiran gua, gua dah mind-setkan supaya gua tengok cerita Melayu sebab kalau cerita orang putih ni lu orang boleh download bersepah-sepah kat internet. Kat Malaysia belum tayang lagi, lu orang dah tengok sebulan lepas. Jadi, ada lebih baik gua menonton filem lokal supaya sedikit sebanyak boleh juga gua menyumbang pada industri filem tanah air.

Dengan rasa khusyuk, gua melihat senarai filem-filem yang ada. Boleh tahan juga banyak filem Melayu ni. Dengan rasa penuh Islamik, gua memilih Nur Kasih The Movie sebab gua layan jugak drama dia kat tv dulu. Jadi, untuk melengkapkan ceritanya, gua pilihlah movie tersebut. Masa gua datang kaunter tu, gua sedang tengok seorang awek yang macam baru lepas universiti. Jadi, gua dengan rasa berbangga, gua menunjukkan student card gua demi memperolehi keistimewaan yang disediakan pihak pemamer. Tanpa rasa bersalah, awek tadi bagitau harga student RM9 berbanding tidak menggunakan student card hanya RM8. Ceh, gua lupa yang hari tu adalah hari Rabu. Jadi, dengan pantas gua membatalkan kegunaan student card tersebut dan guna harga RM8 macam biasa. 

Tanpa melengahkan masa, gua pun masuk ke dalam panggung. Dengan tidak semena-mena gua terlihat trailer filem macam 80-an. Tajuk filem tersebut kalau tak salah gua adalah Toyol Nakal. Entah produser dari zaman 80-an mana entah yang hasilkan filem tu. Ni yang gua bengang dengan pembikin filem tempatan yang tak ada otak ni. Kalau nak buat filem, kajilah dulu market dan tengok contoh filem-filem yang hebat tak kiralah dari aspek sinematografi, lakonlayar dan macam-macam aspek teknikal lain. Ni dubbing pun macam haram, macam mana nak jual filem bai??! Jadi, dengan ini gua menyeru lu orang semua janganlah cuba-cuba nak tengok filem Toyol Nakal ni. Entah apa-apa. 

Itulah orang cakap, orang buat filem, lu pun nak buat filem. Tengok hasil macam sampah. Belajarlah dulu macamana nak buat filem yang baik. Ni main sebat je letak kat panggung. Impak pada industri adalah longgokan filem sampah dalam industri. Tapi apa boleh buat. Di Hollywood pun banyak jugak filem sampah, jadi kita terimalah ianya sebagai satu hiburan. Apapun, memang gua takkan tengok filem bodoh macam tu. Sekian.

Oh ya, Nur Kasih The Movie ok la. Not bad la...

Friday, April 29, 2011

Why I Love Malaysia

Ok. Duduk dalam Malaysia ni seronok sebenarnya. Macam-macam ada. Ada masalah sosial. Ada politik wang. Ada rasuah. Ada video porno. Bersumpah dalam masjid pun ada. Perghh...Complete set la...

Tapi apa jadah orang yang mengedar video lucah dan menayangkannya tak ditangkap? Yang beria, orang yang dalam video tu yang nak diketahui. Apa baghal...

Nak bersumpah siap pakai jaket kalis peluru? Ada orang nak tembak lu ke? Ke lu cuak?

Hukum Islam mana yang ada sumpah macam ni?

Tuesday, April 5, 2011

Masterpiece

Gua nak citer yang impak filem Melayu paling dahsyat pada sosiobudaya orang Melayu selepas zaman kegemilangan P. Ramlee jatuh pada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lu try bukak facebook. Berapa punye berlambak pasal quote-quote dari filem tersebut. Ataupun lagu dari filem tersebut. Yang paling dahsyat impak adalah daripada Usop Wilcha sampaikan masuk ABP semalam mengumumkan nama pemenang. Dahsyat tak dahsyat bai Mamat Khalid ni!!

Dulu gua tengok si Usop atau Syahid dalam filem zombi Kg. Pisang ni gua rase menyampah je. Tapi lepas impak yang dia bagi dalam filem Kak Limah dia sebenarnya memang padu. Dia ni memang true pelawak la. Ok, berbalik pada facebook tadi, gua memang tak pernah tengok penangan yang filem ni bagi sampaikan sudah berapa bulan lepas ditayangkan masih kuat die punye power. Mana ada filem 2 alam atau ..Dalam Botol macam tu punye penangan.  Sana sini orang dok ulang ayat daripada filem ni je. Ini baru betul-betul punya true. Dengan ini, aku mengkategorikan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dalam kelas dia yang tersendiri. Memang MASTERPIECE!!


Masterpiece!